Wednesday, May 16, 2018

Orang NS Pun Makan Ikan Pekasam Laaa

Hi korang...

Esok semua umat islam di dunia dah mula berpuasa..rukun islam ke 5 yang bakal di tunaikan..so esok bermula lah kita berpuasa lapar dan dahaga. Sementara tu SA nak bercerita tentang bekal SA bawa ke office semalam..

Alaaa..SA takde la masak apa pun just masak nasi goreng letak udang skit...lpas tu SA goreng ikan talapia pekasam yang beli kat kawan office..memang masa goreng tu SA tak sabar- sabar nak makan sebab aroma yang wangi..SA suka goreng macam tu je..tak suka tambah bawang cili ke apa macam orang lain buat..goreng macam tu je pun dah sedap dah..hehe..



Nasi goreng udang

Ikan talapia pekasam

Haaa...

Ada kawan- kawan office tak percaya SA orang NS makan pekasam..ikan pekasam sinonim masyarakat di utara katanya..knowing SA yang kat office ni bercampur negeri so SA okey je makan apa pun.. Lagi- lagi pekasam ni..SA jenis suka mencuba sesuatu yang baru. Lagipun pekasam ni bukan la asing bagi SA..ada je orang NS bisness ikan pekasam. So takde la masalah besar bagi SA yang diorang nampak macam pelik...

Takde pelik pun...sedap jer SA makan...lagipun ikan pekasam ni lauk jahat..sebabkan dia je maka bertambah la nasi 2-3 pinggan..memang bahaya dan x sesuai untuk mereka yang jaga badan..Ikan pekasam pun membangkitkan selera dengan aroma perapan beras tu kan..pandai perap pekasam sedap la jadinya...dulu masa tak pandai makan..SA pi basuh ikan pekasam tu baru goreng..hahaha...masa tu tak pandai...ingat kena basuh..

Sekarang SA dah expert dah...

11 comments:

  1. sedapnya ikan pekasam. Selamat berpuasa kak SA

    ReplyDelete
  2. nasi goreng udang yummmm..ikan pekasam pn sodap tu

    ReplyDelete
  3. kena dengan nasi panas memang yummy ler...hehe

    ReplyDelete
  4. entah, tak boleh nak makan ikan pekasam..tak tahan bau masa menggoreng.

    ReplyDelete
  5. kita oghe klate pun suka apa,feberet lagi hehehhe

    ReplyDelete
  6. sha orang utara jarang jarang makan hahaha tak kena tekak tapi sini selalu ikan sungai la mcm pekasam puyu gitu

    ReplyDelete
  7. Antara lauk favorite dekat rumah ana. Makam dengan nasi panas2 dah cukup.

    ReplyDelete
  8. Sedaplah ikan pekasam, boleh bertambah makan dibuatnya.

    ReplyDelete
  9. Sedapnya SA, kat rumah Kak Sue memang sentiasa ada stok ikan Pekasam nie SA..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah