Sunday, September 4, 2022

Selamat Bertunang Nur Farahanan Puteri

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu, pada yang bekerja selamat bekerja, yang bawak anak-anak berjalan sana sini selamat bercuti, hati-hati di jalan raya...sarapan jangan lupa dan jangan suka sangat...SOP dan keselamatan anak-anak juga perlu diutamakan...

SA nak bawak Mak Pah dan Pak Zain jalan ke AEON Seremban 2 kejap lagi...ada la nak cari barang sikit ....

Sementara tu SA nak citer pasal majlis bertunang anak buah sorang lagi pada 31 August hari tu...anak kepada kakak sepupu yang sulung sebelah Pak Zain. Cucu kepada Mak Long SA...sampai je kat rumah diorang pihak lelaki pun dah sampai...awal benor kul 11am dah sampai...

Jom la tengok gambar....




























 

Alhamdulillah majlis berjalan lancar...SA suka sangat masa majlis ni berlangsung selain sebagai camerawoman..SA suka pihak lelaki yang datang dari Klang penuh dengan adat dan diselitkan sesi berpantun. pandai betul wakil dari pihak lelaki berpantun..sedap je dengar...baru la rasa sesi meminang yang sebenar kan...

Selamat bertunang buat anak buah SA Farah dan Awie...majlis perkahwinan akan dibuat pada masa terdekat. Paling awal tahun depan bulan 1 atau 2..pihak lelaki kalau boleh nak cepat...lagi cepat...agaknya bulan depan pun nak..tapi kena la ada persediaan kan....bukan senang nak kahwin....banyak benda nak difikirkan....





7 comments:

  1. Semoga berkekalan ke anak cucu dan ke jannah!

    ReplyDelete
  2. wah seronok tgk.. yg sebelah pengatin pun berseri2 tu.. nape tu.. hihi

    ReplyDelete
  3. Cantik-cantik barangan iringan pertunangan. Moga dipermudahkan urusan kedua-dua pasangan hingga ke jenjang pelamin.

    ReplyDelete
  4. Tahniah kepada anak saudara Kak SA. Semoga dipermudahkan segala urusan untuk membuat persiapan.

    ReplyDelete
  5. Ammi ni puaslah baca nama pengantin lelaki ni kat tuala tu..nampak macam Anxie ada, macam Anie ada.. Awie rupanya

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah