Monday, February 11, 2019

Resepi Masak Tempoyak Ikan Patin Temerloh Pahang


Hi korang...

Tengahari semalam SA punya turn masak..kebetulan ada pakcik datang rumah satu family..SA masak yang senang je..antaranya lauk ni la..dari last week SA requested nak makan masak tempoyak ikan patin..abah tak pandai buat versi macam asam rebus ni...SA google la..apa lagi kan...sekarang semua maklumat di hujung jari je...SA ikut sebiji-sebiji cara yang dikongsi..nanti hujung  entry SA bagi kredit ye...suka sangat bila dah lulus masak tempoyak ikan patin. Jom tengok resepi...

Resepi Asli Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh, Pahang

Bahan-bahan

1. Ikan patin 1 ekor ( SA guna 4 keping)
2. 1 senduk tempoyak ( SA lebihkan 1/2 senduk)
3. 1 ikat daun Kesum
4. 1 batang bunga kantan
5. 7-15 biji cili api (boleh tambah kalau nak pedas)
6. 1 inci kunyit hidup
7. Air
8. Garam
9. Gula ( SA x letak)
10. 2 batang serai ( titik je- SA tambah)
11. 1-2 keping Asam keping ( SA tambah)

Step memasak

1. Bahan 5-6 SA tumbuk lumat
2. Dalam kuali masukkan air ikut suka kalau nak kuah lebih boleh masuk lebih
3. Tuang bahan tumbuk dan tempoyak kacau bagi mesra
4. Masukkan bunga kantan, daun kesum dan serai
5. Dah mendidih kuahnya baru masukkan ikan
6. Perasakan garam, x perlu banyak sebab tempoyak dh ada garam. kalau nak letak gula boleh letak..tapi SA x letak..
7. Biarkan kuah pekat skit lagi best
8. Siap!!

Senang je sebenarnya...tak susah pun...sedap sangat makan semalam..kebetulan dapat beli ikan patin yang fresh, takde rasa atau bau lumpur. Manis je ikan tu...ada je SA masak lauk lain..tp focus kan lauk yang ni sebab ada yang nak resepi dan suruh ajar cara masak..kalau takde ikan patin dan nak guna ikan lain pun boleh macam ikan siakap atau ikan kembong yang besar2 tu...nanti SA nak cuba masak kat rumah sewa...

Selamat mencuba ye...

Resepi credit to > https://www.mingguanwanita.my/masak-ikan-patin-ikut-resepi-asli-temerloh-ini-lagi-pekat-kuah-tempoyak-lagi-sedap/

35 comments:

  1. bila baca resepi ni..sedapnya. tapi cik nor tak makan ikan patin. Nak buat guna ikan lain la..simple jer resepi ni..:)

    ReplyDelete
  2. sedapnya msk tempoyak ikan patin

    ReplyDelete
  3. Kita x pernah makan ikan patin, and tempoyak pun. Walaupun semua org kata sedap tapi xtau kenapa x reti nak try. Huhu.

    ReplyDelete
  4. Kita selalu gak tengok lauk ikan patin ni kat kedai makan, kalau time makan luar.
    Tapi ntah la, tak berani nak merasa.
    Sebab kita ni kalau makan apa je masakan tempoyak mula la kepala pening.
    Walhal banyak kali dah try. Tak kena dengan tekak.
    Tapi kita suka bau dia. Allah..
    Menggoda betul.

    ReplyDelete
  5. Wah kak sedapnya masak tempoyak. Simpan dulu la resepi ni

    ReplyDelete
  6. Thank SA share resipi ni. teringin nak makan lauk favorite ni, biasa beli jer kat kedai.rasa nak try masak sendiri lah, bahan2 pun mudah dapat pasar.

    ReplyDelete
  7. Bookmark.. bookmark.. tetibe terajin, boleh tengok resepi kak SA nie..

    ReplyDelete
  8. akk sama mcm saya tak letak gula dalam gulai.

    ReplyDelete
  9. Resipi tu ala-ala asam rebus je kan kak tapi letak tempoyak. Ganti dengan udang pun sedap gak ni.

    ReplyDelete
  10. saya suka tempoyak, tapi tak pernah makan ikan masak tempoyak. Sedappppnyaaaaa tengok gambar tu.

    ReplyDelete
  11. Thank you for this awesome restaurant. I have never eaten such a dish before. Guess need to try it one day. Gotta ask my wife to help to cook. :D

    ReplyDelete
  12. Perghhh nampak yummy sangat SA masak. Tau tak SA kat rumah ada satu besen besar letak ikan2 kat situ. Suami bela 2 ekor ikan patin dan ikan2 lain dalam tu. Patin tu tak boleh terkejut. Nanti dia lompat. Dah besar juga 1/2 tapak tangan.....

    ReplyDelete
  13. Amboi masak tempoyak lak hehehehe kita sendiri selaku orang Pahang masih tak pandai nak masak makanan tradisi ini hehehehhe kita masih menuntut ngan mak kita.. Tapi memang mak sangat rasa masakan akak kejammm...

    ReplyDelete
  14. Sedapnyaaa kak SA, terus rasa nak balik Pahang. Hahah!

    ReplyDelete
  15. amboi terer masak tempoyak patin rupanya.... dulu azni tak mkn ikan patin sampai lah abg bawak g makan gobang kat temerloh tu.. pastu .. baru lah pandai makan.. tapi nak masak tu rasanya memang tak lah kut.. sbb kat rumah ni takde orang minat pun hhuhuhuh... azni sorang je makn

    ReplyDelete
  16. aduhai, SA. sedap nyer.
    resepi ni memang mudah tau. apa yg tak mudah ialah nak dpt kan ikan patin yg betul.
    kat sini ada je jual, tapi tak sedap la bila masak :(
    aduhai. aida biasa order ikan patin tempoyak ni dari member. siap masak sekaligus :) hi hi hi hi hi...

    ReplyDelete
  17. Wahhh bestnya.. teringin la pula. Nak try buat hmm kena cari ikan tu dulu. It's ok kita cari kat kedai makan ajelah dulu kan. Nyum..nyummm

    ReplyDelete
  18. sa ni mmg terer masak tradisional. Kagum giler. Semua masakan nampak sedap dan menarik. Ni kalau x makan banyak tak tahula hahhaha. Bila nak rs air tangan sa ni hehe

    ReplyDelete
  19. ya Allah ini pun kelemahan ni. dalam fam CT je makan patin mak ayah x makan. tatau mana belajar hahahaha n tempoyak memang daaa uuuumph. dapnye !!

    ReplyDelete
  20. Ikan patin masak tempoyak mmg makanan kegemaran sy. Kalau balik kampung ayah, mmg akan singgah Temerloh utk menikmati ikan patin tempoyak. Okay nanti nk cuba masak sndri kat rumah. Hopefully menjadilah

    ReplyDelete
  21. Kat rumah ni sis sorg je makan ikan patin masak tempoyak..so kalau nak makan sis just beli atau makan kat luar je. Kalau masak rugi sb sis sorg je yang makan

    ReplyDelete
  22. saya kalau makan ikan patain bila balik kampung je kak, pernah beli kat pasar tani melawati balik tu masak berbau ikan tuh, xleh telan

    ReplyDelete
  23. rajin betul SA...patin temerloh...mmg berbeza dari patin tmpat lain....bc kalo ada rakan dari temerloh nk dtg kl mesti kirim patin temerloh mentah...plg tidak pn 2,3 ekor...kalo bc suka lagi masak lemak cili api...lps ni boleh trary resepi sa ni...tq

    ReplyDelete
  24. Sedap ni kalau makan dengan nasi panas panas dengan air sirap sejuk. Saya biasa suka yang jenis kuah die pekat pekat sikit. Pedas pedas sikit bagi berdesing telinga

    ReplyDelete
  25. Wow! Power la. Boleh ke Rawlins nak try? Bila Kak SA nak jamu Rawlins dengan masakan Kak SA nie? Selalu buat Rawlins terliur je

    ReplyDelete
  26. Favourite AM nie.. Nak nak patin masak tempoyak.. Bahagian kepala ikan patin selalu jadi pilihan.. Perghh.. Layan woo..

    ReplyDelete
  27. JMR tak suka sgt masak tempoyak ni. Tapi kalau dapat yang pekat, makan dengan nasi panas, fuhh..tambah sket lg telur asin..konfem bertambah-tambah nasi ni..

    ReplyDelete
  28. Ni kegemaran semua org termasuk onie ni! Sedapnya kak SA dia masak.bila la nak dpt rasa masakam air tangan kak sA sorang ni.

    ReplyDelete
  29. Saya suka resepi ni. Simple dan mudah je. Bahan pun tak banyak yang nak pakai, dah sure sedap.

    ReplyDelete
  30. Tak pernah lagi try makan ikan patin, maybe boleh guna ganti ikan lain .. nampak menggoda.

    ReplyDelete
  31. Tak pernah makan langsung ikan patin, lebih-lebih masak tempoyak ni sebab adanya 'durian'.. hehehe..

    ReplyDelete
  32. wah nak cari apa apa resepi nanti rujuk blog sa je lah hehe

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah