Thursday, September 15, 2022

Resepi Ikan Cencaru Goreng Kunyit Bawang Putih Permintaan Mak Cella

 Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari tu nak share resepi kari udang campur nenas kan...tapi Mak Cella ada request resepi ikan cencaru goreng kunyit hidup dan bawang putih tu...okey la SA up resepi ikan cencaru dulu la ye...

SA nak share dengan korang satu lagi menu simple yang sangat mudah dan sedap selain berkhasiat..hahaha...pepandai jer kan..sebab apa SA kata simple? Tak banyak bahan pun..bahan pun mudah je nak dapat..kos pun murah...Biasa SA suka masak time nak berbuka dan sahur..berselera masing-masing makan..

Resepi ni mak SA yang ajar dan memang menjadi kegemaran kami sekeluarga..kalau Mak Pah buat lagi sedap kot..sebab dah Mak Pah tak sihat so SA jer la yang masak..jom kita tengok resepi  dan bahan- bahan yang SA gunakan..ini yang paling mudah tau...sekejap aje dah siap dan x amik masa lama untuk masa..SA dah pakar dah sebab dah selalu buat..



Bahan- Bahan

  1. Ikan Cencaru - 4 ekor ( SA guna seekor aje yang paling besar dan jangan buang jaket dia tu)
  2. Kunyit Hidup - sejengkal
  3. Bawang Putih - 7 -10 ulas
  4. Garam

Cara masak

  1. Tumbuk kunyit sampai hancur
  2. Asingkan suku dari kunyit yang ditumbuk untuk lumur pada ikan
  3. Then tumbuk pula 7 ulas bawang putih sekali dengan kunyit hidup baki yang ada dalam lesung batu
  4. Lumurkan separuh kunyit tadi pada ikan..jangan lupa campur garam sekali
  5. Goreng ikan dalam minyak yang panas, dah masak ikan angkat dan ketepikan
  6. Bawang putih dan kunyit hidup tadi di goreng garing dan perasakan garam juga
  7. Then gaulkan pada ikan macam dalam gambar
Dah siap...

Mudah kan? makan panas- panas..anak dara SA suka la ni...kalau dapat lauk ni memang makan bertambah...tapi tak boleh la buat selalu nanti muak..dalam sebulan tu buat la 2 kali..memang laku lauk ni...kalau dicicah dengan budu pun memang laju jer bertambah nasi...sedap....eh nak pi cari stok budu la....

Selamat mencuba ye


14 comments:

  1. Wahhh..senang je ni. Ikan cencaru memang dah ade. Bila² nanti boleh cuba. Tq SA

    ReplyDelete
  2. Nak cubalah nanti terliur tengok

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Boleh SK...ikan kembung pun sodap...pernah gak cuba..ikan selar pun SA pernah buat...

      Delete
  4. makan dengan bubur nasi panas-panas sedapp ni

    ReplyDelete
  5. Macam lauk berpantang pun iya juga ni. Nanti-nanti boleh try.

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap resepi nih, Bolehlah try nanti

    ReplyDelete
  7. Muah..muah..muah
    Cayang SA..

    Owh ..bawang putih tu goreng berasingan yer..patut cantik elok tak hangus.Kalau tak tai tips ni pun tak jadi sempurna ni.
    Terima kasih SA atas perkongsian

    ReplyDelete
  8. Ok, nak try hehe .
    Kita baru makan budu semalam, regu dgn pucuk ubi rebus 😋

    ReplyDelete
  9. Sedapnya SA.. dari hari tu nak cuba masak macam nie tapi tak cuba-cuba jugak lagi..

    ReplyDelete
  10. Sungguhlah mudah.. nak kena try ni..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah