Wednesday, February 20, 2019

Adakah Cara Anda Membersihkan Bilik Air Salah?

Adakah anda tahu kemungkinan besar cara anda membersihkan bilik air adalah salah? Bermula dari penggunaan peralatan yang salah, sehingga mengabaikan beberapa perkara utama – yang membolehkan wujudnya kotoran dan kuman – dan lebih buruk lagi, ia menyebarkan kuman di seluruh tempat dan bukannya menyingkirkannya.   

Bilik air adalah tempat yang perlu anda bersihkan, supaya ia bersih dan menyegarkan. Bagi sesetengah orang, ia adalah tempat yang harus didatangi selalu, malah sebagai tempat berinspirasi. Jadi memastikan kebersihan bilik air adalah sangat penting.




Berikut beberapa cara yang anda lakukan adalah kurang sesuai dan berkesan, dan disertakan beberapa tips bagi membantu anda melakukan kerja pembersihan dengan lebih berkesan, selepas ini.  

1) Melupakan bahagian-bahagian lain dalam bilik air 

Kebanyakan orang cenderung memfokus pembersihan hanya pada dinding dan mangkuk tandas. Mereka tidak menyedari bahawa apabila mengepam mangkuk tandas - terutamanya apabila penutup mangkuk dibuka - bakteria mikroskopik boleh tersebar setinggi 25cm ke udara dan berada di mana-mana sahaja. Malah, terdapat tanda-tanda jelas di bangku tandas dan bekas air kencing yang melekat di penutup mangkuk tandas. Oleh itu, pastikan anda membersihkan setiap bahagian tandas dan bilik air. 



Secara alternatif, anda juga boleh menggunakan pembantu yang berguna seperti Produk Pelbagai Guna WD-40® yang juga berfungsi dengan keajaiban dalam membersihkan tandas yang mempunyai kesan kotoran lama dan dan cecair atau minyak daripada mangkuk tandas anda. Hanya sembur ke dalam dan lap atau gosok beberapa kali dengan berus tandas nilon, sebelum disiram. Anda juga boleh menyemburkannya di luar mangkuk, biarkan selama beberapa minit, dan lap bersih dengan sabun dan air.




2) Menggunakan kertas tuala/ tisu tandas

Ramai orang cenderung membazirkan kertas tuala dengan menggunakannya bagi membersihkan dan mengelap permukaan tandas. Bukan hanya membazir dan membuang kertas tuala, ia juga tidak mesra alam sekitar. Jadi gunakan kain yang baik seperti kain terpakai atau lebih baik lagi, kain microfiber yang terdiri daripada serat sintetik ultrafine. Ia mempunyai caj statik yang menyerap habuk dan kotoran, dan anda boleh mencuci dan menggunakannya semula.

Sekiranya terdapat kesan kotoran yang ganjil dan degil yang tidak boleh dihapuskan, kini anda akan dapati bahawa Produk Pelbagai Guna WD-40® juga boleh membantu anda. 




3) Hanya mop lantai 

Mop hanya membantu kawasan yang basah dan meninggalkan habuk asal dan kotoran di atas lantai. Langkah yang terbaik adalah dengan cara vakum terlebih dahulu permukaan lantai yang basah. Sekiranya terdapat sisa-sisa kotoran berminyak di atas lantai, cuba gunakan Pakar Penghapus Minyak Pantas WD-40®. Pakar penyelesaian berasaskan air ini sangat baik untuk menghilangkan gris, minyak dan kotoran tanpa meninggalkan sebarang residu. Dengan buih berkuasa yang berfungsi pada kadar segera terhadap sentuhan, ia juga sangat mudah dibilas.


4) Menggunakan produk pembersih yang salah 

Lazimnya, sesetengah individu cenderung untuk menggunakan hanya satu produk pembersih untuk membersihkan keseluruhan bilik mandi, kerana ia lebih mudah. Tetapi ia tidak baik untuk bilik mandi anda, kerana setiap kawasan berasingan sebenarnya  memerlukan pembersih tertentu. 

Contohnya, bagi beberapa produk logam (seperti pili anda) memerlukan perhatian tambahan. Hanya sembur sedikit Produk Pelbagai Guna WD-40® bagi mengilatkan dan melindunginya daripada karat dan hakisan.


5) Tidak membersihkan berus tandas 

Ini adalah kesilapan yang jelas tetapi sering dilakukan yang menyebabkan pembiakan kuman di bilik mandi, dan bukannya dihapuskan. Ini disebabkan ramai yang ingin cepat menyelesaikan pembersihan bilik mandi dan, dalam keadaan tergesa-gesa, mereka selalunya lupa bahawa mereka juga perlu menjaga peralatan yang digunakan.



Ini menyebabkan berus tandas sering diabaikan dan hanya dimasukkan semula ke dalam pemegangnya selepas selesai melakukan pekerjaan pembersihan, walaupun ketika ia masih basah, menjadikannya mudah untuk kuman membiak. Oleh itu, pastikan anda meletakkannya di sebalik mangkuk untuk dikeringkan sepenuhnya terlebih dahulu. Sekiranya memerlukan pembersihan yang baik, cuba rendam dalam pembersih antibakteria, bilas, dan biarkan ia kering lagi.

Sekiranya anda memerlukan lebih banyak tips atau petua untuk membersihkan kediaman anda dan memastikan peralatan anda dalam keadaan baik, boleh melayari http://wd40.asia. Anda pasti akan teruja dengan kelebihan penggunaan barisan produk WD-40®.


MENGENAI SYARIKAT WD-40®

Syarikat WD-40 adalah  organisasi pemasaran global yang didedikasikan untuk mencipta memori positif yang berpanjangan dalam membangunkan dan menjual produk yang mampu menyelesaikan permasalahan di bengkel, kilang dan kediaman di seluruh dunia. Syarikat dari Amerika ini adalah pembuat Produk Pelbagai Guna WD-40® yang paling dipercayai, yang perlu ada dalam setiap kotak peralatan dan kediaman di seluruh dunia yang juga dikenali sebagai penyelesaian pantas untuk membersihkan dan melindungi, melancarkan bahagian berkarat, memberi kelembapan, menghentikan bunyi geseran yang bising dan menghilangkan kesan melekit degil.

Produk Pelbagai Guna WD-40® ini menjadi penyelenggara profesional dan amatur DIY dalam pekerjaan mereka yang membabitkan perkakasan, perindustrian, automotif, berbasikal, sukan dan barangan runcit besar-besaran. 

Produk Pelbagai Guna WD-40® boleh didapati dalam pelbagai saiz dan telah berkembang menjadi pelbagai produk khusus antaranya WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE and WD-40® Specialist™ Automotive

Produk Syarikat WD-40 kini tersedia di lebih daripada 176 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk Malaysia di mana pelbagai produk WD-40® boleh ditemui di kedai-kedai runcit dan perkakasan utama di semua negeri. Untuk maklumat lanjut tentang Syarikat WD-40 atau barisan produknya, boleh melayari: www.wd40.asia.


21 comments:

  1. wohooo...selalu saya sembur engsel pintu...tingkap je...buat hilang karat

    ReplyDelete
  2. blh buang keladak2 jgk yek, selalu pakai mende alah tu utk karat2 je kak... kot2 engsel pintu yg dh ketat je

    ReplyDelete
  3. WoW! kilatnya bowl tu.
    Bestlah guna WD-40 ni

    ReplyDelete
  4. kita bnyak dpt produk ni wakk...tp xreti nk gunakan...hahahaha...tau guna utk keta je...xsangka boleh guna untk tandas....

    ReplyDelete
  5. Wow.Cukup ke nak pakai sebotol tu kak? Hehe. Rasa cm tk puas je. Kikiki. Maybe boleh cuba la pakai ni nanti

    ReplyDelete
  6. Good sharing SA.. tandas salah satu tempat penting kan SA. Tak suka akak kalau kotor.. paling risau kuman tu kan..

    ReplyDelete
  7. Thank for sharing entry ini kak SA. Kdg2 kita rasa dah bersih dah bilik air ni kan. Tapi rupanya tak bersih pun bilik air ni.jaga bilik air ni mmg penting. Ia mencerminkan siapa kita .

    ReplyDelete
  8. Oh, bleh buat cuci tandas ya.. Ingatkan utk cuci besi aje. Tips yg berguna

    ReplyDelete
  9. Macam biasa tengok saja product ni, tak perasan pula akak pakai untuk apa. Nanti kena gelidah balik stok !. Tapi yang penting bilik air mesti bersih.

    ReplyDelete
  10. Oo..boleh guna untuk cuci tandas juga ye. Thanks SA. Gud info

    ReplyDelete
  11. Wow! Banyak betul kegunaan WD-40 ni.. Taktahu pulak boleh guna untuk pembersihan tandas. Hehe.. Boleh cuba ni sebab ingat memang nak bersihkan tandas yg nampak dahbagak kotor sedikit..

    ReplyDelete
  12. baru tau boleh cuci tandas juga..
    boleh try lepas ni nanti. thanks SA!

    ReplyDelete
  13. kita pun baru tahu jgk yg wd-40 ni blh guna utk cuci blik air. Biasa guna sabun je. lps ni boleh cuba jgk..:)

    ReplyDelete
  14. ehhh rupanya mmg boleh guna utk mencuci kotoran jugak ye..baru tahu hihihi boleh cuba nnt

    ReplyDelete
  15. macam-macam fungsi wd40. wajib ada dekat rumah ni.

    ReplyDelete
  16. banyak jugak tengok orang guna ni, memang bagus ni!

    ReplyDelete
  17. Tak pernah guna untk toilet.. hehehe..

    ReplyDelete
  18. Kalau ada WD ini senang hidup..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah