Sunday, March 4, 2018

Pengalaman Melihat Wanita Meroyan Depan Mata..

Hi korang...

Malam ni SA jaga mak lagi...condition mak getting better..alhamdulillah cuma masih 100% on oksigen lagi..air dalam paru-paru dh kurang dan masih continue masukkan ubat utk keluarkan air..badan mak masih lemah tapi bengkak kaki dan tangan dah mula surut..masih harapkan condition mak makin ok..
So as usual SA memang tak boleh nak tido macam penjaga yg lain..memang akan berjaga sepanjang malam so SA nak citer pengalaman pertama melihat pesakit meroyan sebab kehilangan anak yang di kandung. Pesakit ni pulak ada Leukimia dan merupakan staffnurse di hospital Muar dan kehilangan anak dalam kandungan adalah lebih kepada sebab dia mendapat Leukimia.
Masa hari pertama tu SA kan jaga mak..tetiba kejap2 dengar org terjerit2.. siap sebut allah huakbar, mengucap dengan kuat..eh seriau mula2 ingat ada yg tengah nazak nak meninggal ke apa kan..tp buat bodoh je la..makin lama makin galak..seram gak mula-mula..lepas tu doc  suntik ubat tido..yang buat SA terkejut tu..ubat tu macam x bagi dia tido..aduhai..ni pada SA dh ada gangguan sekali ni..semua dia sebut..dia meroyan..anak dia meninggal, laki dia nak madukan dia la..padahal laki dia kat sebelah dia je..lepas ru dia tertido sampai pukul 3 pagi...tgh sedap SA baca novel tetiba dia menjerit lagi..tanya mana laki dia..mana anak dia..mana spec mata dia...kali ni dia makin agresif..aduhai..dia nampak SA pandang dia..dia cakap..kak..kak..akak tolong saya kejap boleh tak..saya nak solat..bagi pinjam telekung..kak..tolong buka ikatan saya ni kak saya  nak solat dengan suami saya tapi tangan terikat ni..kak..tolong kak...
Kalau dengar suara dia memang sayu hati..tapi lepas tu dia menjerit..aku Salina.aku staffnurse..aku bukan Leukimia..anak aku dh mati dah tido kat rumah batu..aku ada duit nak buat mozek...papa..papa...ni semua dajal ni pa..mama meroyan pa..mama nak mintak maaf kat mak mertua mama..siap la dia sebut nama mak mertua dia..nama penuh dajal...haih..kalau korang semua tengok memang ada la rasa takut dan kesian..sepanjang masa dia macam tu..tapi yang bagusnya walau dia macam tu dia boleh mengucap, baca yasin complete dan hafal...
Bahagian dia kan..baru la SA percaya yg sakit meroyan ni memang bahaya dan memang teruk..sebelum ni hanya baca melalui majalah dan dengar dari mulut-mulut orang..tapi bila melihat sendiri memang ngeri...boleh jadi hilang akal dan dan rosak mental..SA kesian kat husband dia..dh macam buntu tak tau nak buat apa tak tahu..pukul 6am ada ustaz datang..memang kat hospital ni tak ada masalah kalau nak gabung perubatan traditional boleh aje..so datang la ustaz ni nak tawarkan air..start ustaz ni baca je ayat suci..dia menjerit-jerit cakap ustaz ni ada muslihat tersembunyi..dajal yang dihantar utk ganggu dia la..aduhai..seriusly macam dalam drama Tanah Kubur la..dia aiap soal laki dia..ko sapa..ko laki aku ke? Bukan laki aku pun dah mati ke..astaghfirullahalazimmm...aku ji dah mati rupanya....

Kesian...tak sampai hati nak dengar..tapi dah depan mata kan kejadian tu..semalam SA datang melawat mak..mak cakap diorang dh buat keputusan naknkeluarkan dari ward sebab keadaan dia dh tak stabil dan mengganggu orang keliling..kesian betul sebab muda lagi di beri dugaan macam tu...semoga dia sihat hendaknya..korang kalau bersalin..jaga la kesihatan betul-betul untuk elakkan meroyan..dulu SA cuma ingat penyakit meroyan ni macam pening kepala pas tu stress dan depress..rupanya ada lagi teruk..jauhkanlah penyakit ni dari melanda kita semua..

26 comments:

  1. yups
    memang kalau tahap teruk bahaya
    tak silap ada tiga tahap
    yang kes pesakit tu macam tahap last yang krtikal jer tu

    ReplyDelete
  2. Allahu...sedihnya....kesian sangat-sangat...kita doakan beliau pulih seperti sediakala...amin...dan suaminya terus menjaga,memberi sokongan,berusaha merawat dan sabar..

    ReplyDelete
  3. Meroyan ada banyak jenis kak..ada yg jenis biasa dan teruk.yg teruk tuh boleh sampai jadi extreme...memang lerempuan yg lepas bersalin kena pantang betul2 dan jaga emosi.kalau tak memang lah.saya masa bersalin nombor dua nenek bgtau sy hampir hampir meroyan tapi mujur nenek bidan,die tahu mcm mana nak kawal emosi sy.jalau ingatkan negri pun ada.

    ReplyDelete
  4. ya Allah kak.. jumpa orang meroyan pun belum pernah tau.. seramnya baca ni..

    ReplyDelete
  5. Allahuakbar, terkedu baca cerita kak SA ni. Teruk jugak ya klu kena meroyan ni. Allah semoga dijauhkan.

    ReplyDelete
  6. Allah kesiannya. Org yg lepas bersalin atau lepas kehilangan anak ke, mmg la kne beri perhatian. Sbbnya emosi tgh tak stabil. Masa belajar dulu pon, mmg pensyarah ada ckp, meroyan ni penyakit yang kne perhatian. Yela emosi tak stabil, mcm2 boleh buat kan.

    ReplyDelete
  7. Allahu.. kesiannya kat dia SA. Semoga dia cepat sembuh macam biasa, dugaan dan bahagian dia kat dunia nie kan..

    ReplyDelete
  8. Kenapa ekk bila sebut meroyan je .. akan pada org perempuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aida rasa. sebab meroyan tu dikaitkan dgn bersalin.
      dan yg bersalin, org perempuan aje :)

      Delete
  9. Kesianñya.. berat dugaan dia. Semoga mak kak sa cepat sihat ye

    ReplyDelete
  10. Allahu kesiannya dia. Buat kak sa semoga mak akk cepat sembuh dan boleh keluar hospital

    ReplyDelete
  11. kesiannya..mungkin banyak sebab jugak dia jadi macam tu kan..Nauzubillah..Lagi pulak kehilangan anak..tak sampai hati lah kita nak tengok jugak...

    ReplyDelete
  12. Allahhu, moga Allah permudahkan lah urusaan dan kuatkan hati perempuan tu dan ringankanlah beban yang dia tanggung.

    Sedih lah baca kisah dia. =(

    ReplyDelete
  13. moga mak SA diberi kesembuhan ya

    aduhla, baca kisah tu pun dh rasa seram, rasa kesian... dugaan betul ye SA
    tak sangka meroyan tu mcm2 keadaanya, ni msti dh jns yg teruk kan sampaikan kalu kita tak tau msti ingat kot org hilang akal....
    meroyan ni blh baik kan SA, klu tak sian lah dia

    ReplyDelete
  14. Allah.. sha takpernah lagi jadi depan mata tapi dari apa kak SA cerita sha dapat bayangkan. semoga dipermudahkan urusan dia. semoga diberikan kesihatan juga untuk mak kak SA

    ReplyDelete
  15. Allah.. sedih baca pengalaman akak ini.. Kesian kat beliau.. Sha doakan semoga beliau kuat semangat dan dapat dipulihkan..

    ReplyDelete
  16. Kesian kakak tu..sedih baca. Ape² pun semoga keluarga tu kembali seperti sedia kala.

    ReplyDelete
  17. Mudah2an mak SA dah sembuh.
    Kalau duduk kat wad memang banyak pengalaman nampak benda2 macam ni.

    ReplyDelete
  18. seramnya baca..kesiannya kakak tu.hurmmmm..smg Allah mudahkan urusan dia

    ReplyDelete
  19. Allah.. Siannya.. Setiap org ujiannya berbeza. Moga adik tu sembuh & sihat seperti biasa.

    ReplyDelete
  20. Kesiaaan dia..moga dia cepat sembuh...dan semangat makin kuat...

    ReplyDelete
  21. kesianya..sbb tu kita ni kena biasakan diri bercakap dgn orang bila rasa lain2 dgn diri sndiri.. kena banyak baca benda2 yang bermotivasi.. blog juga salah satu tmpat untuk kita menyuarakan ssuatu dan berkongsi sgala rasa.. smoga kita tidak jadi mcm tu.. berat mata memandang..berat lg bahu yg memikul

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju la.
      elak bersendirian, kan?
      luahkan pada seseorang...

      Delete
  22. Allahu Akbar.
    sian nya...
    yes la. da bahagian dia kan, SA.
    aida x pernah plak lalui perkara sebegini, org meroyan depan mata.
    kesian...
    takut...
    seram sejuk pun ada kot...

    ReplyDelete
  23. Moga dalaman dia kuat dan harap dia cepat sembuh demi kelangsungan hidup.
    Sama juga dengan mak SA.. moga cepat baik

    ReplyDelete
  24. Apa yang org tu alami , kita tak boleh nak tahu perasaan dia mcm mna peritnya. Semoga org tu baik baik saja. Doakan yang baik baik.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah