Monday, May 21, 2018

Resepi Ayam Bakar Juicy Favourite Dania

Hi korang..

Bulan puasa ni biasanya lebih kepada selera anak-anak yang berpuasa kan...So memandangkan kat rumah ada Dania dan si Dida..makanya lauk yang SA masak lebih kepada lauk pauk kegemaran anak-anak...kali ni SA nak kongsikan resepi Ayam Bakar juicy yang sesuai dimakan begitu sahaja, makan ngan mee sup, Nasi lemak atau apa sahaja la yang berkaitan..resepinya agak mudah   tk perlu masa yang lama untuk masak...

Jom kita tengok step by step

Step pertama
1. 5 ketul whole leg dibersihkan
2. 5 ketul chicken wing dibersihkan
3. Direbus sehingga masak
4. Masukkan kiub ayam knorr 2 biji
5. Masukkan daun sup dan daun bawang
6. Dah rebus angkat dan toskan..
7. Air rebusan boleh digunakan kalau nak buat sup
8. Biarkan sejuk seketika



Step kedua

1. Marinate ayam yang direbus  tadi dengan sos tiram dan kicap pekat..
2. Tumbuk / blend bawang putih  gaulkan sebati
3. Biarkan seketika sebelum digoreng
4. Nak campur madu pun boleh..


Rupa paras selepas di marinate


Step Akhir

1. Panaskan sedikit planta guna pemanggang ajaib
2. Susun satu persatu ayam dan bakar dengan api perlahan
3. Balik2 kan agar semua bahagian dibakar sekata
5. Bila dh bertukar warna angkat dan ketepikan
6. Masak yang yang lain sehingga selesai
7. Siap..

Sedap ayam dibakar macam ni sebab dia juicy sangat..x perlu bakar lama kalau nak juicy..ayam dah sedia masak sebab dah rebus tadi kan..anak-anak memang suka kalau buat ayam macam ni..kalau rajin boleh tanak nasi jadikan nasi ayam terus..macam Dania dan Dida tak kisah..makan ngan nasi biasa je pun x pe..

Selamat mencuba ye korang...

33 comments:

  1. cara camni sama mcm bila buat utk nasi ayam...mmg juicy

    ReplyDelete
  2. sedapnyer...resepi pun mudah jer..boleh la buat ptg nnt

    ReplyDelete
  3. sedapnya Kak. ratah macam tu je pun sedap . makan dengan nasi pun sedap.

    ReplyDelete
  4. Marinate dengan sos tiram ke sos siram kak SA ? Hahahah. Mudahnya nak buat. Boleh lah sy cuba. Biasanya tengok nampak musah tp bila buat sendiri ya ampun, macam tokang pecah dapur dibuatnya. Apa2 pon sy akan cuba resepi nie. Thanks Kak SA for sharing this

    ReplyDelete
  5. wehh sedapnya nampak! boleh la try nanti! tetiba khai macam nak modified letak jus sunquick sebab teringat nandos mango and lime hahah tq share resipi

    ReplyDelete
  6. I so love ayam bakar. Your recipe looks simple enough to follow. The glossy chicken making it look so juicy. I have to try this asap

    ReplyDelete
  7. Alamak.. tergoda ai tengok menu ni. Dahlah ayam pilihan utama dekat rumah ai tu..

    ReplyDelete
  8. wah nak cubalah resepi ni nanti

    ReplyDelete
  9. Sedapnya SA. Kalau masak macam ni gerenti my Dania pun suka. Dia pun suka ayam. Hehe. Kalau campur madu tu mesti rasanya nanti ala ala sate kan.....kalau nak pair dengan nasi ayam pun sedap. Alahhh nasi putih panas2 tu pun sedap.

    ReplyDelete
  10. Allahu... Menjejes ailio nengok. Nampak sedap sangat ni. Dah lama tak buat ayam bakar. Boleh lah try ni. Thanks for the resipi SA ☺

    ReplyDelete
  11. Okey nanti nak try resipi nih pula. Nampak sedap pulak. Nak nak walau di bakar tapi juicy tuh pening kak..aduhhhh buat lapar semula jadinya tau.

    ReplyDelete
  12. Lah senang je buat. Saya baru je siang tadi duk fikir apa la nak masak. Anak suka makan ayam dengan nasi minyak. Esok bleh cuba. Rewards utk berpuasa. Hehe. Saya nak pi bazaar pun tak tau nak beli apa. Blank banyak sangat makanan. Masak satu lauk je dah cukup sebenarnya.

    ReplyDelete
  13. Akak, kita baru buat ayam ni hari sabtu lepas, sukaaa dan sedappppp! Lagi sedap kalau perap lamakan.. Tq kak..Ishhh bila la dapat rasa air tangan kak SA sorang ni haa..

    ReplyDelete
  14. sedapnya....resepi dia mmg mudah jer kan..yg penting teknik yg digunakan tu kena betul...barulah hasil masakan dia bombastik hihi

    ReplyDelete
  15. Untungnya Dania dapat mak yang pandai masak dan suka masak. Sis ni kureng sikit bab masak memasak ni, main masak ikut suka je hahaha. Tapi yg best tu, tak sedap pun Aeysha tetap kata sedap..:D :D

    ReplyDelete
  16. Selalu tengok sis pos menu. Semua menyelerakan. Tak sangka lah simple je resepi ayam bakar juicy ni. Patutla anak2 suka ye. Biasa lepas rebus ena goreng je. So next time nak cuba lah. Tq taw sharing.

    ReplyDelete
  17. Wah.. Memang tak pernah mengecewakan blog akak ni dengan menu-menu yang buat saya terliur. Hihi. Nampak mudah tapi rasanya saya tetap kena minta orang masakkan ni sebab memang bukan tangan yang mahir nak memasak. Selalu fail. Haha. Apapun, selamat berpuasa ya kak!

    ReplyDelete
  18. Nampak sedapppp dan juicy. Rajin betul akak masak. Harap2 nanti emi pun rajin macam akak jugak. So far emi x pernah masak ayam bakar sendiri. Menu2 yg akak share semua nampak menyelerakan

    ReplyDelete
  19. Ohhh yummy, simple recipe but sedap gilerrr! SA have so much passion in preparing your food, lucky for those who are around you!

    ReplyDelete
  20. Yess!! this is anytime my family punya favourite. I have try many recipe ayam bakar. Maybe this time i add cube ayam to see houw it taste.

    ReplyDelete
  21. uih..menarik ni, cara buat pun simple..bru plan nak buat ayam bakar berbuka ni..boleh try ni..

    ReplyDelete
  22. uih..menarik ni, cara buat pun simple..bru plan nak buat ayam bakar berbuka ni..boleh try ni..

    ReplyDelete
  23. Perghhhh ayam dia... Hari nie, Bro plan nk buat rendang ayam pencen... Entah sedap ke idak... Lama x masak rendang nie

    ReplyDelete
  24. Simple & surely delicious. Yg ni blh cuba. :D Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  25. Akak, ada beza tak kalau bakar atas api atau dalam oven? Atau nanti kurang juicy dah sebab terlalu kering?

    ReplyDelete
  26. looks easy to make, will try this recipe! Thanks for sharing with us!

    ReplyDelete
  27. Terbaek.
    memang nampak sedap dan menyelerakan

    ReplyDelete
  28. Nampak sedap SA, boleh lah Kak Sue cuba masak nanti. Tq for sharing ❤

    ReplyDelete
  29. untung nya dania, rajin sis memasak..

    ReplyDelete
  30. ohh tu rahsianya kalau nak masak isi dalama. thanks kak SA!

    ReplyDelete
  31. Bestnya mama dania pandai masak mmcm :) Hee

    ReplyDelete
  32. Sedap ni....pandai dania masak yer

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah