Friday, October 8, 2021

Nostalgia Zaman Remaja Dengan Twisties

 Assalamualaikum...

Hi korang...

Korang ada nostalgia zaman remaja tak? Lepas tu yang ada kaitan dengan makanan?Sebenarnya SA terbaca entry berkenaan Twisties Flavour Baru di blog Bola Katok terus SA teringat cerita di zaman remaja SA..Masa tu SA membesar dan bersekolah di Port Dickson. Masa tinggal kat sana memang best sangat- sangat. Banyak kenangan indah kat sana...


Gambar dari google.com


Tak dinafikan twisties memang jajan kegemaran dan agak popular masa tu...harga bagi yang pek kecik tu pun rasanya dalam 20 sen macam tu dan flavour Twisties masa tu ada 2 je..perisa ayam dan perisa bbq tu kan...Masa zaman remaja SA memang antara remaja yang nakal...nakal bukan dari segi buas ke apa...tapi nakal perangai suka mengusik atau nakal budak- budak la...senang cakap jenis happy go lucky dan ada je benda nak buat...zaman remaja dulu kan memang x lari dari kisah abang angkat kakak angkat ni kan...SA pun tak ketinggalan la ada abang angkat...dah macam pakwe makwe plak zaman tu...main utus- utus surat and dating-dating...yang SA suka abang angkat SA tu memang jaga SA baik..dia pandai main gitar dan SA plak suka nyanyi sambil dia petik gitar..kalau ada persembahan kat sekolah memang suka tengok dia main gitar...puas SA cuba ingatkan nama abang tu...aduhaiii x ingat jugak la...

Nak dijadikan cerita tiap kali jumpa abang angkat tu mesti dia bawak twisties perisa bbq tu. never failed tau...itulah yang dia akan bawak tiap kali jumpa SA kat mana- mana dan boleh dikatakan hari- hari...sebab tu bila dah tua ni kan...tak pandang dah Twisties tu...jarang la beli...tapi tiap kali nampak kat pasaraya ke atau kedai- kedai ke...mesti teringat...lepas tu x beli sebab dah muak kot makan...hahahaha....pernah la SA bergaduh dan kecik hati ngan abang angkat tu...puas dia pujuk macam- macam cara sampai la satu masa tu..dia hantar surat minta maaf dan sekotak (kotak kasut) twisties perisa bbq tu...masa tu dia dah diakhir persekolahan..dan itu jer la last dia bagi twisties tu...SA x ingat kenapa kami bergaduh...dan nama dia pun SA dah tak ingat...yang SA ingat Twisties tu dan masa tu SA form 2 dia form 3 ke form 5. Kami terputus hubungan sebab dia pindah sekolah lain dan meneruskan persekolahan di peringkat tinggi kot..dapat MRSM ke asrama mana ntah. Zaman tu kan xde kemudahan handphone ke internet ke x macam sekarang. Facebook pun takde. Tak tau la dia kat mana sekarang...hahaha...Alumni sekolah lama pun SA x pernah join...mesti dia daha berjaya dan kerja hebat-hebat kan..ye la masa tu dia top student..

Mengada kan..Mak Abah suruh pi sekolah jadi pandai dan belajar elok- elok...tapi lain kerjanya..eh...SA belajar ye...SA antara murid yang aktif kat sekolah time tu...then form 4 SA pindah sekolah kat Seremban sebab Abah SA dapat tukar ke Hospital Seremban. Abah SA kan kerja Kementerian Kesihatan..so berpindahlah kami ke Seremban sampai la sekarang...

Itulah antara kenangan SA dan Twisties...ni kalau Dania baca ni mesti SAa kena gelak ni...cerita zaman remaja kan? Semuanya indah- indah...zaman tu seronok dia x tau nak cakap..hari- hari kalau boleh nak pergi sekolah..seronok sangat. Kalau la boleh balik semula ke zaman tu kan...nak sekolah je..x nak dah lalui dunia kerja ni...


20 comments:

  1. Itu lah kak. Lewat 90-an dan awal tahun 2000 memang ni antara jajan yang sentiasa ada kat pelosok kedai. Ada 3 perisa. Satu lagi tomato. Tomato best jugak tapi menyegat rasa dia. 🤣

    Antara jajan yang tak perlu buat promo kaw-kaw, orang tetap akan beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul tu...masa tu awal 90an...zaman akak 2 perisa tu je...lepas tu di upgrade ke perisa cheese dan seterusnya sekarang banyak kan perisa...

      Delete
  2. Tak baik tau, nama abang angkat boleh lupa 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha...SK ni....but seriously SA x leh recall

      Delete
  3. Ni kalau pandang twisties nampak abang angkat dalam twisties ni🤣
    Betul lah kata orang zaman sekolah paling seronok dan manis untuk dikenang...

    ReplyDelete
  4. Kenangan mengusik jiwa la kiranya ya. Tengok twiesties teringat kt abg angkat...

    ReplyDelete
  5. sy segan dgn budak2 perempuan masa sek menengah. cuma kembali berkawan dgn pompuan bila buat Asasi di UM. Masuk TESL jd majoriti perempuan. Mahu x mahu kena berbaik dgn mrka la...

    ReplyDelete
  6. Dulu2 apa2 sj snek dipanggil cekedis 🤣

    ReplyDelete
  7. Uncle sampai sekarang makan ni... yang merah tu! hehehe

    ReplyDelete
  8. ala.. kenapa boleh lupa ni, tak caya lah kikiki

    ReplyDelete
  9. memang sedap
    rabia suka yang warna merah tu
    perisa apa ya lupa la pulak
    rasa pedas pedas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal 90an ada 2 tu je mula2...lepas tu baru diupgrade jadi banyak perisa

      Delete
  10. Betul tu, Kak SA. Zaman sekolah memang best.

    ReplyDelete
  11. Kenangan betul twisties dengan abang angkat tu. Hihi
    Selain twiesties, saya suka keropok ayam double decker dan super ring. Seangkatan lah tu kan.

    ReplyDelete
  12. Kenangan betul twisties dengan abang angkat tu. Hihi
    Selain twiesties, saya suka keropok ayam double decker dan super ring. Seangkatan lah tu kan.

    ReplyDelete
  13. Kenangan jaman sekolah dulu2.
    Cari baliklah abang angkat SA tu
    Alumnai MRSM mesti berjawatan tinggi

    ReplyDelete
  14. twisties ni buat kudapan sambil menaip blog pun sedap hahha... tapi zaman sekolah masa dok asrama, kalau nak beli jajan mmg minta kena ketuk dengan mak la... hahha

    ReplyDelete
  15. Kak Sue sampai sekarang dok makan lagi Twisties nie, selalu perasa yang nie dengan yang cheese tu aja anak-anak Kak Sue suka. Memang buat stok kudap kat rumah..

    ReplyDelete
  16. ammi masa mengandung (takde rezeki dengan anak itu). masa tu ammi buat PLK kat ITM. habis kerja gigih gi kelas, setiap hari masa rehat maghrib tu mesti nak makan twisties perisa BBQ ni. Bila tak dapat tu terus rasa nak uwekkk hahaha

    ReplyDelete
  17. Sedap twisties ni.
    Dulu tak banyak pilihan makanan ringan.
    Dapat sebungkus twisties, makan sampai jilat jari!

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah