Saturday, February 16, 2019

Dari IJN Ke Bangi Avenue...

Hi korang...

Hari ni SA satu family walau x complete family pergi IJN sebab mak nak melawat adiknbongsu dia yang operate Rabu lepas...ikutkan x nak bagi dia pergi sebab tahap kesihatan dia nak kena jaga betul-betul tapi dah dia nak pergi jugak maka bawak aje la dia pergi...puaskan hati dia untuk melawat adik dia kan...SA ikut sekali sebab nak tunjuk ward paksu...sambil tu nak pantau mak jugak..kena pakaikan dia face mask sebab kawasan dia nak pergi ni terdedah dengan bahaya jangkitan kuman..Mak SA sangat-sangat fragile...macam tu jugak SA tapi SA langgar je...hehehe...degilkan...giler x bernafas guna face mask..

Dah jumpa, dah tengok dan dah borak-borak baru lah Mak puas hati..habiskan masa dalam 1 jam kat situ then kami gerak balik..dalam perjalanan adik bongsu SA nak ajak pi tengok progress rumah yang dia beli kat Bangi Avenue..walau rumah tu belum siap masih dalam pembinaan tapi adik SA ajak tengok showhouse....


Dalam lift kat IJN


Puas hati mak dapat tengok adik dia..


Opick dapat kawan...


Nak kawan ngan yg dewasa je


Tengok la tu macam bagus je


Lepak makan sosej..tu kipas mainan tu dia paw SA..mahal RM7...sabar je la


On da way Bangi Avenue


Dengan Baby Tiara...hari ni genap 1 bulan...



Dah sampaiiii...


Suka dnegan pokok pink tu...


plan dalam rumah


Bahagian dapur


ada ada build in wardrobe


Setiap bilik ada build in wardrobe dan bilik air siap heater lagi dan aircond


Ada TV Cabinet


Ni la gambaran kondo adik SA yg bakal siap 2021 nanti..


Tetiba SA macam terpandang seseorang yang SA kenal..lelaki yg berbaju hijau tu..eh..eh...macam kenal tp kat mana ye..apesal dia senyum kat SA...almaklumlah SA pakai spec mata..x nampak sangat..sekali nampak adik sepupu...laaaaa....dia pun beli rrumah kat sini..dia datang untuk sign agreement..adik SA dah sign beberapa bulan yang lepas dan dh tau block mana rumah dia..erm..rezeki la berjiran..ni memang sepupu rapat la anak arwah Mak Long SA...berjiran la korang...elok sangat la tu..cantik gak kondo yang adik SA beli ni..nak beli rumah landed loan x lepas sebab rumah landed x dapat la harga RM300k..sepupu SA pulak mohon rumah Selangorku. Bukan senang tau..banyak syaratnya...alhamdulillah masing-masing dah beli rumah..Rumah kondo pun takpe asalkan ada rumah kan..harga harga rumah sekarang pun mencekik leher...nasib SA dh beli rumah tahun 2009 dulu...yang best nya kondo yg adik SA beli ni siap dapat sekali build in wardrobe, kitchen kabinet, aircond semua bilik dan ruang tamu, heater dalam toilet, tv ccabinet, fridge dan tv macam dlm gambar tu...best kan?Harga rumah RM300k++..Giler la....untung beli rumah siap bagi pakej macam tu...the best part kondo diorang ni dekat sangat dengan Bangi Wonderland...


7 comments:

  1. Emak ni memang jenis macamtu, tak kira sapa sakit, seboleh nak melawat jugakan..
    Besarnya kondo dia, siap perabot ye...mesti harga pun boleh tahan tu ...

    ReplyDelete
  2. SA pasni pun kena pakai mask jugak tau! bestnya tengok plan rumah tu

    ReplyDelete
  3. moga paksu akak cepat sembuh..aamiin.. Cantik la design condo yang adik akak bli tu. Mewah sbb banyak perabut dia provided. cik nor ni bila la nak bli rumah gak..hutang kliling pinggang..hihi

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah dpt semua p jumpa p. Su. Rumah adik akk tu, bsr juga 1k + sq ft. Harga rmah mmg mhl, lmbt beli. Mkn naik harga

    ReplyDelete
  5. Moga rutin SA dan family dipermudahkanNYA.. ;)

    ReplyDelete
  6. Wah.. bestnya rumah dengan build in almari.. senang..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah