Thursday, May 31, 2018

Mudahnya Masak Mee Goreng Basah Dengan Perencah Mee Goreng Adabi

Hi korang...

Selasa lepas SA berbuka masak Mee Goreng..pergi Econsave terjumpa plak Perencah Mee Goreng Adabi yang terbaru, sebelum ni tak pernah nampak perencah ni..so kita kasi try laa..perangai SA memang macam ni..nampak yang baru pas tu sibuk nak cuba..Kalau sedap boleh terus guna kan..dan biasanya sedap je..biasa guna perencah bihun Adabi. Ni dah ada perencah mee..sangat senang untuk SA yang bujang ni...


Bahan- bahan simple je...sayur sawi perlu ada, lupa beli tauge, ayam, daging dan sotong, bawang putih dan bawang merah tu hiris je..malas nak tumbuk dan SA tambah cili kering yang dah blender..


Tadaaaa...rupa paras mee goreng SA...rupa agak tak berapa menarik sebab faktor cahaya kat rumah sewa..


Seriously memang sedap, tak yah nak tambah garam apa bagai..cukup perencah tu dan letak la kicap skit bagi warna tu menarik..Actually warna tu dah menarik dah..cuma pencahayaan kat dapur rumah sewa tu je..lampu tak terang mana pun sebab bukan lampu kalimantang. tapi takpe la asalkan misi masak mee goreng untuk berbuka menjadi..SA kalau buat mee goreng suka basah2 skit..baru sedap makan..tak suka kering2 sangat sebab mudah tercekik...

Ini la kisah SA berbuka as orang bujang kat rumah sewa...buka puasa sorang2 tak selera nak makan..tapi kalau buat mee goreng laju je..sebab SA memang suka mee goreng...ini kan..kalau letak kerang sure lagi sedap...dari last week mengidam kerang ni...

13 comments:

  1. Terliur tengok mee goreng SA tu...sedapnya!

    ReplyDelete
  2. campak-campak je dah sedap macam ni SA...sedapnya..nak kena beli ni

    ReplyDelete
  3. Menarik mee goreng tu.. esok nak carik bahan buat mee goreng lah.. hehehe.. ;)

    ReplyDelete
  4. tengok time tengahari...aduiiiii melting sungguh tgk mee goreng ni..

    ReplyDelete
  5. sedap kak, nanti nak cuba beli buat stok. Emergency senang ni

    ReplyDelete
  6. Boleh cuba ni kak. Especially kalau nak cepat kan. Mudah dan cepat. Lepas tu janji sedap.

    ReplyDelete
  7. Amboi meriah nau nau isi dalam mee goreng tuh..buat terliur tau

    ReplyDelete
  8. Sally tak pernah nampak lagi yg ni...Sally suka guna perencah sup siam Adabi..xtau la akak pernah tak try

    ReplyDelete
  9. sedapnya kak SA.. boleh cuba nnti.. simple tp sedap

    ReplyDelete
  10. thanks share kak SA.. Bolehlah Sha cuba buat..

    ReplyDelete
  11. kalau mee goreng suka makan yang kering macam mee goreng mamak tu

    ReplyDelete
  12. wah. perencah utk mi goreng plak?
    terbaik lah.
    aida setuju dgn wujud nyer perencah gini, SA.
    memudahkan especially org bujang.

    ReplyDelete
  13. Wahh perencah mee pun dah ada. senang betul nak masak sekarang. nak dgn taknak je. Selalunya kalau ika masak mee. Ika memang masak campak cmtu je. Perencah guna apa ada je dkt rumah. Cili boh dn sebagainya huhu

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah