Tuesday, December 28, 2021

Selamat Hari Lahir Mak Pah Yang Ke 65 Tahun

Assalamualaikum...

Hi korang...

Hari ni genap usia Mak Pah 65 tahun...Pagi tadi ingat nak wish kat Mak Pah masa SA keluar pi kerja, tak sampai hati plak nak kejutkan dia awal- awal...so tadi SA dah call dia and dah wish dia macam biasa. Lepas tu ada la tanya sarapan apa abah belanja hari ni...dia gelak kuat lepas tu dia cakap hari ni abah belanja Nasi Lemak ngan kuih - kuih je...

Insyaallah balik nanti SA belikan kek nasib baik bakers cottage dekat je ngan rumah. Lepas tu SA ada order satay, nanti dak Lissa pi collect je...dan dah suruh Pak Zain siapkan bahan nak buat mee goreng daging special dia. Adik- adik lain x tau la bleh balik ke tak..




Selamat Hari Lahir Mak! Ucapan yang teristimewa ini ditujukan khas buat ibu ku yang tersayang, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan urusan dan diberkati Allah SWT.

Sesungguhnya di hari yang istimewa ini, ingin sekali Along katakan pada mak bahawa, Mak lah segalanya bagi along dan adik- adik dan kerana Mak juga dapat kami melihat dunia pada hari ini, Allahu.

Selamat hari lahir Mak, terima kasih kerana telah mengandungkan kami anak mak, melahirkan, membesarkan, mendidik dan membesarkan kami semua, sememangnya tidak terbalas segala penat lelah dan jasa mu.

Kasih sayang yang Mak berikan tidak ternilai dengan wang ringgit malah setiap peluh keringat yang menitis, setiap nafas yang kau hela dan setitik darah yang mengalir ketika melahirkan kami, sungguh tak dapat dibalas.

Hanya doa untuk mu Mak yang dikasihi agar Mak sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah serta diberkati hidup mu di dunia dan akhirat dan segala budimu hanya Allah yang boleh membalasnya..

Selamat Hari Lahir Mak Yang Ke 65 Tahun....


12 comments:

  1. Selamat hari lahir Mak Pah..Moga panjang umur, sihat sokmo dan dimurahkan rezeki selalu..aamiin

    ReplyDelete
  2. Selamat ulang tahun ke 65 Mak Pah. Moga sentiasa sihat dan berbahagia bersama keluarga tersayang. Bertuah Mak Pah dikelilingi anak cucu yang baik- baik belaka.

    ReplyDelete
  3. Hepi besedei Mak Pah...!!
    Semoga sentiasa sihat dan hepi2 sokmo :)

    ReplyDelete
  4. happy birthday Mak Pah..semoga panjang umur, sihat selalu & semoga sentiasa dirahmati & dilindungi Allah...

    ReplyDelete
  5. Selamat hari jadi Mak Pah. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan bahagia dunia akhirat

    ReplyDelete
  6. happy birthday mak pah...semoga ceria2 selalu....

    ReplyDelete
  7. Terharu saya kak..terus teringatkan mak saya kat Bintulu..alangkah bestnya kalo saya duduk dekat dengan mak..😭 moga Allah pelihara kesihatan dan kesejahteraan Mak Pah disamping Pak Zain dan anak cucu tercinta..ameen ameen..

    ReplyDelete
  8. sanah helwah buat mak pah semoga sentiasa dilindungi Allah..

    ReplyDelete
  9. Selamat hari lahir Mak Pah. Semoga kekal sihat berpanjangan. Amin2.

    ReplyDelete
  10. Selamat hri lahir Mak Pah.. Semoga kesihatan MakPah bertambah baik Dan dipermudahkan semua urusan.

    Birthday arwah mama 24/12. Sedih je Kyra tahun ni sbb selalu mmg dia sambut sekali dgn arwah mama

    ReplyDelete
  11. Alhamdulilah SA masih mempunyai seorang ibu untuk menumpang kasih. Saya....tahun 2012 dah kehilangan doa seorang ibu....sedihnya.....

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah