Saturday, November 20, 2021

Menu Lunch Hari Rabu

Assalamualaikum...

Hi Korang...

Semua tau kan Rabu lepas SA tak kerja sebab mak warded. Walau mak x leh di lawat atau di jaga macam dulu, SA tetap amik cuti kecemasan memandangkan hati tak tenteram fikir mak yang sakit. SA dan abah uruskan perihal dialysis dia kat hospital. Pagi tu belikan pampers dan keperluan lain...konon- konon nak buat jahat yang baik..macam mana tu? SA terpaksa kelentong guard hospital tu semata- mata nak curi peluang nak jumpa mak. Kononnya staffnurse ward call suruh hantar barang kat ward sendiri..SA ingat x lepas...tu la sebab kelentong kan semata nak pi jumpa mak..memang allah marah la...tak dapatnya..guard tu call ward tu and tanya betul ke tak arahan staffnurse tu...erm...sudahnya..barang- barang mak tu semua tinggalkan kat guard dan nanti PPK akan turun collect dan hantar kat patient. Sabar je la...jangan buat macam SA tau korang...idea Acu la ni...x leh pakai idea tu di zaman- zaman pandemic ni...hahahaha...

Then terus balik rumah...tak tau nak masak apa..selera nak makan pun celaru sebab risaukan Mak kat hospital...last- last SA order jer Ayam percik Ayamas, goreng udang harimau buat goreng berlada. Masakkan untuk Pak Zain bubur nasi, dia ngadu sakit perut..goreng ikan pelaling...eh...si Tiara suka plak...tapi nak bahagian yang garing je..dia suka macam keropok...tepuk dahi SA...orang makan isi ikan dia makan tepi2 ikan dan kulit ikan yang garing. Kalau goreng ayam kan...kulit mesti hilang dulu...



Ayam percik Ayamas..


SA masak simple je...


Left over sup ayam acu masak untuk anak dia..


Ikan pelaling goreng...

Dalam takde idea nak masak apa...settle jugak masak kan...SA gigil tengahari tu sebab malam x makan...so SA makan dulu...lepas tu badan sakit- sakit macam nak demam...SA risau dah..kalau tumbang SA nanti lagi parah...terus makan ubat and SA bawak tido...alhamdulillah petang tu dah ok dah...So tak jadi la demam cuma sendi- sendi jer sakit..lenguh- lenguh maybe sebab SA menunggu mak kat kecemasan dari pagi sampai ke malam hari Selasa tu...ye la..dah tua- tua ni semuanya sakit kan....x boleh salah sikit...


13 comments:

  1. Faham...sebab pernah rasa macam mana k. SA rasa. Dulu masa jaga arwah ayah mertua & husband dekat hospital pun badan rasa tak sedap. Hari-hari ulang alik hospital.Badan rasa lemau, letih, lesu segala. Makan pun ikut mana dan jer.

    Bila time kat wad kecemasan memang perit rasa menunggu. Dah masuk wad biasa baru lega. Syu doakan semoga mak akak cepat sembuh. Amin...

    ReplyDelete
  2. Badan dah pakai lama, sakit sana sini.

    Hope, mak SA baik2 sahaja dalam wad tu dan dapat jagaan yg baik dr mereka.

    ReplyDelete
  3. Walaupun simple je lauk tapi tetap menyelerakan..

    ReplyDelete
  4. tengah tengah pandemik ni...memang risau kalau ahli keluarga warded. sebab tak boleh dijaga

    ReplyDelete
  5. Moga mak akak cpt boleh keluar ward, akak jaga diri jangan sampai lambat makan...

    ReplyDelete
  6. tu la. mesti SA risaukan mak dkt hospital.
    smoga Mak Pah cpt sembuh ya..

    ReplyDelete
  7. Kalau uncle macam ni tak dsimple dah.... hehehe

    ReplyDelete
  8. jaga orang sakit kat wad kita akan sakit juga. Itu pasti. kadang yang sakit dah sihat kita masih sakit tapi semuanya ada nilainya, ada manisnya kan kak.

    ReplyDelete
  9. Moga Mak Pah cepat sembuh.
    Ikan pelaling goreng tu sedap makan dengan nasi putih, tambahkan sambal kicap sedikit... aduhai!

    ReplyDelete
  10. Ni mak SA dah discharge ke?

    ReplyDelete
  11. Zaman pandemik ni memang tak dapat lansung nak jengah kak. barang barang memang kena tinggal kat guard je. Risau risau, kesihatan kita perlu jaga jugak kak.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah