Wednesday, May 16, 2018

Berkunjung Ke Pasar Tani Tanjung Ipoh Kuala Pilah & Masakan SA Weekend Lepas

Hi korang...

Masih cerita Ahad lepas, selepas sarapan kat Kodai Serapan D'Sawah tu Mak ajak plak pergi pasar Tani kat Tanjong Ipoh.Memang kami dah lama tak pi Pasar Tani kat sini..last pergi rasanya tahun lepas kot..haha..giler lama..seronoknya pergi pasar tani ni sebab banyak sayuran kampung dan macam- macam barangan yang jarang jumpa pun ada..Apa yang SA nampak warga- warga tua yang menyusuri jalan membeli belah barangan keperluan..Ada yang beli banyak barang, ada yang beli setakat perlu aje..Biasanya kalau SA pergi sini memang cari sayur kampung atau ikan- ikan sungai..tapi takde rezeki plak hari tu..takde ikan sungai yang menarik perhatian..so..jalan jer lagi..jalan punya jalan..punya jalan...jumpa orang jual Puyuh Salai...Mak pun berkenan tengok burung puyuh tu besar-besar. Harga pun murah sangat..3 ekor RM10, so beli la 6 ekor...ada jugak ayam kampung salai..tapi dah muak makan ayam kan...

Jom la SA bawak korang semua jenjalan tengok apa yang menarik kat Pasar Tani Tanjung Ipoh ni....


Gerai- gerai sayur kampung..macam- macam ada


Boleh tahan ramai orang


Ada telur Itik dan Pucuk gelugor..tak teringat plak nak beli pucuk gelugor tu..sedap masak campur ngan daging salai atau ikan sungai


Telur Itik besar2


Abah pilih tulang untuk buat sup..cucu-cucunya suka..


Daging fresh dan lembut..tak perlu masak lama..


ayam kampung salai


Burung puyuh salai..



MASAKAN MINGGU LEPAS


Rendang burung puyuh campur pucuk maman


Sup tulang


Pucuk Paku goreng


Telur dadar


Masak Lemak Cili Api Udang Harimau campur Nanas

Haaaa....SA sekalikan lah entry ni ngan lauk pauk yang SA masak last week..malas plak nak asingkan bab lauk je..cerita nyer sama je dan lauk tu masak lepas balik dari Pasar Tani tu..Udang harimau tu je SA beli masa kat Jusco Seremban 2, Masak pun sebab nak bawak bekal pi kerja Isnin lepas.
Itu aje lah kisah weekend SA Ahad lepas...bila cuti masak memang kena masak la kan..itu dah jadi tugas hakiki SA...sementara mak masih sihat ni SA berusaha gali banyak menu- menu masakan yang SA sendiri tak pandai buat..Ilmu kena serap supaya kemudian hari tak hilang ditelan arus kemodenan..masakan tradisional ni memang kena jaga keasliannya kan?

Jumpa lagi korang...jangan terliur eh....


36 comments:

  1. Aduhh....pucuk maman.... Sedapnyaaa

    ReplyDelete
  2. Saya suka singgah beli daging atau sayur kat sini... Meriah kalau nk ada hr perayaan... Nk balik raya mesti singgah segar2 sayur kat sni.. Bestnya kak nampak maman tu msk rendang...

    ReplyDelete
  3. Omg those eggs are gorgeous! Eating local foods from farmer's market is always good.

    ReplyDelete
  4. Udang harimau masak dengan nanas..tak pernah cuba lagi. Nampak sedap lauk-lauk SA. Boleh jadi inspirasi menu Ramadhan

    ReplyDelete
  5. I love to shop at pasar tani as well for the freshest produces. Next time in Kuala Pilah, I will look out for this one.

    ReplyDelete
  6. Best kan shopping kat pasar tani. Hari tu masa balik kampung, Rawlins rasa cam kanak-kanak je merayau-rayau di pasar tani kat Sibu, Sarawak.

    ReplyDelete
  7. waa bestnyaa tengok macam-macam makanan ada! Then tengok pulak lauk pauk yang dah siap dimasak tu, aduiii terliur betul, terus rasa lapar hahah! Mostly memang lauk-lauk favourite tu, serious nampak sedap betul 😍😍

    ReplyDelete
  8. Uih memang selalu ke pasar tani tanjong ipoh ni. Memang syok nak cari sayur kampung yang jarang jumpa kat bandar. Apa lagi pekena bfast tepi sawah tu..tapi asyik penuh manjang :)
    Sedap btol kalo dapat daun gelugur tuuuu sah terliur eh ni

    ReplyDelete
  9. Kat pasar tani memang macam macam ada. Murah tak kak harga barang basah yang dijual. Pasar tani area sini mahal gila harganya kak. Takut tengok

    ReplyDelete
  10. Buying stuff at pasar tani is great. Prices are mostly reasonable and you get them as fresh as they get. The option for ready cooked food is so tempting. Will drop by when I'm in town next

    ReplyDelete
  11. Best kan kak dapat ke pasar tani ni. Macam2 ada dijual. Fresh pula tu.

    ReplyDelete
  12. Bestnyaaaaa pergi pasar tani ni! Airah dah lama tak pergi pasar tau hari kerja memang tak pergi la.hari cuti kadang bangun lambat hahahah. Suka pergi pasar sebab harga dia lagi murah dari pasaraya

    ReplyDelete
  13. Syok la pasar tani SA ni sbb ada ayam salai. .Puyuh salai. ..senang nk masak2 menu salai tu.. Bertabah tgk menu masakan SA.. Br pukul 11 pg ni hehe

    ReplyDelete
  14. Seronoknya pergi pasar tani...banyak pilihan...terutama itik, ayam panggang...bonda suka betul beli itik panggang di kuala pilah...nampak juga telur asin..kuala pilah memang terkenal dengan trademark itik salai...masakan SA juga nampak sedap sangat.

    ReplyDelete
  15. Telur itik nampak fresh sangat. I selalu balik Ipoh tapi tak pernah ke sini lagi.

    ReplyDelete
  16. Tak pernah dengar dan tak pernah jumpe pucuk gelugor dan pucuk maman tu.. huhu, nampak sangat tak pernah makan makanan tradisi camni dan tak raji pergi pasar tani kan? Untung la SA dapat belajar macam-macam resepi dari mak.

    ReplyDelete
  17. Ty klu gi Pasar Tani Putrajaya cari makanan yg dah siap ja kak. Sbb duk sorg. Mmg xberasap dapur. Tapi menu akak semua simple pun simple la paling sedap makan dengan nasi pe panas

    ReplyDelete
  18. Lamanya tak pergi pasar tani. Susah nak jumpa yang kawasan rumah ni. Memang selalu ke pasar makan seminggu 2 kali je.

    ReplyDelete
  19. Sep skit.. menu kita sama.. selera kita pun sama.. ;)

    ReplyDelete
  20. Ya ampun, lamanya rasa tak p pasar tani. Kat shah alam seksyen 13 yg kat stadium ada. Tapi selalu tak berkesempatan nak pergi. Kalau oergi mesti kelabu mata tgk barang yg dijualkan.

    ReplyDelete
  21. kita suka gila makan burung puyuh yang disalai... kadang2 berebut kalau sikit.. hahaha.. kalau ayam kg dah tak berebut sgt sbb tiap2 bulan dapat de jiran bagi.. kalau dtg singgah blog SA tak pernah takde menu masakan kan.. terliur tengok lani..

    ReplyDelete
  22. Banyaknya telur itik tu kalau dapat kita akan masak lemak kegemaran hehehe ada juga ayam salai dan itik yang memang popular kat sana hehehe jelous tengok akak setiap minggu masak sedap-sedap bila nak bawa kita makan sekali...

    ReplyDelete
  23. Gulai udang nenas tu sangat menarik dan buat terliur!... bestnya dekat pasar tu ada macam-macam sayur Kampung dan bestnya boleh borong telur itik masak lemak cili api syoknyaaa

    ReplyDelete
  24. Ya ALLAH...menarik sungguh passr tani kat sana SA..nampak bahan-bahan n makanan yg di jual fresh dan sedap. Lama dah tak gi pasar tani cam gini.
    Kalaulah sis ada kat Pilah..sure sis akan ke pasar tani diorg

    ReplyDelete
  25. Marsha pun suka pegi pasar sebab lauk basah dan sayur semua segar segar lagi. Telur itik tu nampak sedap kak. Boleh buat masak lemak telur. Lama dah tak pegi pasar. Kalau ke sana nak cuba jalan jalan sini.

    ReplyDelete
  26. Liez sukag pasar tani sebenarnya sbb boleh bantuorg2 tu berniaga.. tapi klau g situ mmg beli borong tak igt dunia..benda yang tak pernah makan pun kadang2 boleh beli

    ReplyDelete
  27. Lia kalau balik kampung je dapat makan maman tu. Susah nak cari kat Penang ni. Lama nya tak gi pasar shopping barang dapur. Sebab pasar lah boleh dapat pelbagai jenis ikan dan sayuran yang segar kan.

    ReplyDelete
  28. sy nie perangai macam mak mak sikit. Suka benor singgah pasar tani. And rasa nak beli mcm2 bahan mentah. Sbb rasa macam2 benda boleh masak dengan bahan mentah tu. Tambah2 harga di pasar murah dan fresh. Mmg agak sedikit royan lah kt situ

    ReplyDelete
  29. ayu mmg suka pergi pasar macam ni..heaven bagi ayu hahah...macam2 bahan2 fresh dari kebun kita blh dapati..tapi yang panggang tu area n9 mmg banyakkan..klu gi serting memang sepanjang jalan jumpa

    ReplyDelete
  30. Really a lot of thing you can buy at Pasar Tani. I never see the Itik Salai and my first time see at Pasar Tani Tanjung Ipoh. So many nice vegetable and meat sell at the pasar tani.

    ReplyDelete
  31. Kalau ke pasar memang rambang mata kan SA, nak pula ada jual ulam kampung. Lauk pauk SA masak semua sedap-sedap.. lapoooooo.. hihihi..

    ReplyDelete
  32. Kadang i also like to go pasar tani, macam macam sayur kampung boleh dapat and juga makanan kat sana.

    ReplyDelete
  33. Babe... love to see your cooking as when i run out of idea to cook, for sure yours will give me idea what to cook.

    Pasar Tani always my favorite place to go..

    ReplyDelete
  34. Seronoknya dapat gi pasar tani sebab macam2 ada, kak suka beli ulam2 dan ayam kampung salai buat rendang

    ReplyDelete
  35. Have not been to market the longest time! All your cooking dishes looks really delicious, selamat hari berpuasa to you!

    ReplyDelete
  36. Wow! So many good food! I'm Ipoh mali too

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah