Wednesday, November 21, 2018

Desto Melancarkan Pertukaran Kripto Berasaskan Pemegang Amanah, DestoCX


Seperti setiap perkahwinan, mana-mana sistem kewangan memerlukan kepercayaan. Peningkatan mata wang digital kripto sebagai kelas aset baru yang muncul juga bersandarkan kepada kepercayaan bahawa urus niaga yang dilakukan adalah selamat, tepat, dan pertukaran itu dilindungi. 

Disebabkan itu, firma fintech DESTO telah dibangunkan dan baru-baru ini melancarkan DestoCX, pertukaran kripto berasaskan pemegang amanah yang diilhamkan oleh pihak yang tidak berhubungan dengan bank. Pertukaran itu adalah bahagian pertama daripada ekosistem fintech DESTO yang akan dilancarkan. DestoCX menyasarkan untuk menyediakan perkhidmatan pertukaran mata wang digital kripto yang luar biasa kepada semua masyarakat di seluruh dunia. Pertukaran itu berlangsung secara langsung pada 22 Oktober lalu.



Apa yang membuatkannya menonjol adalah menerusi ciri penjaga yang ditampilkan, Satoshi Trust, di mana DESTO mencipta firewall untuk mengasingkan wang kliennya, supaya syarikat atau kakitangan tidak dapat menggunakan syiling (coin) dalam pertukaran atau wang klien. Dan DESTO juga telah menggariskan ciri keselamatan sebagai nilai terasnya di samping memastikan kepuasan pelanggan. 

“Satoshi Trust menyediakan beberapa lapisan tahap keselamatan tambahan, agar pelanggan kami boleh menggunakan platform kami dengan lebih yakin, serta mengetahui bahawa dana atau aset digital mereka dilindungi,” menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif DESTO, Samuel Law, seorang rakyat Malaysia yang berada di luar pesisir industri fintech lebih dari 10 tahun. 

“DestoCX adalah penting untuk pembangunan kami kerana ia memberikan peluang kepada peniaga, pembeli atau pelabur aset kripto untuk saling bertukar di platform ini, selain menjadi tempat untuk bertukar dan mencairkan dana secara berpusat. DestoCX juga begitu penting kerana ia memberi sokongan yang diperlukan untuk pengaliran mata wang DEO,” kata Samuel. 

DestoCX pada asasnya menyediakan platform untuk kecairan yang dikumpulkan, untuk mengesahkan transaksi yang berlaku serta disahkan dan dipertimbangkan dengan tepat. “Dan dana mereka sudah pasti terjamin kerana dilindungi,” ujar Samuel.




Pertukaran berkenaan sebenarnya berlangsung dalam teknologi sistem teragih iaitu teknologi yang sama digunakan oleh Google, Twitter dan Facebook. “Kami mampu menampung trafik yang sangat tinggi dan mengekalkan kecekapan sistem pada tahap yang sangat memuaskan. Ia boleh melaksanakan sehingga 100,000 pelepasan perdagangan sesaat, dengan kemampuan mencapai satu juta sesaat,” kata Samuel. 

Menurut Samuel, semuanya adalah mengenai masa, sebelum pasaran mata wang digital kripto yang dikuasai oleh teknologi blockchain menjadi standard baru dalam ekonomi dunia. “Kami sudahpun menyaksikan evolusi yang berlaku pada masa ini yang menggunakan kaedah pembayaran semasa semakin menjadi berlebihan, sebelum ia menjadi lama dan usang. Dengan alasan ini juga, DestoCX wujud dan akan terus wujud bagi memenuhi keperluan evolusi kewangan,” beliau berkata. 

Beliau turut menyatakan bahawa DEO belum lagi disenaraikan pada masa ini, berikutan DESTO sedang membina peneroka rantaian DEO (DEO Chain Explorer) iaitu platform yang membenarkan carian maklumat mengenai blok, alamat dan transaksi di blockchain COIN DEO, bersama kod sumber yang tersedia di Github. 

“Kami juga menyelaraskan ia dengan platform dagangan bagi memastikan aliran itu tepat dan seperti yang ditetapkan. Kemungkinan ia akan mengambil tempoh sekurang-kurangnya sebulan atau setengah bulan. Yang paling awal mungkin pada November atau Disember ini, bagaimanapun kami berharap ia akan berjalan secepat yang mungkin,” kata Samuel. 


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai DESTO, DestoCX dan DEO coin yang akan disenaraikan tidak lama lagi, boleh melayari www.destocx.com, atau emel kepada support@desto.io


Mengenai Desto



DESTO adalah syarikat teknologi inovasi baru yang diasaskan oleh warga Malaysia. Ia menyediakan penyelesaian teknologi blockchain, dengan memfokus pada tanggungjawab sosial. Ini bermakna ia bertujuan membantu, melalui penyelesaian yang ditawarkannya, menjadikan dunia lebih telus dan sebagai penghubung kepada populasi tanpa bank, sambil membantu meningkatkan kualiti kehidupan mereka yang kurang bernasib baik. 

Ia juga telah membina protokol blockchain sendiri (prestasi yang belum pernah lagi dicapai oleh kebanyakan syarikat teknologi di seluruh dunia) yang dinamakan sebagai DEO yang menggunakan algoritma pengesahan SHA-3, iaitu merupakan teknologi paling baharu di industri sekarang, memberikannya kelebihan dari segi kepantasan dan ketepatan. Aset mata wang digital dengan akronim DEO ini, akan diedarkan dan digunakan sebelum penghujung tahun 2018.



5 comments:

  1. Nak kena belajar byk pasal ni tapi otak ni dah tua tak nak menyerap macam span pulak

    ReplyDelete
  2. Saya ni sampai ke sudah tak begitu faham mengenai matawang kripto, tp asal ada info kripto, saya try baca dan faham ... nak juga tahu kripto tu apa, at least taklah zero knowledge sangat, hehe.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah