Thursday, May 10, 2018

Kelainan Berbuka Puasa Dengan Set Hidangan Grill Dan Panggang Di BBQ Lamb KL Kemensah

Hi korang...

Pernah berbuka di kawasan jeram yang cantik dan jauh dari kesibukkan bandar? Ye korang..di Kuala Lumpur ni sememangnya ada tempat yang menawarkan suasana yang memang menjadi idaman ramai.Di BBQ Lamb KL Kemensah bukan sahaja korang dihidangkan dengan set BBQ tetapi diberi bonus menikmati hidangan dengan deruan air jeram yang menderu- deru, suasana yang sejuk dan tenang dan pelbagai lagi yang membuai perasaan. Bunyi unggas di rimba...aduhai..rasa nak repeat lagi la berbuka kat sini nanti..

Baru- baru ini SA di jemput untuk Preview Ramadhan di BBQ Lamb KL Kemensah yang pernah viral di media sosial. Memang SA x lepaskan peluang la..lepas dari waktu kerja bergegas SA ke sini. Dengan kurang sihat, batuk dan semput...SA gagahkan diri juga semata- mata nak merasa suasana tenang dan menghirup udara yang segar. Mana tau kan terus sihat plak SA...Sampai- sampai je dah parking kereta dari jauh dah dengar bunyi air jeram..ya allah...bestnya...cuma gambar SA tak berapa nak terang sebab banyak asap dari BBQ session tu kan...

Jom la SA bawak korang jalan- jalan tengok suasana kat sini..


Banner menyambut ketibaan


Cantik tak? best kan?


Rasa nak redah jer air tu..cantik..bersih dan jernih sangat 


 Bahagian dapur


Pondok ni di bahagian atas..kalau nak makan berdua ala- ala romantika skit boleh tempah area ni


Tepi tu pulak ada kolam...bestnya..kalau x sedar diri sure dah terjun dah ni...nasib baik sedar diri..


 Ni satu bahagian lagi..


Sempat SA abadikan kenangan kat sini...

cantik kan..air jernih sangat ni...

Kalau korang bawak anak- anak sure diorang nak terjun dalam sungai ni...memang ada yang tantrum punya sebab budak kecik kalau nampak air jer sure nak terjah kan..Korang jangan tak tau kat sini konsep makan di dalam sungai memang dah viral dari tahun lepas lagi..korang tengok jer gambar kat bawah ni..best giler kan..makan diatas sungai..BBQ style plak lagi..

Gambar sumber FB BBQ Lamb KL Kemensah

Gambar sumber FB BBQ Lamb KL Kemensah


Jom tengok set makanan yang ditawarkan sempena Ramadhan akan datang...SA yang datang pun naik mengah nak makan sebab set tersebut besar portion nya. Knowing me yang sememangnya suka makanan grill atau panggang memang hidangan ini menepati citarasa..kalau korang nak tau kat sini specialty diorang adalah BBQ Lamb & BBQ Duck...SA dah rasa dan sememangnya thumbs up..korang kena datang sendiri dan rasa. Lamb dan Duck di grill dengan perfect..juicy...aduhai...teringat- ingat plak SA dh...eh..korang tengok gambar jer la...


SET BURUNG

  
set burung puyuh terdiri dari burung puyuh, ayam dan itik



 HERB RICE 



KURMA




COLESLAW



COCKTAIL BUAH- BUAHAN



SET SEAFOOD

  
 


SET DAGING


 

Daging kambing yang juicy...terasa lapar plak bila tengok sekali lagi
  

Pihak BBQ Lamb KL Kemensah akan menyediakan 3 jenis set untuk berbuka puasa, seperti gambar yg diatas. SA sangat- sangat rekomen pada korang untuk memilih set ini sebab portion memang besar..selain dari set2 untuk berbuka ini, korang pengunjung boleh juga memesan set untuk 2 orang makan dimana ianya berharga RM100.


HARGA SET BERBUKA PUASA BBQ LAMB KL KEMENSAH

1. Set seafood RM188/set.
2. Set daging. Rm188/set.
3. Set burung. RM168/set

Set tersebut sesuai utk dimakan 4~6 orang.

Semua set akan dihidang bersama buah kurma, puding, cocktail buah-buahan, herb rice(boleh refill), lamb soup, salad/coleslaw serta minuman 2 jug

Menarik kan?

Apa tunggu lagi..cepat tempah tempat berbuka puasa di BBQ Lamb KL Kemensah..sambil berbuka..sambil menenangkan fikiran dengan pemandangan yang menarik..suasana nyaman dengan deruan air jeram di sini.


BBQ Lamb KL Kemensah
Jalan taman zooview 
Kuala Lumpur, Malaysia 68000



Tel : 012-211 4100

25 comments:

  1. sedappppppp...lapar blk tgk menu2 ni

    ReplyDelete
  2. Ni kalau bawak anak2, bukan deme nak makan.. silap2 berendam dah dalam air..huhuhu..

    ReplyDelete
  3. wow! semua makanan nampak menyelerakan..i like daging kambing.my fav food tu.

    ReplyDelete
  4. Menarik sangat SA tempat makan macam nie, ada rezeki nak cuba juga nanti dengan family Kak Sue..

    ReplyDelete
  5. Allahu... Sedap-sedap nampaknya makanan dia! Tambahan pulak kambing memang favourite ultimate saya kan. Haha. Tapi agak mahal juga ya. Sekali sekali boleh lah ni. Yang penting berbaloi dan sedap! 😍

    ReplyDelete
  6. Wah kak banyak juga menu yang disediakan. Memang menarik sangat. Tempat nih lah saya duk usha nak pergi nanti. Tapi kena tunggu suami balik nampak gayanya. Thank you share story pasal tempat nih. Tak sabar nak berjimba kat sini.

    ReplyDelete
  7. Cantiknya tempat ni, rugi pulak sis tak pergi hari tu. Mesti syiok berbuka dalam susana aman damai dan mendengar deruan air sungai mengalir. Teringin lah nak berbuka di sana nanti. Insaallah kalau ada masa dan rezeki, nanti sampailah sis di sana

    ReplyDelete
  8. Bonde teringinlah makan dekat dalam air tu, dekat sini pon ada rupanya... sambil makan boleh main air gitu... Makanan dia sangatlah mengoda seafood dan kambing tu, memang merecik sungguh! Nak bawa family trylah dekat sini nanti... thanks sharing SA

    ReplyDelete
  9. Nak pergi nak pergi buka puasa kat sini kita tengok suasana tempat ni yang cantik kemudian makan kat dalam sungai lak tu memang bestnya pengalaman baru. Makanan pun sedap-sedap dan kita paling suka kambing tu....

    ReplyDelete
  10. Dah lama teringin nak makan kat sini. Bila la xtau. Kena booking dulu kan kak? Aishh teringin sangat. Nantilan tempah bila nak ke KL. Hot tempat ni. Hope 1 day dapat booking makan kat sini...Aamin

    ReplyDelete
  11. Ala awat jauh sangat. Depa tak buka ke cawangan kat area Penang. Dah la Ika suka konsep makan di dalam sungai. Walaupun memang dah viral dari tahun lepas , tapi belum sempat Cuba.

    ReplyDelete
  12. Mmg teringat2 lagi semua set ramadhan ni. Mmg puas hati makanan sedap dan berbaloi. Dpt pulak suasana tepi sungai dalam kampung. Perghhhh mmg nak pergi repeat balik. Smoked duck mmg heaven

    ReplyDelete
  13. seronok betul kalau dapat berbuka di sini..di dalam suasana kehijauan lari dari kebiasaan. Kalau ayu mmg akan pilih satu hari istimewa di bulan puasa bawa keluarga makan kat sini

    ReplyDelete
  14. Mmg sangat menarik kak SA !! Harga sangat berbaloi dengan kualiti makanan dan view yg ditawarkan. Menikmati makanan grill di dalam rimba yg penuh kehijauan di samping dapat menikmati sejuknya arus sungai yg mengalir tu. Mmg syiok !! Sy paling suka daging grill tu. Sedap sangat !!

    ReplyDelete
  15. I've read many reviews about this place, the grilled lamb looks awesome, bet it was really tasty and the ambiance is so special I've not dine this way before, worth a visit.

    ReplyDelete
  16. Bestnya berbuka dekat kawasan macam ni. Ada tengok jugak beberapa orang rakan blogger duk post pasal tempat ni haritu. Nampak menarik. Grilled lamb tu nampak sedap sangat2.

    ReplyDelete
  17. Suka gila dengan set daging dia. Dahlah banyak, worth satu set, dengan sedap dan daging lembut pulak tu kan.

    ReplyDelete
  18. So romantic the set up of the restaurant. I like the grill lamb and the meat texture is tender and juicy. I never try having my meal while enjoy the clear water. Something unique and worth to try.

    ReplyDelete
  19. Tempoh hari tempat nie pernah viral.. Ada plan nak mai sini, tapi dengar ramai sangat orang mai.. tue yang dok cari bila la masa yang betul2 sesuai untuk mai...

    Bukan apa.. kalau boleh, nak gak rasa berbuka dalam air hahaha

    ReplyDelete
  20. Makanannya nampak sedap dan tempat pun nyaman. Walaupun dah lama juga tempat ni dibuka ke orang awam, nampak juga kebersihan semua terjaga dan terpelihara. So, congrats kepada pemilik dan visitor yang datang kerana menjaga kebersihan sungai ni. Rasa macam nak try juga satu hari, insyaAllah

    ReplyDelete
  21. Sini la ye tempat yang viral tu. Best tengok makan dalam sungai. Tambah lagi makan kambing bakar.yummeh! Tak pernah lagi pi malan sini. Baru tahu pakej berbuka puasa pun ada kat sini

    ReplyDelete
  22. oo bukak puasa pun kat dalam air tu jugak la. nampak sedap semuanya maknn tu paling win mestilah lamb. hehehe

    ReplyDelete
  23. Smoke duck meat memang terbaik. Suasana pun tenang je.

    ReplyDelete
  24. Sedap kan kak. Ruby pernah makan di sini pada waktu malam. Yang siang tu tak pernah lagi sebab selalu full. Hahaha. Berbuka puasa makan bbq pun syok juga. Ubah selera sekali sekala.

    ReplyDelete
  25. Harga dengan isinya berbaloi betul.. Set seafood tu mengancam..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah