Wednesday, October 20, 2021

Hajat Kena Hijack

Assalamualaikum...

Hi korang...

Selamat bekerja..hari ni kita start kerja semula ye..selepas seronok cuti 4 hari...banyak benda yang SA nak share tapi gambar tak upload lagi...banyak telatah anak buah SA la yang nak di share pun..si pencinta haiwan tu banyak betul gambar dia...itu nanti SA share ye...

Ni kisah hari Isnin...pagi tu bawa mak abah sarapan kat luar...then SA saje nak pancing Pak Zain korang tu...ajak dia pi Nursery...nursery ni terletak di Paroi opposite stesen minyak Petronas Paroi. Korang mesti dah agak apa yang SA nak buat kat sini kan...SA pancing Pak Zain beli tanah, baja dan polybag untuk tanam anak- anak cili yang dia beli tu...then SA merayau- rayau la...nampak anak- anak keladi viral tu...mak oiiii harga dia...tapi tu la...tengah berkira- kira nak beli...Pak Zain datang...dia tanya buat apa tu?

SA cakap saje amik gambar anak- anak keladi ni...kalau canik nak beli ( dalam hati berharap dia x komplen pape) tapi dalam hati je la terniat nak beli bila dia hijack.. Nak buat apa beli keladi tu...bukan boleh makan...tempat pun takde nak letak...padahal dia yang hijack rak yang SA beli...

Korang bleh rasa tak apa yang SA rasa...SA nak beli tapi bukan guna duit dia...ingat SA pancing dia beli tanah, baja dan polybag tu dapat la SA beli pokok- pokok keladi cantik tu...hampa tau...sedih....



Kat sini ramai yang singgah beli pasu dan pokok-pokok


RM20


RM35


RM35


RM50

Gagal beli pokok keladi...konon- konon nak pujuk SA pergi la Econsave...beli barang dapur...sekeping tu je la gambar SA amik...merajuk....hahaha



Macam mana la SA nak beli pokok- pokok bunga agaknya kan....

Korang ada idea tak?

10 comments:

  1. Semakin melambung harga keladi hiasan ni

    ReplyDelete
  2. Saya pun rajin ke sini. Baru-baru ni je tak pergi lagi. Kadang lalu nak singgah penuh je kete tepi jalan tu. Uishh mahal betul harga pokok keladi kecik macam tu pun.
    Boleh beli janji jangan kacau ruang tanaman Pak Zain lah. hihi...

    ReplyDelete
  3. mahal juga kan harga tu.. tapi mmg cantik2 daunnya

    ReplyDelete
  4. Setuju dengan Pak Zain bukan boleh makan pun ooops! hahaha Sorry SA

    ReplyDelete
  5. Pegi sendiri, beli dan bawak balik. Dah beli takkan nak dibuangkan?

    ReplyDelete
  6. lawa keladi tu SA... beli jangan tak beli

    ReplyDelete
  7. Tu hrga keladi masih waras lg SA,ada yg berharga ratusan malah ribuan rm haha..

    ReplyDelete
  8. beli je satu, lepas tu cakap saya hadiahkan..ahahahahahha

    ReplyDelete
  9. Kena jaga keladi betul-betul kalau beli.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah