Tuesday, May 29, 2018

Berbuka Puasa Di Bangi Golf Resort Dengan Family

Hi korang..

Ahad lepas SA berpeluang bawa Mak Abah, adik dan Dania ke Bangi Golf Resort untuk berbuka puasa dan ini merupakan kali pertama mereka berkunjung ke sini. Seronok bila tengok mereka tak sabar-sabar dan kebetulan Isnin merupakan ulangtahun kelahiran abah SA. So Ahad tu kita sambut la dengan berbuka puasa di BGR. Orang yang paling happy adalah Dania dan Dida...ini pertama kali diorang berbuka kat luar yang yang lain dari yang yang lain. Tak pernah berbuka kat hotel kan. Untung BGR menawarkan buffet yang paling murah sebab dalam masa yang sama memberi peluang kepada orang ramai yang kurang berkemampuan dan boleh berbuka di sini. 


Seawal 5 petang kami dah gerak dari rumah. Masing-masing dah siap dan tak sabar-sabar nak gerak..bukan jauh sangat pun kan..tapi nak elakkan jammed elok gerak awal. Sepanjang perjalanan memangku si debab kesayangan ni..ya allah SA memangku berat 20kg si Dida selama 1 jam..allah je tahu macam mana seksanya pinggang SA menahan berat..Tak lama tu dia pun lelap bila dah kena kena  aircond..bertambah siksa SA...puas menahan sakit pinggang...


Si debab mama dah tido..

Tepat pukul 6 petang kami dah sampai di BGR. Seperti yang SA jangkakan kami sampai awal. Then SA register dan dh dapat no meja dan kami bergambar dulu dul luar sebelum masuk untuk kenang-kenangan.. Mak SA happy betul..Abah pun sama...ye lanjarang dapat berbuka kat luar kan..


Pose 1


Pose 2


SA dapat meja di Dewan Kenanga dan dan sebelah dalam..


Banner  dan backdrop BGR


Dida dan mommynya


Anak dara SA Dania


Mak SA


Awal kami beratur dalam pukul 6.30 petang..sebab dh nampak ramai yang beratur kat area kambing panggang..memang kami dah aimed nak ambil kambing dulu sebab kami satu family memang pencinta kambing panggang. Ambil Ambil jugak sup oambing yang yang superb..sedap betul...Sup kambing ki BGR memang tiada tiada tandingan...sedap...


Sexy plak kambing panggang ni


Semua dah get ready dah 


Sambil menunggu waktu berbuka...


Apa saje la Dida ni..


Dia paling awal buka puasa sebab x tahan tengok nasi ayam hainan yang mommy dia ambil


Dania paling banyak makan..hehehe


Sup Kambing yang sedap...makan panas2


Signature dishes BGR yang sedap..mak makan sampai 2 mangkuk..

Alhamdulillah..hajat dan niat SA nak bawa bak abah berbuka kat sini..lega hati bila diorang happy..lega lega rasanya dapat berkongsi rezeki blogging dengan mereka..Mak dan abah serta yang lain puas hati makan kat sini..sedap2 semua makanannya..next year boleh datang lagi..sesekali buat diorang happy kan...semoga rezeki SA bertambah dan boleh share dengan mereka lagi...

18 comments:

  1. ni nak pergi ni, teringin nak makan yang telur bawah sekali tapi hari tu kita dapat baucer 2 keping je kalau bebudak bawah 6 tahun free ke atau separuh harga, sebab anak kita ni makan bukan banyak pun huhuhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 bayar jugak Syafiera..Dida ni akak bayar RM29.90..rasa macam tak berbaloi sebab banyak mana sangat kan budak makan..tp takpe la sesekali..x guna ke voucher tu? dah habis tarikh rasanya Ahad lepas

      Delete
  2. yummmz.. the food looks yummy
    selamat buka puasa

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan SA..
    Bertabahlah baca post SA ni di siang hari. Menu semua sedap. Kambing panggang selalu jadi tumpuan..

    Bila kita dapat buat ibubapa gembira, luar biasa perasaan kita kann SA.. Semoga mereka sentiasa dirahmatiNya selalu.

    ReplyDelete
  4. sampai tertido si comel tu..tapi betulla org kata selagi mak ayah tu ada kita amik peluang bahagiakan mereka....suka tengok mak ayah parizan enjoy makan kat bgr :-)

    ReplyDelete
  5. antara buffet ramadan termurah yang ada di Bangi. memang selalu full dengan orang. jadi saya lebih prefer makan kt rumah je. hahaha. malas nak bersesak2

    ReplyDelete
  6. Syok la Dania dapat buka puasa kat luar macam my Dania hari tu. Banyak pilihan kat sini kan?. Selagi ada mama papa berbaktilah kepada mereka. Sunyi kalau mereka dah takde macam mama papa saya. Kemesraan bersama keluarga tu memori tak boleh dilupa.

    ReplyDelete
  7. Tengok kambing tu siang siang ni, terliur. Hahah! Sekali sekala berbuka dekat luar dengan family macam ni memang seronok kan.

    ReplyDelete
  8. rezeki di kongsi dgn keluarga tersayang....selamat ulangtahun utk ayah SA...seronok mereka bila sesekali berbuka di luar kn

    ReplyDelete
  9. selamat hari lahir utk abah SA..memang seronok bila dapat berbuka puasa berama mak dan abah kita kan dan ni la masa yang bagus utk family bonding kan

    ReplyDelete
  10. 2 tahun kita bukat kat sini tapi tahun ni tak sempat nak pergi hehehe seronoknya sini banyak pilihan makanan dan tempat yang luas dan selesa...

    ReplyDelete
  11. So sweet to see pictures of you and your family, selamat berbuka puasa and happy birthday to your dad!

    ReplyDelete
  12. Bestnya kak berbuka puasa dekat bangi golf resort. Saya smpai sekarang teringat ingat sous vide egg with mushroon espuma tu. Sedap sangat. Rasanya rare kat twmpat lain takde. Mesti ayah mak akak seronokkan dapat makan kat sana

    ReplyDelete
  13. Wahhhh Kak SA repeat berbuka di sana. Bestnya !! Mesti wajib makan telur suis vide mende ntah namanya tu. Sy punya voucher bg kat kawan. Tp xper, nk dtg bila2 pon okay sbb nya harga buffet dia berpatutan

    ReplyDelete
  14. Syoknya dapat berbuka di sini.. nampak nya environment nya cosy dan comfy.. paling penting, semua makanan nampa sedap-sedap belaka

    ReplyDelete
  15. Sis awal dah pergi bsrbuka kat sini. Ni pun rasa cam nak gi lagi. Walau jauh gan rumah sis..sanggup tau sis pergi coz juaadah berbuka dia sedap

    ReplyDelete
  16. geram betul tengok si Dida ni, comel sangat

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah