Thursday, January 6, 2022

Rahsia & Resepi Perapan Sedap Untuk BBQ

Assalamualaikum...

Hi korang...

Kita masih blom menang kan, Covid -19 masih bebas dan beranak pinak di luar sana...so kebanyakkan aktiviti yang kita buat selalunya dengan rasa yang berhati- hati dan sedikit rasa takut. Nak travel bebas macam dulu memang dah tak selamat la kan...nak plak dah bermacam virus or variant baru covid 19 yang muncul sekarang...memang menakutkan. Memandangkan tak lepas bebas kita tetap boleh buat macam- macam aktiviti dengan mengamalkan SOP. Salah satunya yang agak popular sekarang adalah BBQ. Boleh buat di rumah aje...tak perlu keluar sekiranya tak perlu.

SA scroll telegram dan terjumpa resepi BBQ dan sosnya ni...takkan nak simpan dan buat diri sendiri aje kan...no..no..no..jangan mentamak haloba...so lets share...ilmu orang kita share jugak...moga manfaatnya kita dapat bersama..sharing is loving gittew.....



credit photo to owner resepi..Delihayat Kitchen



BBQ Kambing 😋

Resepi ni terbukti sedap..

Bahan:

12 slice daging kambing (lamb),katanya jangan beli mutton, mutton ni daging kambing yang agak tua.


Bahan Perapan:

5 - 6 sudu besar Lada hitam

1/2 cawan Madu (lebih pun sedap juga, tapi gula perlu kurangkan)

1/2 cawan Sos Cili

1/2 cawan Sos tomato

1/2 cawan sos BBQ Lea Perrins

Gula dan sedikit garam.


Cara:

Lada hitam ditumbuk agak kasar (tapi jangan kasar sangat), abang saya tak tumbuk.., dia pusing-pusingkan jer lesung batu tu.

Dalam mangkuk, satukan sos cili, sos tomato, madu, lea perrins, lada hitam, gula dan garam. Ia akan ada rasa-rasa asam boi sikit. Kalau tak sampai rasa macam asam boi tu.. tambahlah mana2 yang kurang.

Gaul rata dan masukkan daging kambing. Perap sekurang-kurangnya 4 jam, lagi lama lagi elok.

Panggang menggunakan arang.


Nota:

Selain kambing, boleh juga diperap dengan daging lembu atau ayam. Cuma untuk ayam.., abang saya masukkan sedikit kicap pekat. ~ 


kredit resepi: Delihayat Kitchen


14 comments:

  1. Uishh menarik ni nanti nak cuba.

    Sedapnyaa lama tak makan kambing

    ReplyDelete
  2. ooo.. patutlah sedappppp.. guna sos BBQ Lea Perrins.. tapi kena jaga, jangan letak garam banyak kalau dah guna sos2 ni, nanti masinnnn, hahaha.

    ReplyDelete
  3. Wah bagusnya. Boleh la buat tunggu balik kampung..kakak buat bagi adik-adik bakar. kikikiki.

    ReplyDelete
  4. Waaa boleh cuba nanti, haritu buat bbq rasa tak puas..

    ReplyDelete
  5. uish..baca pun mcm sedap je.. tq for sharing!

    ReplyDelete
  6. Sekarang dah bukan lagi rahsia la kan?

    ReplyDelete
  7. feveret nih..grilled lamb..harus dicoba resepi ni..

    ReplyDelete
  8. Rindu nak berBBQ kat tepi pantai. Sekarang tak berani.

    ReplyDelete
  9. Daging kambing ni kiranya baru-baru juga saya makan. Dulu tak makan. Sekarang pun makan daging kambing yang dibakar saja. Kalau masak lain macam kari atau lauk pauk lain, memang tak makan.

    ReplyDelete
  10. baru tadi dinner dgn daging kambing, main pan fried je. pastu makan dgn sos cili pedas. mabeles! if byk masa hjg minggu boleh ikut resepi perapan SA ni. cfrm sedap

    ReplyDelete
  11. Uish ....nasib baik semalam dah makan kambing kat Soru..kalau tak ..mau juga pi cari kambing ni..Terima kasih perkongsian resipi ni

    ReplyDelete
  12. Sedap ni. Tapi ini antara makanan larangan yang tak boleh dibuat di rumah🤣. Sebab orang rumah Syu kena kurangkan makan kambing.

    ReplyDelete
  13. Nanti nanti boleh cuba. Terima kasih kak share resipinya.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah