Friday, January 14, 2022

Orang Malaysia Ni Jenis Cepat Sentap...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Korang setuju tak kalau SA cakap yang orang Malaysia ni cepat sentap? Sebab apa SA cakap macam tu...semalam SA ada komen kat post Dr Khairul Faizie, one of kawan blogger yang aktif kat media sosial. Memang lama dah kenal ngan Dr Khairul ni..dan dia sendiri tau SA macam mana orangnya...kebanyakkan post dia memang sacarstic dan SA selalunya akan komen- komen sacarstic ikut bahasa yang selalu SA guna...semalam Dr Khairul share pasal pecah ketuban guna alat and bla..bla..bla...SA pun komen macam kat bawah tu...SA komen bab pengalaman SA bersalin kat hospital kerajaan dan SA takde pun pertikai doc pelatih ke atau pertikai bersalin kat hospital kerajaan. SA sendiri pilih bersalin hospital kerajaan memandangkan kat hospital kerajaan la ramai doktor- doktor pakar. 

Eh...SA kena kecam uolls...kena kecam yang SA sendiri boleh gelak...memang betul la orang Malaysia ni jenis cepat sentap. Nak komen tapi tak fikir..membuta tuli je...korang baca komen tu korang rasa SA pertikai hospital kerajaan ke? SA lebih ceritakan pengalaman SA..sakit kena pecah air ketuban dan yang entertain SA masa tu adalah doktor pelatih lelaki. SA memang takde pilihan sebab tak ada doktor perempuan masa tu. Ye SA tau depa nak praktik...nak belajar...but SA tak pertikai at the first place...apa la ppuan tu fikir agaknya...







Nasib dia senyap lepas SA jawab macam tu...check FB dia takde la hebat mana pun...SA x paham la apa masalah orang- orang macam ni erk...SA memang kenal baik ngan Dr Khairul Faizie tu...dah SA memang jawab macam tu dan itu cara kami...eh..dia plak terlebih sentap...Ikut la siapa nak bersalin mana pun..kalau diberi pilihan pun SA memang pilih hospital Kerajaan sebab banyak Doktor Pakar. Apa dia ingat SA tido atas duit ke nak bersalin kat swasta. Tapi tak bermakna pada SA hospital swasta tak bagus. Pilihan di tangan sendiri kan...

Masalah kalau jenis cepat sentap and cepat je nak kecam...baru guna media sosial kot...orang nak komen dia nak komen...biadap....
 

Korang rasa macam mana? komen SA tu SA kecam Hospital Kerajaan ke?

13 comments:

  1. Hahaha aduhh dia pulak yang sentap.susah nak puaskan hati semua orang ni.

    Cici pun kalau cerita akan mention details. Tapi kang kalau kita cerita "...i bersalin kat private.." kena kecam jugak saja riak nak mention private.

    ReplyDelete
  2. Rasanya dia baca sekali lalu tu, tu yg dia tak faham apa yg SA nak sampaikan. Sebenarnya maksud SA tu, SA bersalin di Hospital Kerajaan, tak boleh demand doktor perempuan. Tapi dia faham lain, lepas tu menonong komen. Sebab tu Sk kadang malas nak komen di page2 viral sebab macam ni la.. ramai pandai baca, tapi tak faham maksud apa yg dibaca.

    ReplyDelete
  3. Masa saya bersalin Mijan, kawan kawan suami kata..eh ko hantar orang rumah beranak kat sultanah aminah je? Kedekut betul. Suami gelak je. Saya bersalin Mijan penuh komplikasi, agaknya kalau hantar bersalin kat swasta boleh dapat sebiji lagi Starex cash

    ReplyDelete
  4. Sabar je lah kalau orang komen macam nie kat kita kan SA.. dia salah faham tu kut..

    ReplyDelete
  5. Macam-macamlah manusia ni kan SA.

    ReplyDelete
  6. err.,bila nk bersalin lg ni cikkak SA., hehehe #gurau2jgnsentap

    ReplyDelete
  7. lain pula yang dorang faham. Aduhhh..
    Tapi tertarik dgn satu komen ttg hospital gomen pasir puteh tu.
    Servis memang teruk pun kat situ. Xthu la. Memang tak suka pergi situ tapi bila apa apa jadi kat papa mmg terpaksa pergi kt situ. Dorang layan tak layan je. Mulut pun memang puaka (nurse).

    Nasib baik kat KK Naniey check up Nurse semua baik, kat HKL masa bersalin Naura pun semua baik..

    Daripada pengalaman orang orang yang bersalin byk kali dorang ada bagitau doktor lelaki lagi halus kerja daripada doktor perempuan.

    ReplyDelete
  8. Risau dengan netizen Malaysia ni. Baca dan diam je sudahlah kan. Sabar je lah kak.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  10. Dah 18 tahun dah Dania...
    Sulong pun dia..bongsu pun dia 😁
    Tapi anak dan mak macam adik dan kakak jer..🥰

    ReplyDelete
  11. Ni antara sebab saya kurang main socmed

    ReplyDelete
  12. memang jenuh la netizen2 ni...

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah