Tuesday, June 12, 2018

Portal Peperiksaan KPM Ditutup Kerana Mendedahkan Maklumat Peribadi

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah Ditutup Sementara Waktu Atas Langkah Keselamatan



Sistem Analisis Sekolah Kementerian Pendidikan (SAPS) ditutup semalam berikutan pendedahan mengenai eksploitasi keselamatan yang berpotensi mendedahkan maklumat peribadi lebih 10 juta rakyat negara ini.

Menurut laporan Malay Mail, pihaknya dimaklumkan mengenai pencerobohan maklumat peribadi itu oleh seorang pembaca.

Perkara itu kemudiannya dimaklumkan kepada Pasukan Respons Keselamatan Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) selepas mendapatkan nasihat daripada blogger teknologi, Keith Rozario dan pengasas bersama teknologi tempatan Kumpulan Projek Sinar.

MyCERT kemudiannya memberi maklum balas kepada Malay Mail semalam dan laman sesawang itu kemudiannya ditutup pada hari sama.

SAPS adalah portal yang membolehkan pelajar dan ibu bapa akses kepada keputusan peperiksaan dalam talian dengan memasukkan nombor kad pengenalan Mykad.

Data itu juga boleh diperoleh oleh Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendaftaran Negara.

SAPS dilancar pada tahun 2011.

Sumber memberitahu, data 4,940,203 pelajar boleh dimuat turun daripada laman sesawang itu yang berpotensi mendedahkan maklumat peribadi 10.3 juta rakyat Malaysia.

SUMBER 


7 comments:

  1. tu la ...dh tkleh la check pasni...kdg2 kertas exam tk dpt pn

    ReplyDelete
  2. No wonder, LZ sdg gigih check markah anak utk mid term exam lepas, x sempat semak semua.. Hopefully system tu dinaiktaraf utk penambahbaikan, lebih selamat.

    ReplyDelete
  3. Sementara tu tak tahulah berapa lama kan?
    Check guna SAPS senang nak monitor anak-anak takde alasan nak bagi kat ibu ayah.

    ReplyDelete
  4. Kena pakai sekuriti ketat. Mcm bank pakai

    ReplyDelete
  5. Bagus.. mungkin dengan penutupan sementara itu akan ada penambaikan lebih baik supaya tak susahkan semua pihak.

    ReplyDelete
  6. Kena tunggu hari terbuka sekolah lah.

    ReplyDelete
  7. haritu syarikat telco lepastu bank sekarang saps pulak

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah