Sunday, December 26, 2021

Resepi Ibu Sambal Kicap Mabeles

Assalamualaikum...

Hi korang...

Macam biasa la takde apa yang nak di share semalam...semalam rilex jer...ada kunjungan dari keluarga adik ipar dari Perlis...so SA masak la untuk makan tengahari...itu nanti SA share lain entry la ye...kepenatan sampai hari ni...hari ni pun SA x tau nak masak apa...kisahnya scroll telegram tengok- tengok ada banyak resepi yang menarik untuk di share ngan korang....

Nak plak kicap cili ni ha...SA x berapa pandai buat..so simpan sini untuk rujukan....



 RESEPI IBU SAMBAL KICAP MABELESS

1. Bahan-bahan yang diperlukan;

- dua genggam cili padi hijau

- 8 ulas bawang putih


* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama, 

- Goreng seketika dua bahan di atas.

- Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.


2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.


3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi. 


4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya. 


5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.


6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.


7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:

*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*


*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*


Kredit Afy Al Habibi


9 comments:

  1. sedap sambal kicap ni..thanks kongsi resepi..:)

    ReplyDelete
  2. Menarik petua taruk segenggam kismis tu. Orang Johor memang suka sambal kicap gini

    ReplyDelete
  3. Kalau makan goreng2an memang cari sambal kicap ni

    ReplyDelete
  4. memang kena ada standby dlm peti ais

    ReplyDelete
  5. woo sedap oo cicah pisang goreng

    ReplyDelete
  6. sedapnya kicap ni, mkn dgn bihun sup pon sedap.

    ReplyDelete
  7. Macam menarik je resipi sambal kicap ni letak kismis. Boleh cuba. terima kasih share kak.

    ReplyDelete
  8. Bagus buat sambal ibu, boleh ambil bila-bila masa, tak perlu kelam kabut nak sediakan.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah