Tuesday, June 14, 2011

Ustazah Subahat Suami Rogol Anak...

AMPANG : Seorang ustazah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan bersubahat dengan suami baru yang merogol dan mencabul anak kandungnya yang juga bawah umur, tiga bulan lalu.
Tertuduh yang berusia 33 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dibacakan dan minta dibicarakan di hadapan Hakim Roszianayati Ahmad.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh bersubahat kesalahan rogol terhadap anak sulung perempuannya yang berusia 15 tahun satu bulan di rumah mereka di Bukit Ampang Permai, di sini antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi pada April lalu.

Dalam kejadian itu, tertuduh didakwa menyuruh anak perempuannya membuka pakaian dan menutup mulut mangsa tanpa kerelaan ketika suami merogolnya.


Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh bersubahat kesalahan rogol terhadap anak sulung perempuannya yang sama di rumah sama dengan menyuruh masuk ke dalam bilik mereka, antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi pada 12 Mei lalu

sumber dipetik dari Harian Metro...

4 comments:

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah