Tuesday, September 21, 2021

10 Sebab Hiking Menjadi Kegilaan

Assalamualaikum..

Hi korang...

Ada antara korang followers dan readers SA yang ada hobi atau minat sama macam SA? Ye SA minat hiking...minat ni timbul semula selepas SA diserapkan ke group hikers ex school dulu. Alumni pertama kami hiking Gunung Angsi tahun lepas. Ikutkan sebelum- seelum tu zaman belajar SA memang suka hiking..Lepas dah masuk alam pekerjaan SA dah semakin melupakan hobi SA yang satu ni. Tapi SA tetap cintakan alam semulajadi.

Hari ni SA nak share 10 sebab kenapa hiking menjadi kegilaan ramai sekarang...

Hiking menjadi pilihan ramai kini untuk mengisi masa lapang. Apa yang membuatkan aktiviti ini menjadi kegilaan sekarang?




1) HIKING BUAT ANDA GEMBIRA

Menurut kajian Universiti Stanford pada tahun 2014, hiking boleh meningkatkan mood gembira dan mengurangkan keresahan anda.


2) HIKING BOLEH MEMBANTU ORANG YANG DEPRESI

Sembilan puluh minit melakukan aktiviti panjat bukit ataupun gunung dan berada di sisi alam semulajadi boleh mengurangkan rasa depresi pada otak, kata kajian di dalam LA Times.


3) HIKING BOLEH MENGURANGKAN STRESS

Berjalan jauh, menolong rakan-rakan dan mendaki bukit boleh menjadi punca positif pada kepala dan hati yang stress akibat pelbagai masalah.


4) HIKING MEMBANTU ANDA MENYELESAIKAN MASALAH

Menghabiskan masa mendaki bukit boleh meningkat kemahiran menyelesaikan masalah anda sebanyak 50%, kata kajian di dalam Huffington Post.


5) HIKING BANTU TINGKATKAN MEMORI

Dengan hanya satu jam menghabiskan masa bersama alam sekitar, prestasi memori anda akan meningkat 20%, menurut satu kajian di Universiti Michigan.


6) HIKING MEMBANTU ANDA LEBIH KREATIF

Apabila anda mendaki bukit bersama teman-teman, mendaki hingga ke puncak, ia membantu anda untuk menjana idea-idea baru yang lebih kreatif.


7) HIKING MENINGKATKAN STAMINA

Terutamanya anda yang suka mendaki di bukit dan gunung yang mencabar, kesannya sama seperti anda melakukan senaman kardio. Hiking menjadikan anda lebih fit dan membantu menbakar kalori sehingga 500 kalori dalam masa satu jam.


8) HIKING BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG

Dengan melakukan aktiviti mendaki, ia merendahkan tekanan darah sekaligus mengurangkan risiko diabetes dan juga obesiti. Mendaki pada ketinggian yang lebih tinggi pula bagus untuk jantung anda.



9) HIKING DI TEPI LAUT BAGUS UNTUK ANDA

Kajian pada tahun 2012 menyatakan, mendaki di kawasan yang berdekatan laut biru boleh membantu anda kurang berfikir tentang masalah. Warna biru laut sememangnya menjadi penenang jika anda dilanda pelbagai dugaan.


10) HIKING MENJANJIKAN KESERONOKAN BERSAMA KELUARGA DAN TEMAN

Jika ada ahli keluarga dan teman-teman anda yang berkongsi hobi yang sama iaitu mendaki, ajaklah mereka bersama kerana sememangnya ia memberikan kegembiraan dan kepuasan yang maksima apabila anda sampai ke puncak dengan orang tersayang.


10 comments:

  1. yezz betul akak suka hiking jga cuma kat kl. terhad kwasan he hee
    blk kgg hiking naik. bukit durian, puncakkk tgk bwh

    ReplyDelete
  2. x minat hiking..pernah sekali jer dulu..gunung angsi, masa form 3..sekali tu je la.

    ReplyDelete
  3. lamanya tak hiking. ni kalau pergi mau sakit kaki sehari semalam. saya takdelah minat sangat, tapi boleh je sekali-sekala. hilangkan stress dan have fun dengan kawan-kawan. kadang-kadang boleh buat kawan baru

    ReplyDelete
  4. Seronok hiking, close to nature. paling best hiking bukit tepi laut. Dapat tengok view cantik.

    ReplyDelete
  5. Shida pun teringin tp xde geng lah!

    ReplyDelete
  6. Rindu zaman pergi hiking dengan kawan di universiti.

    ReplyDelete
  7. Hiking memang dapat hilangkan stress..

    ReplyDelete
  8. Hiking memang best... kena dengan jiwa tapi ada masalah dekat kaki yang tak mengizinkan untuk buat aktiviti ini... sedih dan kecewa

    ReplyDelete
  9. suka hiking jgk. tgh tggu bleh hiking je ni. sekarang pegi jogging je dulu..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah