Saturday, May 26, 2012

Penting curiga pelayar Internet


KUALA LUMPUR: Sikap sentiasa curiga dan tidak mudah mempercayai seseorang yang hanya dikenali menerusi laman sosial Internet penting bagi mengelak menjadi mangsa penipuan sindiket yang sentiasa menunggu peluang mengambil kesempatan.

Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berkata, pengguna Internet jangan cepat percaya sehingga mendedahkan maklumat peribadi kepada orang yang tidak diketahui identitinya.

“Terdapat pelbagai taktik sindiket penipuan di Internet untuk mencari mangsa, ada yang mahu menjalin hubungan cinta, mencari rakan kongsi perniagaan selain menawarkan kekayaan, tetapi sebaliknya ia penipuan ‘Black Money’.

“Di sini, rasa curiga sangat penting apabila dihubungi pihak tertentu di laman sosial yang kononnya mahu menawarkan pelbagai perkara termasuk cinta kepada pengguna Internet bagi mengelak mereka terjebak,” katanya yang dihubungi, semalam.

Beliau mengulas muka depan Harian Metro semalam mengenai seorang wanita menyerahkan RM5 juta hasil penjualan harta bendanya termasuk banglo mewah selepas jatuh cinta dengan seorang ‘Jeneral Tentera Amerika Syarikat’ yang dikenalinya di laman sosial tanpa menyedari dia diperdaya. Curiga dengan sikap ibunya yang menjual banglo mewah bernilai RM3.5 juta selain meminjam daripada sanak saudara, anak lelakinya membuat laporan polis, September lalu. Susulan itu, sepasukan pegawai dan anggota JSJK Polis Cheras menahan 15 lelaki Nigeria dipercayai pelajar kolej swasta berusia 25 hingga 30 tahun di Subang dan Kota Damansara dan seorang wanita berusia 52 tahun

SUMBER



3 comments:

  1. mcamana la boleh tertipu sampai macam tu. mengarut la org kita ni. huhu..

    ReplyDelete
  2. Kalau sayang sekalipun tolonglah jangan sampai macam tu sekali..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah