Sunday, February 27, 2022

JJCM~Sup Lembu Tangkak Sedap Tak Terkata

Assalamualaikum...

Hi korang...

Baru- baru ni SA pergi makan nun jauh ke Melaka...buat hal kan...takde tempat lagi jauh nak makan ke...hehehe...apapun memang sedap dan ini merupakan kali pertama SA makan kat sini....mulanya SA macam skeptikal ingat kedai cina dan tak halal...rupanya kedai ni dah berkurun- kurun dan sangat terkenal di Tangkak. Kat Tangkak tu merupakan HQ nyer dan yang Melaka ni cawangan. Owner kedai ni memang cina tapi supplier untuk daging dan segala keperluan adalah dari orang kita dan dijamin halal..Pekerja pun ramai Melayu.. dan jangan risau diorang ada sijil Halal...cumanya SA x sempat nak snap gambar...Ya. Tapi jangan risau, restoran Sup Lembu Tangkak ini sebenarnya mempunyai sijil JAKIM dan cukup terkenal bukan sahaja dengan supnya tetapi juga bebola lembunya.

Restoran makanan Cina ini berasal dari Johor dan mempunyai beberapa cawangan termasuk di Kuala Lumpur. Akan tetapi jika korang telah sampai ke Melaka, apa kata korang cuba hidangan di cawangan Melaka ini.

Kalau bab Mee Sup SA memang suka mee kuning...tapi sayangnya masa SA pergi memang mee kuning dah habis...terus rasa erm...failed kat situ...terpaksa makan bihun sup..SA pilih Bihun sup daging..yang lain amik bihun sup mix. Yang mix tu ada daging dan perut lembu...SA makn pukul 2 petang so memang habis la mee kuning..next time la cuba pergi lagi kat sini...bukan jauh pun kan...SA makan kat sini sebab teruja ngan update dari SK . Sebab tu rajin pi jalan jauh....lepas ni memang kena rujuk kat Blog beliau la kalau nak makan sedap area Melaka atau Johor...hehehe...



Kedai ni buka pukul 10 pagi dan tutup pukul 5 petang..sekali pandang macam restoran cina dan pasti hati akan berkata- kata kan...tapi jangan risau...restaurant ni halal...


Senarai harga dan senarai makanan..makan kat sini takde la mahal sangat standard je...


Suasana dalam restaurant..memang sebijik restaurant cina


Gambar goyang plak....


Nanti nak pergi lagi nak makan yang mee kuning dan nak request daging lembu banyak skit...



SA kurang sikit kalau bihun..tapi dah takde makan je la..

paling sedap yang sos cili api tu...pedas berdesing tapi sedap sangat 


Lemon madu untuk SA dan yang lain minum teh o ais..knowing SA memang x minum ais..so amik yang panas je


Bukti sedap tak terkata..



Sedap...murah dan puas hati...

Korang nak cuba?SA suggest korang pergi awal...petang-petang banyak habis..lagi satu sila bawak tisu  sendiri sebab kedai ni kedekut tisu...hehehe....pada SA memang sedap..memang puas hati...SA makan sampai habis disebabkan kesedapannya..next time boleh makan kat sini lagi....


Service options: Dine-in · Takeaway
Address: Jalan Laksamana Cheng Ho, 75000 Melaka
Open⋅ Closes 5PM
Phone: 012-789 3768

11 comments:

  1. Jauh berjalan sampai Melaka tu kak. Eh taklah jauh sangat, jiran sebelah je. Sesekali jalan jauh sikit dari biasa. Kalau ada mi kuning ni lagilah sedap kan. Next time kena pergi lagi cuba mi kuning pulak kak.

    ReplyDelete
  2. Sangat sedap, kan.. supnya, dagingnya, sambalnya. Sk pulak lagi suka makan dengan kuey teow. Biasanya kami dtg waktu tengahari memang masih banyak pilihan lagi.

    Sekarang ni, mana2 tempat kedekut tisu.

    ReplyDelete
  3. sedapnya nampak bihun sup daging dia. dah la favourite syu bihun sup..

    ReplyDelete
  4. Oooo.. Iye ke ada sijil halal.. Tak tau pulak.. Ingatkan kedai makanan cina.. Biasa lalu situ.. Dekat dengan pejabat.

    ReplyDelete
  5. Menggiurkan betul ni kak🤣

    ReplyDelete
  6. nampak mengiurkan la mehun sup tu SA, daging pun nampak tak kedekut

    ReplyDelete
  7. mmg nampak mcm kedai cina kak.. wah boleh cari la nanti kedai ni

    ReplyDelete
  8. Memang sedap makan sini, dulu pergi takde amik gambo, next time nak pergi juga laa lagi.. kena ajak geng makan hahahaha

    ReplyDelete
  9. Nampak sedap bihun sup tu. Tak pernah cuba lagi makanan kat situ.

    ReplyDelete
  10. Sup lembu atau tulang lembu rasa dia memang pergghhhh! Lagilah kalau makan dengan bihun.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah