Tuesday, August 23, 2022
Resepi Tongkeng Ayam Goreng Berlada Untuk Bekal Kerja

Monday, August 22, 2022
Airtangan Si Bongsu...

Sunday, August 21, 2022
Nur Tiara Safiyya Kesayangan MamaLong

Friday, August 19, 2022
Bagaimana Mengubati Rasa Sakit Ketika Kecewa?
Assalamualaikum...
Hi korang...
Hari ni SA nak lari sikit dari kebiasaan...selalu citer bab sakit...bab makan...bab bekal kan...hehe...
Dalam kehidupan, seseorang pasti pernah rasa sedih terluka yang membuat hati menjadi kecewa.
Saat perasaan kecewa itu menyelimuti hati, membuatkan seseorang menjadi resah dan sukar untuk menjalani kehidupan kan?
Korang pernah rasa kecewa?
SA of course la ada...rasa sedih...rasa buang masa dan rasa kenapa orang lain boleh je bahagia tidak kita...
Apabila menyebut mengenai kekecewaan, semua orang normal akan merasainya dalam kehidupan. Apabila sebut perjalanan sebuah kehidupan, sudah semestinya ada jatuh dan bangun dan jika tidak jatuh-jatuh, itu sudah bukan kehidupan namanya..
Mengurus Rasa Kecewa
Kecewa merupakan hal yang wajar terjadi ketika kehidupan tidak sesuai dengan apa yang kita harapkan. kadang rasa kecewa itu juga disebabkan dari orang-orang terdekat kita. Ada pula merasakan kekecewaan kerana ditinggalkan, dibohongi kekasih mahupun teman rapat yang kita percaya. Ada rasa kexewa dengan adik beradik atau ibu bapa..
Kekecewaan tak hanya terjadi pada orang dewasa, anak-anak, remaja, hingga orang tua pasti pernah merasakan kekecewaan. Kekecewaan ini merupakan keadaan di mana kondisi seseorang merasa rapuh kerana apa yang diimpikan tidak sesuai rencana. Pada saat kecewa, seseorang akan kelihatan murung, sedih dan sikapnya pun berbeza dari biasanya.
Kesedihan yang menjadikan kecewa ini memang tidaklah menyenangkan. Rasa kecewa memang sulit dilalui. Apalagi rasa kecewa terhadap orang lain, Kadang- kadang kita bingung mengungkapkan kata-kata kecewa terhadap orang lain. Entah kerana malas mengungkapkannya kerana sering mengulanginya atau kerana belum menemukan kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan rasa kekecewaan tersebut.
Biasanya kalau korang dalam kekecewaan, bagaimana korang..mengubati rasa sakit kecewa tu?
Jom share...
Rasa kecewa itu akan membuatkan seseorang menjadikan dirinya sebagai hamba kepada perasaan yang sentiasa terganggu dengan segala apa terjadi terhadap dirinya.
Lebih memenatkan lagi, bebanan akan membuatkannya dalam keadaan bingung atau stres mendalam yang boleh mengundang kepada ketidak tentuan hidup atau kesengsaraan jiwa.
Tapi sayangnya, tidak ada siapa peduli dengan apa yang terjadi kepada diri kita dan hakikatnya, kita akan berasakan tidak selesa seperti apa dibayangkan. Sehingga muncul pertanyaan bagaimana cara mengatasi rasa kecewa dalam hidup?
Beberapa tip ini mungkin boleh menjadi panduan untuk mengurus dan menerajang rasa kecewa jauh-jauh dalam diri kita.
• Terimalah hakikat semua orang pasti mengalami kecewa dan ia seperti takdir yang tidak mungkin dihindari. Semua orang pasti akan atau pernah berasa kekecewaan dan semua ini memang layak kita alami sebagai manusia.
Jika bercakap tentang kebahagiaan, semua orang ingin bahagia. Serumit mana pun masalah hidup kita, sesukar mana masalah dihadapi, pasti ada saat-saat yang kita akan berasa bahagia meskipun di kedudukan sebenarnya adalah begitu menyedihkan
Jadi tak perlu lagi menambah kekecewaan dengan rasa sakit hati dengan apa yang kita alami. Usah terlalu pening untuk memikirkannya kerana kehidupan mesti diteruskan seadanya.
• Jangan terlalu bergantung harap dengan orang lain. Kita setuju tidak ada manusia sempurna kisah hidupnya. Saat kita menganggap seseorang baik, lalu menaruh harapan untuk bergantung harapan padanya, namun kita akan rasa kecewa nanti apabila apa diharapkan tidak sebagaimana yang dibayangkan.
Akhirnya kita kecewa dan mulai menganggap sebaliknya. Sampai bila rasa kecewa dialami hanya untuk menyalahkan orang lain? Kecewa yang paling menyakitkan dimulai dengan harapan terlalu tinggi terhadap orang lain.
• Jangan terlalu memikirkan semuanya. Kita tidak mampu berseorangan mengubah dunia. Ambil yang perlu diberi keutamaan sahaja untuk bekal kita bagi meneruskan perjuangan hidup.
Jika kita terlalu memikirkan semua masalah termasuk masalah orang lain, ia pasti akan memberatkan kepala kita. Dalam bahasa mudah, kita sudah ada 10 masalah, jadi jangan ditambah beban dengan 20 masalah orang lain untuk kita fikirkan.
Akhirnya kita akan berasa kecewa terhadap diri sendiri kerana tidak mampu mengubah orang lain untuk menurut kehendak kita. Mungkin kita mulai stres, terlebih berfikir dan moral pun menurun.
• Ubah cara berkomunikasi. Kita mungkin tidak mampu mengubah pemikiran orang lain, tapi sedikit demi sedikit kita mampu untuk mengawal dan memintanya mengikut pemikiran kita jika kena cara komunikasinya.
Dalam erti kata lain, di dalam setiap hati orang, mungkin ada persamaaan jiwa dan perilaku atau kehendak dengan kita, jadi terpulanglah pada kita menghubungkan komunikasi berkesan yang baik antara pasangan atau masyarakat.
• Kadang-kadang, kecewa itu sebenarnya membawa kebaikan. Saya berpendapat demikian kerana jika hidup kita hanya mendatar, maksudnya biasa-biasa sahaja dan kita tak tahu atau tidak berusaha memperbaikinya.
Rasa kecewa itu maksudnya jatuh dan bangun serta kita berupaya terus bersemangat bangkit semula, sekali gus berusaha ke arah kebaikan dan kemajuan diri sendiri.
Ini kerana jika kita tidak kecewa atau gagal, kita tidak tahu di mana Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi diri sendiri dan akan berusaha untuk mencapai standard tinggi bagi kepuasan diri seadanya.
• Cara untuk kembali normal dan bertenaga selepas mengalami kegagalan. Tetap bersemangat meneruskan kehidupan, menjaga hubungan baik dengan pasangan, keluarga dan masyarakat sekeliling termasuk kawan yang mengembirakan hidup kita.
Paling mustahak, jangan menaruh harapan terlalu tinggi dalam kehidupan atau orang tertentu, sebaliknya kita perlu lebih bijak menentukan harapan yang masuk akal.
Hidup akan terus menguji kita dan berlaku bijaklah untuk mempelajari keterampilan dalam mengelola harapan dan mengatasi rasa kecewa.
Kesimpulannya setiap kegagalan dan rasa kecewa pasti ada hikmahnya diberi ujian oleh Allah SWT serta sejauh mana kita dapat menerima dan mengatasi ujian itu adalah kekuatan diri kita.
Terpulanglah kepada kita untuk mencari cara untuk mengatasi dan meneruskan kehidupan. Semoga hidup kita akan terus bersinar di bawah lindungan-Nya
Semua orang akan ada rasa kecewa dalam dirinya sama ada berkisar mengenai permasalahan peribadi, kerjaya, keluarga, masyarakat setempat, persekitaran atau sebagainya dalam perhubungan.
Life must go on adalah ayat yang selalu kita dengar kerana kehidupan mesti diteruskan dengan pegangan dan prinsip sendiri tanpa meniru mana-mana kehidupan orang lain disebabkan apa yang kita rasa serta alami berbeza dengan kisah atau perjalanan hidup orang lain.

Thursday, August 18, 2022
RM22.30 Lunch Hari Ni...
Assalamualaikum...
Hi korang...
Dari pagi terbayang- bayang Yong Tau Foo Soup kat Food Court NuSentral...bila dah set dalam otak memang x leh ubah...amik sikit je pun dah RM22.30...ntah apa yang mahal pun x tau la...malas nak fikir bab harga makan je terus...

Khamis Dah Laaaa........

Hari ni SA akan busy...

Wednesday, August 17, 2022
Air Tangan Dania ~ Dah Boleh Harap Dah....

WW~Hilang 4kg Kerana Covid
Assalamualaikum...
Hi korang....

Medical Follow Up & Post Covid

Saturday, August 13, 2022
Selera Takde Langsung
SA sekarang di landa post covid....
Masih batuk dan masih mengah bila berjalan..pakai mask pun rasa semput ...menurut kawan-kawan yg dh pernah kena..memang lama post covid ni.... especially batuk dan sakit -sakit sendi....
Cepat la berakhir...penat dh....

Friday, August 12, 2022
Post Covid
Assalammualaikum...
Hi korang..
Hari ni merupakan hari ke 5 SA kuarantin di rumah...SA dah boleh turun bawah cuma SA kekalkan SOP. SA x turun lama la...SA pergi ambil air nak minum, top up air bawak naik atas dan naik atas semula..itupun SA tetap pakai face mask.. Then sembur setiap laluan SA dengan sanitizer gun...
Apa yang SA dapat rasakan sekarang adalah...sistem pertahanan badan SA agak lemah...naik tangga mengah...turun tangga mengah, jalan laju skit mengah dan SA rasa pusing....cepat2 naik dan lepak atas jer baring...
Jahat sungguh covid ni ye...SA xde selera makan tau....makan sesuap dua je...lepas tu kenyang....badan pun susut dah sikit...betul la kata kawan- kawan yang pernah kena...memang penat, memang rasa x selesa bila badan kita dah x aktif macam dulu...SA x pasti plak macam mana la perasaan mereka- mereka yang kena 2-3 kali malah ada yang dah kena 5 kali...mesti mental blocked kan...sebab SA dah rasa impact dia macam mana. Seumur hidup tak pernah kena demam yang teruk sampai suhu 40 darjah celcius...kalau demam biasa tu memang dah kena hantar spital. SA memang x nak pi spital kerajaan ...kat sini kes covid dia hantar HTJ...sebab tu la SA gigih turunkan suhu hari selasa tu....Hari rabu baru suhu normal semula....
SA rasa dah sihat, tapi SA x kuat....
Isnin SA dah mula kerja dah...x tau la macam mana nak hadap...dengan batuk semula ni.....penat nak fikir...

Thursday, August 11, 2022
WW~ Alhamdulillah Dah Negative...
Assalamualaikum..
Hari ni merupakan hari ke 4 SA di landa Covid 19..masih berbaki 3 hari lagi untuk SA kuarantin ..ikutkan bila dh negative SA dh boleh abaikan kuarantin, dh boleh tamatkan..sebab dh clear kan..tapi SA masih ada symptoms iaitu Batuk dan sakit-sakit sendi....x boleh tahan uiii sakit nya ..batuk tu x kisah la sangat sebab SA baru je pulih dari batuk...2 bulan batuk pas tu kena batuk lagi....yg sangat x tahan sakit sendi dan demam panas...ikutkan suhu dah 40°c dah masa mula kena tu...tapi rasa badan sejuk ..gigil2 dan gigi berlaga ngan gigi...gigih x pi hospital terus malam tu jugak 3 kali mandi bagi suhu turun..turun la sikit sampai 38°c
Selasa memang x bermaya...SA duk basahkan tuala and letak kat kepala...basah2 tilam..letak kejap je x sampai 5 minit tuala kering...bayangkan panas dia macam mana..
Masa ni la emosi x stabil sebab semua buat sendiri...kalau korang nak tau..Mak Abah pun demam panas...tapi diorang negative..dania memang negative la ..korang bayang la macam mana SA kat bilik atas ni menangis sorang2 risau kat Mak Pah dan Pak Zain..diorang demam tapi SA x dapat nak jaga diorang ...mental x kuat weyh ..time ni sape call memang kena ngan SA...
Tapi Pak Zain masakkan jugak makanan untuk SA dalam pada x larat tu..letak kat tangga lepas tu ketuk pintu....sedih sangat masa ni...x bermaksud nak menyusahkan tapi sebab x nak berjangkit kan...
Walau dh negative SA masih kena teruskan kuarantin sebab SA masih ada symptoms..hari2 jawab soalan kat MySejahtera....stress tau jawab soalan...jadi panik bila oksigen drop bawah 95...tabya adik..adik cakap jangan focus sangat as long as takde masalah pernafasan...cuma SA x cakap la SA panik dan diserang anxiety...
Now dh negative rasa lega...yang x lega sakit2 sendi dan batuk ni..takpe 3 hari lagi...lepas ni Sabtu SA nak mop bilik ni and sanitize...harap masa tu dh kuat dh ...
Doakan SA ye kawan2...dah sihat sepenuhnya SA singgah rumah korang macam biasa...

Tuesday, August 9, 2022
SA dah x Virgin Covid Dah...Positive Covid 19
Assalamualaikum
Semalam ma SA training SA demam start petang, SA ingat hanya demam sebab geraham bongsu sakit...rupanya tak bila SA tiba2 sakit tekak dan batuk..seram sejuk dan badan bahang betul...
Balik kerja Pak Zain x jemput macam biasa, Pak Zain suruh amik grab sebab dia demam jugak...sampai je rumah SA letak bag and terus mandi...sementara tu buat RTK test...sementara nak tunggu result SA mandi...ya allah seksanya nak mandi dengan keadaan seram sejuk dan pening kepala...
Check self test result sekali tengok....denggg!!!! Positive...SA suruh Dania buatkan test kat Pak Zain dan Mak Pah...nasib negative...
Bermula la episode kuarantin kendiri SA kat rumah...panas badan melampau..SA makan ubat dan tido je ni
Kerja office masih kena buat...sebab kuarantin kat rumah so bekerja dari rumah...training hari ke 2 SA x join...sendi2 semua sakit...
Sekarang SA monitor oksigen je...
Nak makan xde selera...Pak Zain demam kena masak gak..dia buatkan SA bihun singapore...aiseyyy..bau memang buka selera...tapi bila rasa...Pak Zain oiiii garam mana...hahahaha...
SA kena tunggu Dania balik la nampaknya..xde selera SA nak makan...
So far SA x alami simptom xde rasa or bau...setakat hari ni masih boleh bau dan rasa..x tahan batuk ni aje...hari ni dah 3 kali SA mandi nak bg panas turun...tido pun guna tuala basah letak kat dahi...
Syukur sekarang dah kurang panas...

Monday, August 8, 2022
Self-Managed Learning Course..

Konon- Konon Nak Buat Steak

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah














































