Tuesday, May 22, 2018

Berbuka Puasa Dengan Buffet Murah Selera Warisan Desa Di 9Kedondong

Hi korang...

Bila tiba bulan puasa dah semestinya ramai yang pilih nak bawa keluarga berbuka di luar kan..dan selalunya buffet yang menawarkan harga yang murah menjadi pilihan ramai. Salah satunya Buffet Ramadhan Selera Warisan Desa di 9Kedondong, Ampang Hilir. Ini kali ke 2 SA berbuka disini dan kali pertama pada tahun 2016 dulu. SA suka makan kat sini sebab mereka menawarkan masakan kampung yang pelbagai dan lebih dari 55 jenis hidangan. So korang yang jenis tekak suka dan tak lari dari masakan melayu macam SA boleh lah boleh berkunjung ke sini. 

Kenapa SA pilih 9Kedondong sebagai destinasi berbuka puasa? Dah tentu- tentu kat sini tak crowd pun walau ramai orang. Tempatnya strategik dan selesa dan banyak kemudahan disediakan. Antaranya parking, surau dan tandas yang selesa. Dewan yang berhawa dingin dan sangat- sangat mesra kanak- kanak. Ada je baby chair disediakan dan parent boleh je bawak stroller baby sekali dalam dewan makan.Yang paling penting ruang dewan di 9Kedondong berhawa dingin



So korang jangan gelabah kalau ada niat nak bawak keluarga berbuka kat luar, boleh terjah 9Kedondong sebab SA percaya dengan harga harga yang ditawarkan akan menepati bajet korang.. jom SA bawak korang mendera hati dan perasaan tengok makanan yang sedap- sedap ni...sediakan tissue..tengok jer tau..jangan korang kecam SA plak...




Harga buffet 9Kedondong

RM55 dewasa (13-59 tahun)
RM28 kanak2 ( 7- 12 tahun)
RM28 Warga Emas ( 60 keatas)
F.O.C  Kanak- kanak ( 0-6 tahun)



Pentas ni besar..kiri kanan ada deco..so yang ini deco menarik sebelah kanan..rasa berbuka kat kampung kan... 


Ni sebelah kiri...lejen betul deco macam ni siap ada basikal,kawah dan periuk besar tu..aih..macam kat kenduri orang kampung je..

MENU UTAMA


Sambal Udang


Daging Black Pepper..


Stir Fried Broccoli Mushroom


Ayam Percik


Lala goreng berlada


Siput Sedut Masak Lemak Cili Api


Ikan Keli goreng berlada


Mee Goreng yg budak-budak boleh makan..tak pedas


Pulut mangga dan serawa durian


Kerabu Perut


Kerabu mangga


Aneka Ulam Kampung


Sambal belacan, Sambal tempoyak, Budu dan Cencalok


Tepung Pelita


Kuih Koci


Karipap


Kuih Seri Muka


Buah - Buahan


Murtabak


Noodles Station dan yg ni ada Laksa Johor...memang terbaik laksa Johor nya


Yong Tau Foo station


Dessert station


Grill Section ada udang bakar, sosej, ayam bakar dan kambing juga...tapi xde dalam gambar...yang putih tu coleslaw


Semua hidangan sodap


Kawasan pun luas kann..


Cubaan SA bergambar berlatar belakangkan props menarik..


Buffet di 9Kedondong bermula Pada 18 Mei - 10 Jun 2018. Kemudahan untuk solat Maghrib,Isyak Dan Terawih bersama ustaz jemputan turut disediakan. SA pun bercadang nak bawak anak dara SA tu makan kat sini. Dia mesti suka tu..sebab ada yong tau foo fav dia kan...

Selain tu 9Kedondong juga menerima tempahan berbuka puasa private iftar function atau Ramadhan Gathering, so korang yang nak organize event dalam kumpulan yang besar pun boleh diadakan di sini...

Sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi :

Contact Person: 018-7669065 ( Cik Rabia) atau 017-2250705 ( En Haziq)

9, Jalan Kedondong
Off Jalan Ampang
55000. Kuala Lumpur

Waze : 9Kedondong
Beroperasi setiap hari bermula 6.00pm - 10.00pm

Facebook : https://www.facebook.com/9Kedondong/

Instagram : https://www.instagram.com/9Kedondong/

Berita baik korang yang tengah plan nak berbuka kat sini

Gunakan Promo Code : surayax9kedondong dan DAPATKAN off 10% dari total bill.

Selamat Berbuka !!!!


37 comments:

  1. Wahhh kat Ampang pon ada buffet ramadhan harga 55 ringgit, ini sangat wow ! Hidangan kampung pasti menjadi pilihan buat semua dan suka cara mereka serve makanan dlm kuali. Unik betul ! Siap boleh solat terawikh sekali, boleh lah nie. Nak bawak satu family ke sana

    ReplyDelete
  2. menu2 mcm berbuka di kampung kn...lala tu lama xmkn....fav dessrt pulut mangga

    ReplyDelete
  3. arghhhh...mendera perasaan tau tgk gmbr makanan di siang hari bulan posa ni..haha

    ReplyDelete
  4. arghhhh...mendera perasaan tau tgk gmbr makanan di siang hari bulan posa ni..haha

    ReplyDelete
  5. Adoi .... jahatnya SA! Semua nya menyelerakan. Tengok kueh mueh , tepung pelita tu mengasyikkan. Setuju! Memang murah berpatutan laaa...

    ReplyDelete
  6. semua lauk kg..best nya...
    menguji iman pukul11 pagi tengok gambar makanan... :)

    ReplyDelete
  7. Getting hungry when seeing the buffet spread. The Kerabu and Ulam is my favourite. They do have crispy Ayam percik. Such a scrumptious buffet that come with affordable price than less than RM 100

    ReplyDelete
  8. Murahnya kak. Dengan lauk pauk yang pelbagai tu. Lebih dari berbaloi kalau bawa family berbuka dekat sini.

    ReplyDelete
  9. Lala goreng berlada dengan kerabu mangga tu alehaiiii menggugat sungguh SA. Kalau lauk2 kampung ni memang saya kalah le. Memang feveret sangat. Nama tempat ni pun unik. Kedondong. Harga bagi saya masih ok sebab tak melebihi RM100. Menu pun menepati selera.

    ReplyDelete
  10. I was surprised to see this budget-friendly price in the heart of KL! And for this price and this spread, it is really worth every Ringgit.

    ReplyDelete
  11. uish first time dengar pasal tempat ni. macam berbaloi gila ja. tambahan pulak lauk-lauk dia pun sedap belaka. harga pun mesti berbaloi kan

    ReplyDelete
  12. Hari ni asyik baca pasal buffet ramadan jer. I is tak tahan. Laup pauk semuanya sedap-sedap. Especially siput sedut tu. Dah lama tak menyedut. Harga pon ok juga ni.

    ReplyDelete
  13. selera kampung. Banyak menu na SA

    ReplyDelete
  14. Harga dia sangat berbaloi dan lokasinya sangat strategik. So far harga yang ditawarkan tu dengan pilihan makanan macma tu dah sangat berbaloi sebenarnya. Rugi la orang Ampang kalau tak singgah merasa sekalikan :D

    ReplyDelete
  15. Harga dia sangat berbaloi dan lokasinya sangat strategik. So far harga yang ditawarkan tu dengan pilihan makanan macma tu dah sangat berbaloi sebenarnya. Rugi la orang Ampang kalau tak singgah merasa sekalikan :D

    ReplyDelete
  16. Harga dia sangat berbaloi dan lokasinya sangat strategik. So far harga yang ditawarkan tu dengan pilihan makanan macma tu dah sangat berbaloi sebenarnya. Rugi la orang Ampang kalau tak singgah merasa sekalikan :D

    ReplyDelete
  17. Lauk pauk ada banyak, tapi Bonde tertarik dekat siput sedut masak lemak tu, lama tak makan menu tu, Nak-nak bulan puasa macam ni memang kena cari jugalah ni :) kedua... nampak murtabak tu hah adoiii lah tekak ni kan main...

    ReplyDelete
  18. Bila tengok buffet ramadan ni rasa macam akak yang masak lak hehehe semua sedap-sedap dan menyelerakan. Nama restoran ni 9kendondong ker kita baru tahu tak pernah pergi lepas ni boleh cuba...

    ReplyDelete
  19. Wah.. Meriahnya lauk. Siap ada kerabu mangga lagi... Tgk harga pun berpatutan jugak. Nanti bolehlah nak kecek encik suami bwk dating sini. Hehe. Btw, thanks sharing SA.

    ReplyDelete
  20. Wahh dekat dengan rumah saya. RM 55 je? Nanti bleh cuba. Harap sedap la kan. Hehe. Saya sibuk skit, so bawa suami dan anak-anak makan di bufet Ramadan je. Senang kak. Mereka bleh pilih apa nak makan. Kalau ke Bazar Ramadan, sampai ke sudah takda jawapan nak makan apa. Saya juga stress. Wakaka

    ReplyDelete
  21. Nice place, I really like how they made an effort to decorate the restaurant as well and the price is so affordable, it is a great place to buka puasa with friends.

    ReplyDelete
  22. Props tu cantik pulak dia buat..macam kampung lama kan...Hidangan tu memang membuka selera betul..

    ReplyDelete
  23. Macam pernah dengar je 9 kedondong ni. harga buffet memang murah Dan berkemampuan untuk bawa fmili dalm kuantiti ramai. Siap boleh solat terawih berjemaah lagi. Menu yang dihidangkn pun menyelerakan dan banyak .

    ReplyDelete
  24. Oh wow! all their dishes are so delicious. I love siput sedut masak lemak cili api, kerabu mangga, laksa johor and many more. Plus their price is so reasonable, nak pergi makan kat sana lah

    ReplyDelete
  25. Nampak sedap dan menarik. Tapi mmg sedap pun hehhehe. Ayu paling suka masak lemak siput sedap. Memang terbaik rasanya makan pula dengan nasi2 panas, perghh

    ReplyDelete
  26. menu2nye sgt besat dan sedap...so far, tak mkn luar lagi...sume msk sendiri, ALong

    ReplyDelete
  27. murah lah Rm55 untuk 55 jenis hidangan..Memang tengag cari buffet harga macam ni. Menu-menu masakan kat sini nit bad pulak , suka dengan siput sedut masak lemak, tak semua tempat ada tu. Kaau ada mesti nikmatnya menyedut. haha

    ReplyDelete
  28. Really cheap price there... RM55 for more than 50 dishes. Wanna being my clients to this place for buka puasa lah

    ReplyDelete
  29. meriahnya makanan.
    Kalau WP masuk dapat harga RM28.00 ni
    berbaloy2

    ReplyDelete
  30. Sedapnya semua pilihan lauk pauk kat sini SA..

    ReplyDelete
  31. RM55! murahgila! kalau sambal udang dia sesedap sambal udang Kak SA ini memang berbaloi. jadi soalannya sedap betul ke kak? boleh beat akak tak? masak lemak cilipadi tuu?

    ReplyDelete
  32. best tu. lauk pun bnyk. harga pun tk la tinggi sangat.

    ReplyDelete
  33. makanan meriah memang berbaloi dengan harga rm55 tuh kan kak.. Boleh makan dan rasa macam macam jenis makanan.

    ReplyDelete
  34. Adoilah.. ada udang, lala.. siput sedut.. sedapnya lah hai..

    ReplyDelete
  35. banyak seafood tapi harga murah je, memang berbaloi sangat

    ReplyDelete
  36. Kalau dapat buffet yang murah memang berbaloi sgt. Lagi lagi lauk dia bukan la lauk yang biasa biasa :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah