Friday, November 23, 2018

Review | Althea Milk Peel Cream Mask

Hi Korang...

Sejak- sejak ada Althea ni kan...SA makin suka dengan semua product- product keluaran Althea. Lagi suka bila ada jer product baru SA dan rakan- rakan Althea Angels yang lain dapat merasmikan dulu. So SA dah semakin dekat dengan produk- produk Korea. Siapa yang tak suka dengan semua product dari Althea kan..dah la banyak pilihan..packaging barang pun best..rasa teruja jer bila dapat kotak pink istimewa. Memang sentiasa di tunggu- tunggu kotak pink ni...bila dah dapat terus rasa teruja kan..

So kali ini SA nak review satu lagi produk terbaru Althea iaitu Milk Peel Cream Mask. Ianya dicipta khas untuk membuang sel- sel kulit mati di muka secara perlahan- lahan. Haa..bukan sekali pakai terus hilang sel kulit mati ye...korang kena pakai secara konsisten baru apa pun masalah kat muka tu hilang.Tekstur cream seolah- olah lumpur dengan bau yang sangat wangi dan ringan betul- betul menambat hati. Seronok sangat bila dioles ke muka..



Kandungan


  1. Bahan aktifnya adalah AHA & BHA yang membantu mengelupas sel kulit mati untuk kulit yang licin.
  2. Ia mengandungi Protein Casein (susu) untuk memberikan kelembapan dan membantu kulit untuk terus lembab sepanjang hari.
  3. Ia mempunyai tekstur lembut seperti tanah liat yang gelembung apabila dipijat pada kulit lembap untuk membersihkan liang-liang yang mendalam.
  4. Ia juga bebas kezaliman! Tidak mengandungi bahan- bahan dari haiwan.





Bahan- Bahan lain

Bahan lain di dalam Althea Milk Peel Cream Mask adalah Water (Aqua), Kaolin, Glycerin, Disiloxane, Bentonite, Propanediol, Myristic Acid, Methyl Perfluorobutyl Ether, Stearic Acid, Methyl Perfluorobutyl Ether, Potassium Hydroxide, 1,2-Hexanediol, Palmitic Acid , Ethylhexylglycerin, Milk Protein Extract, Disodium Edta, Gaultheria Procumbens (Wintergreen) Leaf Extract, Gluconolactone, Glycolic Acid, Titanium Dioxide (Ci 77891), Fragrance (Parfum), Coumarin, Hexyl Cinnamal, Citronellol



Bagaimana untuk menggunakannya?

  1. Sapukan produk pada kulit yang lembap dan urut dengan perlahan sehingga ia berbuih.
  2. Biarkan ia seketika pada kulit anda selama 30-60 saat sebelum membilasnya dengan air suam.

Senang kan!!


SA mencuba dan biarkan seketika sehingga cream menjadi buih keseluruhan...geli - geli bila ianya berbuih..



Video unboxing dan cara pakai..


SA suka mask ini sebab selepas guna dan bersihkan muka...kulit muka menjadi lembut..best sangat...

The Milk Peel Cream Mask kini boleh didapati di Althea.kr pada 10% off untuk RM36.00

Maklumat lanjut korang boleh check di sini

https://us.althea.kr/milk-peel-cream-mask

Selamat Mencuba...

5 comments:

  1. licin muka lps pakai... lalala nak jgk la try

    ReplyDelete
  2. bestnya dpt manjakan kulit dgn mask ni

    ReplyDelete
  3. Memnag best pakai.. Rasa geli2 je dekat muka kak

    ReplyDelete
  4. Suka juga pakai sebab rasa bersih dan kulit lembut sangat.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah