Saturday, October 23, 2021

Berhujung Minggu Di Nabila Farm Jalan Pantai

Assalamualaikum...

Hi korang...

Ni kisah minggu lepas di Nabila Farm....seperti yang korang tau, Opick adalah pencinta haiwan...segala jenis haiwan dia suka...x kisah la apa...x tau la mengiku siapa dia ni...mengikut sebelah ayah dia ke...atau sebelah Ibu.. puas fikir dalam keluarga kami takde plak yang jenis taksub dengan haiwan kecuali kucing. Ntah maybe masa kecik ni aje kot...eh.x tau la...tapi dia punya sayang ngan haiwan tu x boleh predict la....siput sedut pun dia suka..sotong atau octopus lagi la...dia akan mengamuk marahkan Ibunya kalau masak octopus tu..memang dia x akan makan...itu octopus dia..kenapa Ibu masak...Opick x suka katanya....

Nabila Farm ni agak terkenal dan terletak tak berapa jauh dari rumah SA. Amik masa 10 minit je kalau nak ke sini..hujung minggu memang banyak la family yang datang berkunjung bawak anak- anak. Walau bukan kawasan yang besar tetapi tetap ramai yang meuangkan masa di petting zoo Nabila Farm ni. Tak semua haiwan di zoo ada kat sini tapi cukup untuk menarik perhatian para ibu bapa untuk bawa anak - anak mereka. Ada pelbagai aktiviti kat sini seperti ATV, Tram yang bawak pengunjung keliling ladang, Aktiviti memanah dan paling popular memberi haiwan ternakan makan. 

Jom la kita tengok gambar yang sempat SA snap. 



Arnab yang dh penat makan...puas budak- budak tu hulur carrot dan kacang panjang...x dilayannya..


Kambing handsome...hahaha...


Kambing- kambing kat sini semuanya jinak


aktiviti memberi makan kambing


Ada rusa


Ada beruk...besar gak...lepas tu muka ganas...eleh...poyo...ingat dia handsome la tu


Anak- anak kambing


Kerbau pun ada ye...


Aktiviti memanah pun ada..SA x sure berapa bayaran yang dikenakan, siap ada tenaga pengajar lagi


Kanak- kanak seronok la kat sini


Itik pun ada


Dalam sangkar tu kalau x salah Tikus Belanda..


Ostrich


Adik bongsu SA melayan anak- anak...


Bukti Arnab tu dah malas nak makan


Opick dan Tiara dalam cubaan nak bagi arnab makan


Atuk ngan Dania lepak kat cafe sambil menikmati makanan...kat sini pun ada makanan goreng- goreng dan paling popular sotong goreng tempura/ tepung, Udang dan ikan jugak...sama macam Trengganu tu...


Kakak Dania tengah beratur nak naik ATV, RM15 untuk 2 orang..tapi hanya dibenarkan seorang dewasa dan seorang kana- kanak je


Tram ni percuma je..kalau  x salah SA la



Yeah...kakak Dania dah dapat turn...


Aaktivit lasak macam ni dia suka la ni


Arnab ni dalam cubaan melarikan diri...


Aayam Jantan pun ada..


Nampak tak? SA ada banyak gambar Opick dengan kambing ni...nanti SA up kat entry lain,...korang tengok la betapa dia suka sangat dengan kambing...dipeluk...dicium...sampai dia pun dah bau kambing


Atuk melayan Opick






Sebelum ke Nabila Farm ni..kan kami pi pekan Kuala Pilah kan...dari dalam kereta lagi Opick dah berzikir kat telinga ayah dia nak tgok kambing, nak tengok lembu la...selagi x nampak selagi tu dia berzikir je...hahahha....last- last Atuk ajak masuk jalan ke kampung kami di Seri Menanti...tepi- tepi jalan sure ada banyak kambing dan lembu. Dah 15 minit jalan takde pun kambing. Kambing ni pun satu hal...x keluar plak time tu...sekali dah nak sampai area Seri Menanti ada sekumpulanlembu kat tengah jalan....puas la hati dia siap ayahnya berhentikan kereta bagi dia tengok dari dekat. Lembu tu plak bagi kerjasama baik....relaks je x lari...lepas tu kami gerak nak balik....

Masa dalam kereta tu Pak Zain cakap la...jom la ke Nabila Farm bagi dia betul- betul puas hati...itu yang kami semua sampai ke Nabila Farm tu...tengok...kuasa veto Atuk...sayang cucu punya pasal...tetap nak puaskan hati cucu tu....

Kita sambung next entry ye....
 


15 comments:

  1. Banyak juga haiwan yang ada di Nabila Farm. Pertama kali dengar tentang Nabila Farm ni.

    ReplyDelete
  2. Nampak seronok especially bawak budak kan..hehe

    ReplyDelete
  3. semalam ada lalu kat jalan pantai ni. taktau pulak ada farm gini haha tPi takdak kanakkanak pulak yang nak dibawak ><

    ReplyDelete
  4. Best jugak ni utk family activities. First time jugak dengar. Besar arnab tu. Putih Gebu je.

    ReplyDelete
  5. Seronok tgk...jinak2 ja haiwan kt sana...haha arnab tu hari minggu memang kenyang memanjang la..

    ReplyDelete
  6. Rare nama Nabila Farm. Bagus ada macam ni. Dapat riadah bersama keluarga.

    ReplyDelete
  7. Best tu. Bawa anak buah SA, pakej lah ygn lain-lain pun enjoy jalan-jalan dalam petting zoo ni. hehe. Mesti anak buah SA ni penyayang orangnya sebab dia suka dengan haiwan-haiwan. Sampai mak dia masak sotong pun kena marah. haha.

    ReplyDelete
  8. Wah,seronok dapat bertemu fauna2 ni secara bersemuka kan...
    Pak Zain pegang arnab gaya macam nak sembelih...mau arnab tu mengucap sepanjang Pak Zain pegang dia🤣

    ReplyDelete
  9. ohh dekat je ye. bolehlah pergi tengok tengok binatang. Kena ada budak kecik baru seronok sikit kan.

    ReplyDelete
  10. Boleh bawak anak2 gi sini kalau balik semban nanti

    ReplyDelete
  11. Budak-budak suka aktiviti tengok binatang. Kenal dan beli binatang.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah