Monday, April 18, 2022

Anak- Anak SA...

Assalamualaikum...

Hi korang...

Selamat pagi...siapa amik cuti hari ni....SA takde la nak buang- buang cuti...

Korang dah sedia maklum sejauh mana SA rapat dengan anak- anak buah SA kan...ni anak adik- adik sendiri tau...diorang ni semua SA jaga dari dalam pantang kecuali anak adik lelaki yang kat Muar tu...anak adik2 lain memang berpantang kat rumah Seremban. Sebab tu la anak- anak buah memang rapat ngan SA...di jaga dari kecik tapak kaki dua jari...paling manja sekarang of course la si Tiara...paling kecik...orang bagi perhatian kat dia je...Ibu tak risau tinggalkan diornag lama sebab mama ada...cuba mama takde....Kakak Dania la yang jaga diorang...Kakak Dania pun suka dan rajin melayan

Jom la tengok gambar...



Berkepit je...


Masa ni Ibu tinggalkan dia ngan mama pi shopping lama...


Ni dengan Dida dan Dhia ( anak adik lelaki)


Si bujang Opick tu menyelit jugak


Yang baju choc kat belakang tu adik lelaki SA dan wife dia..


Menyelit je si bujang tu tau...dah la kuat mengusik kakak2 tu semua..


Muka sepesen je memasing


Geram la ngan si Opick ni....


Ni la buah- buah hati SA...kalau berkumpul memang seronok...rumah yang kecik jadi meriah...rasanya masa berkumpul memang rumah SA jer yang hiruk pikuk suara budak- budak. Kalau hari biasa memang senyap sunyi je...seronok kan anak ramai...SA dan adik no 4 jer anak sorang...hahaha...lepas ni kalau ditakdirkan ada jodoh memang takde la nak beranak kecik aih...dah tua dah pun...tahun ni SA dah 44 tahun dah...cepat betul masa berlalu kan...

Simple entry hari ni...santai- santai je...

Selamat bekerja buat yang bekerja...esok cuti semula Nuzul Al- Quran...esok nak dating ngan Dania...yihaaaaa...... 


11 comments:

  1. family saya pun banyak budak2, memang meriah, kecoh. kadang2 memeningkan kepala haha

    ReplyDelete
  2. Wahhh, meriahhhh!!! Bestnyaaaa

    ReplyDelete
  3. manja nya Tiara dgn mama long dia..hihi..

    seronok berkumpul adik beradik + anak2 saudara...

    ReplyDelete
  4. Ni kalau raya mesti meriah kannn SA ...

    ReplyDelete
  5. alahai manja2 anak mamalong ni

    ReplyDelete
  6. Bestnya ada ramai anak saudara. Meriah rumah kalau diaorang balik, kan.

    ReplyDelete
  7. Meriah ramai anak buah yang kecik kecik ni. Nanti dah besar rindu masa dorang kecik. Seronok ada ramai. Belum ada rezeki lagi :)

    ReplyDelete
  8. Mummy Ayu garang, suka menyakat. baru2 ni je ..jadi geng ngan sorang ni.. he he he..

    ReplyDelete
  9. samalah kita SA. saya lagilah, dah bujang terlajak ni macam mustahil nak ada anak sendiri, so menumpang kasih anak-anak sedara jelah

    ReplyDelete
  10. tiara tu muka pun dah sama macam SA..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah