Monday, May 29, 2017

Resepi Peria Goreng Berlada

Hi korang,

Ada yang mintak SA share resepi peria berlada masa SA buat untuk buka puasa Ramadhan pertama lepas.Peria ni bagus untuk mereka yang mempunyai penyakit kencing manis atau darah tinggi selain kaya khasiat dan terkenal keenakkannya kan...Peria macam ni SA makan la sebab ada cara untuk tak bagi rasa pahitnya ketara. Kalau just celur atau dipotong- potong untuk masukkan dalam masakan SA tak larat nak makan sebab pahit.

Jom tengok Resepi


RESEPI PERIA GORENG BERLADA


  1. Peria - 4 Biji ( di hiris halus dan direndam dalam air garam dalam 1 jam)
  2. Bawang putih  - 4 ulas*
  3. Bawang merah - 3 ulas*
  4. Cili padi - 10-15 biji* ikut tahap kepedasan korang
  5. Ikan Bilis - segenggam 
  6. Sos Tiram - 2 sudu
  7. Garam - 1 sudu kecil
  8. Perasa - kalau suka/ perlu
  9. Bahan bertanda * ditumbuk halus
Cara memasak
  1. Goreng ikan bilis sampai garing dan ketepikan
  2. Gunakan minyak yang sama tumis bahan yang bertanda * sampai naik bau
  3. Masukkan sos tiram
  4. Masukkan peria
  5. Perasakan garam
  6. Siap dihidang

SA suka buat kering- kering baru sedap makan..make sure jangan terlalu lama biarkan peria masak ye..takut khasiat peria hilang.

Selamat mencuba!!!

27 comments:

  1. ni syg SA ketat2 .. Thanks resepinya..

    ReplyDelete
  2. Bagi pengemar peria boleh try resepi ni

    ReplyDelete
  3. Sedapnya SA.. boleh cuba nanti nie

    ReplyDelete
  4. makan dgn nasi panas...oppsss puasaaa..sedapp nii

    ReplyDelete
  5. Seriusly tak pernah try makan peria ni, SA..tapi penah la dengar orang cakap, kata pahit...

    ReplyDelete
  6. Sedap mkn dgn nasi panas2 kak.

    ReplyDelete
  7. pergh...makan ngan nasik panas ikan goreng..merecik liur

    ReplyDelete
  8. alahaiiii,
    goyahnya iman tengah-tengah puasa ni.
    nanti nak try buat jugak lah

    ReplyDelete
  9. kena tunjuk resipi nie dekat ibu hakhak

    ReplyDelete
  10. Ada jugak org buat peria goreng tepung... Thanks sharing..

    ReplyDelete
  11. sedapnya! terima kasih share resepi SA 🌸

    ReplyDelete
  12. Sdappp ni my fvoritee...
    Http://www.irismyra.blogspot.my

    ReplyDelete
  13. Favourite sayur ni.
    Walaupun pahit tapi menyelerakan bila mkn dengan ns panas. aduhhh terkeliur

    ReplyDelete
  14. Sedapnya. Lama tak buat. Cx kalau buat, biasa pakai peria sayur tu, kalau peria katak yg kecil2 tu, mmg cinfirm pahit tp pernah je buat dan makan. Sedap. Hehe elok pon ntk kesihatan kan ;)

    ReplyDelete
  15. peria potong nipis salut ngan tepung pun sodap...hmmmm..lama dah tak makan peria ni

    ReplyDelete
  16. Akak selalu tulis post pasal resipikan alang2 tu masuk sekali contest anjuran Lazada boleh gak menang baucer beli belah.

    ReplyDelete
  17. seb bek x makan peria.. tak de la terliur.. ekeke.. tp tgk gambar cam sodap..

    ReplyDelete
  18. memang pahit..tapi pahit tu ubat..hehe

    ReplyDelete
  19. Kelainan untuk masakan peria nie.. Selalu sha tumis ngn telur je..
    Nice sharing sis..

    ReplyDelete
  20. kita suka makan peria, tapi suami tak suka..alorr..sedih

    ReplyDelete
  21. Kinah kurang makan peria ni. Suami suka sangat. Thanks akak share resepi ni.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah