Wednesday, May 9, 2018

Jom Cantik- Cantik Sebelum Raya Di Toscana Medi Clinic Publika Solaris



Hi korang...

Siapa la yang tak nak kulit cantik secantik artis- artis terkenal Malaysia kan...macam Ziana Zain, Erra Fazira dan ramai lagi..semua nak cantik. Macam tu jugak la SA..tapi sedar diri di samping kurang berkemampuan untuk selalu buat rawatan kecantikkan. Rawatan kecantikkan perlu sentiasa konsisten. Oleh itu baru- baru ni SA dan rakan-rakan blogger yang lain di jemput untuk ke event Live Aesthetic Demo By Toscana Medi Clinic. Demo secara live...haaa...pernah tengok? biasa rawatan jer kan itupun personal tapi kali ni ada kelainan sedikit...SA berpeluang menyaksikan 2 demo estetik yang dilakukan oleh doktor-doktor bertauliah di Toscana Medi Clinic. Demo tersebut adalah Bye - Bye Scars dan Vampire Bloody Facials dengan menggunakan kaedah PRP. Bila dah tengok secara live rawatan yang diberikan rasa teruja nak cuba pula.

Apa itu  PRP? 

Rawatan yang semakin popular iaitu Platelet Rich Plasma ( PRP) merupakan prosedur yang telah diguna pakai dengan jayanya selama bertahun- tahun dalam menyembuhkan kecederaan sukan, luka akibat kencing manis dan sebagainya kini menjadi rawatan pilihan oleh wanita dan lelaki untuk mengurangkan kedutan, parut, kerosakan kulit berpunca dari sinaran matahari dan lingkaran gelap bawah mata. Rawatan ini tidak menggunakan bahan kimia untuk disuntik ke dalam badan sebaliknya menggunakan plasma yang diambil daripada badan pelanggan sendiri. Kesan sampingan boleh dikatakan tidak wujud kerana badan anda tidak mungkin menolak plasma dari badan sendiri.Oleh itu rawatan ini diyakini selamat kerana darah yang diambil dari badan kita akan diproses untuk menjadi stem cell yang digunakan untuk rawatan ini. Bunyi macam menakutkan sebab melibatkan darah kan? tetapi ianya sangat-sangat selamat dan berkesan..






SA di Toscana Medi Clinic


Antara rakan blogger yang terlibat


Marcus menerangkan fungsi machine laser di Toscana Medi Clinic


Dr Kanwill Gill memberi penerangan tentang rawatan Bye Bye Scars treatment..


Bye Bye Scars Demo By Dr Kanwill Gill

Semua orang tak suka apa sahaja scars di muka kan? oleh dengan teknologi tinggi ada rawatan yang disediakan untuk mereka- mereka yang ingin membuang scars di muka.. Rawatan Bye Bye Scar dengan menggunakan kaedah laser dan suntikan PRP ini adalah pilihan kebanyakkan orang ramai khususnya selebriti di seluruh dunia. ini adalah rawatan yang sama sekali tidak mempunyai kesan sampingan malah memberi kesan serta merta.

Semasa sesi demo ini, rakan blogger yang terpilih diberikan rawatan laser terlebih dahulu sebelum di suntik dengan stemcell plasma dari darah beliau sendiri. Ikutkan nampak macam mengerikan..tetapi peserta telah diberi krim kebas di muka dan sememangnya dia tidak merasa sakit pun untuk rawatan ini. Stemcell ini akan membantu untuk merawat scars di muka peserta dengan sendirinya. Sebab itulah rawatan ini selamat dan menjadi pilihan di serata dunia. Korang di luar sana jangan risau ye..rawatan Bye Bye Scars ini bukanlah menggunakan laser yang meninggalkan kesan kulit terbakar.
Kalau tinggal kesan SA pun takut nak cuba..hehehe...



Dr Kanwill sedang melakukan laser kepada peserta


Alaa..cantik plak gambar ni...

 Peserta sedang disuntik Stemcell PRP di wajahnya

Apa Vampire  Bloody Facials?

Vampire Bloody Facial terapi adalah proses dimana darah diambil dari tubuh pesakit dengan cara yang serupa dengan ujian darah, yang kemudiannya diletakkan di dalam mesin yang memisahkan sel-sel darah, platelet dan serum.Kemudian disuntik semula ke kawasan badan yang memerlukan rawatan atau peremajaan semula kadang-kadang dirujuk sebagai "Vampire" atau rawatan "Dracula".

Platelet membantu tubuh memperbaiki dirinya dengan melepaskan faktor pertumbuhan, merangsang sel kulit untuk menghasilkan tisu baru, selain meningkatkan tona kulit serta kadar pengeluaran kolagen. Ini membantu kulit tumbuh semula dengan sihat, kelihatan lebih bersemangat dan berisi.
Bergantung kepada individu, doktor anda akan mengesyorkan 2-3 rawatan jarak jauh 2 minggu, tetapi ini mungkin berbeza-beza.

Result akan nampak dalam tempoh 3 minggu rawatan dan kulit anda harus lebih firm dan licin, dengan bintik-bintik faktor umur akan berkurang juga.Kulit secara beransur-ansur akan bertambah baik pada bulan-bulan berikutnya dan hasilnya dapat dilihat dalam jangka masa selama 18 bulan. Walau bagaimanapun rawatan tambahan diperlukan untuk kulit mengekalkan kesihatannya.

Bengkak dan lebam yang minimum mungkin kelihatan sehingga seminggu selepas rawatan tetapi ini akan mereda. Rawatan ini adalah rawatan yang lebih selamat daripada kaedah anti penuaan lain kerana ia adalah semulajadi.


Dr. Lashela memberikan penerangan tentang kaedah rawatan Vampire Bloody Facials


Stemcell PRP disuntik di bahagian muka wajah peserta


Rawatan ini sememangnya tidak menyakitkan, peserta kelihatan tenang ketika menerima rawatan


Selain itu di Toscana Medi Clinic turut terdapat rawatan PRP tanpa kaedah laser.Doktor Lashela memberikan penerangan mengenai Rawatan PRP tanpa Laser. Kawan blogger dipilih untuk menjalani rawatan ini dan ianya tidak langsung melibatkan kaedah laser. Hanya stemcell yang diambil dari darah peserta di process terlebih dahulu. Suntikan ini tidak menyakitkan kerana pada awal muka peserta di sapu dengan krim kebas terlebih dahulu. Selepas itu baru lah muka peserta di suntik dengan stemcell dari darah dia sendiri.




SA sediakan juga video sepanjang rawatan ini dijalankan di Toscana Medi Clinic Publika Solaris





Korang nak cantik kan?pelbagai tawaran disediakan di Toscana Medi Clinic sempena Hari Raya akan datang...cepat- cepat buat appointment...kata nak cantikkkkk.....

Promotion Hari Raya
PACKAGE A
~ Black Doll Laser 
~ Porcelain Doll
~ IV Glowhite
TOTAL RM2750 ~ NOW for only RM500
.
PACKAGE B
~ Black Doll Laser
~ Porcelain Doll
~ IV Glowhite
~ Placenta Facials
TOTAL RM4250 ~ NOW for only RM800
*** Terms & Conditions Apply

maklumat lanjut boleh hubungi :

Toscana Medi Clinic Publika Solaris
Block D5-G4-01 & 02,
Solaris Dutamas (Publika)
No:1 Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-61438866

Email : info@toscanamed.com

Laman web : www.toscanamed.com/




25 comments:

  1. Vogue time raya nanti sudah pasti.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. mak need this kakak! selalunya kena repeat berapa kali nak dapatkan kulit sehalus bayi?

    ReplyDelete
  3. Menarik nie SA, sekarang nak cantik ada macam-macam cara kan. Siap duit sudah, semua jadi kan..

    ReplyDelete
  4. Wah nama pun Vampire Bloody Facials nampak menyeramkan tapi menarik. Ika teringn nak cuba tapi takutla cucuk sana sini. Dengar kata effective betul

    ReplyDelete
  5. Nice to meet you there, SA. Memang geri nampak the process but luckily our friends there said it is not pain at all and I want to try it too.

    ReplyDelete
  6. Bella pernah buat vampire facial sekali je. Sebab kulit jadi teruk selepas infection kencing tikus. Cuma satu kali treatment pun nampak perubahan yang ketara pada kulit. Sebab waktu sakit tu, kulit breakout teruk dan tinggalkan kesan scar yg banyak n selepas buat vampire facial, scars tu pudar dengan sangat ketara. Best juga Toscana Medi Clinic ada offer untuk bulan Ramadan ni. Hmm kena pergi ni!

    ReplyDelete
  7. Bila dengar nama rawatan tu agak menakutkan tapi bila baca proses rawatan tu baru rasa lega. Bagus ye rawatan ni sebab tak guna bahan kimia sebaliknya guna plasma badan sendiri. Confirm selamat.

    ReplyDelete
  8. Nama semua treatment untuk cantikkan wajah ni macam scary jer.. tgk procedure berdarah-darah.. huhu,betul ke tak sakit tu. Tapi macam menarik gak kalau try ni..

    ReplyDelete
  9. Sis pun teringin gak nak cecantik masa Raya ni, tapi tengah pikir nak buat yang mana satu, tak yang yang sakit-sakit punya. Pening kepala tau pikir sampai le hari ni nak buat apa. Nanti pikir-pikir sampai ke sudah pulak tak pergi..huhuhu

    ReplyDelete
  10. Betul ! Sapelah yg xnak kulit cantik mcm artis2 kan. Tapi takutlah kalau melibatkan jarum nie. Seriau dibuatnya. Teringin buat sbb ramai kata tak sakit pon. Nanti lah, tgh kumpulkan keberanian utk mencuba

    ReplyDelete
  11. Kalau ada suntikan memang sis jenis ngeri. Nak ambik darah masa mengandung dulu pun jenuh juga. Suntikan nak pergi umrah pun seram. Sis prefer yang tiada suntikan.

    ReplyDelete
  12. Bonde nampak darah dekat muka tu jadi seram pulak, Tapi pepatah english ada berbunyi Beauty is pain betul tak? teringin nak buat treatment macam SA buat ni, geragat dah mula ada dekat muka ni... buat risau jer kan kan kan nak kena buat treatment juga..

    ReplyDelete
  13. Eeeeee yang merah kat muka tu darah ker alamak kita takut lah tambah-tambah suntik kat muka lak tu seram. Tapi sebab nak cantik hehehe nak raya ni memang lawa lah semua..

    ReplyDelete
  14. Ni first time emi tahu pasal toscana ni. Tak sakit ke buat treatment macam tu? Emi so far belum berani lagi nak buat treatment yang guna peralatan pelik2 macam tu. Sejenis yang penakut hahaha

    ReplyDelete
  15. tudia.. look at the blood.. but worthlah sebab nak cantik kan. nowadays too much of pollution in our country and makanan nowadays pung dah macam2 and may caused the inner beauty rosak and lama2 timbullah kat muka. kena jagalah sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  16. tengok gaya dr ni demo menakutkan...rawatan ni katanya memberi kesan efektif..mesti mahalkan harganya fuhhh

    ReplyDelete
  17. Vampire treatment looks really interesting but it also looks really painful as well, I always wanted to try but now I'm having second thoughts but beauty comes at a price, maybe someday I'll have the courage to try it.

    ReplyDelete
  18. Sekarang ni dah banyak treatment macam Vampire dan suntikan. Teringin nak buat tapi takut. Hehhe Nak cantik kena lah sabar dan tahan kan. Harga berbaloi promotion sempena Raya tu. Memang kena grab.

    ReplyDelete
  19. sekrang ni bnyk rawatan guna darah kita sendiri. lebih selamat gitu.

    ReplyDelete
  20. Menarik ni. Saya sendiri pernah buat rawatan PRP. Tapi bukan di muka tau. Saya buat untuk rambut.

    ReplyDelete
  21. tak pernah dapatkan rawatan macam ni.. macam ok je. sakit tak rawatan tu?

    ReplyDelete
  22. well they nailed the vampire concept..with the blood flowing on the face...it sounds rather interesting how they abstract blood from the patient and put it back in...well, in this way there's hardly any side effect...since its "formulas" from our own body. Bless the souls that are afraid of needles though...

    ReplyDelete
  23. Scary nampak darah-darah semua tu. Tapi orang cakap, beauty is pain kan. Kalau berkesan, apa salahnya.

    ReplyDelete
  24. Macam best je rawatan nih. .Harga pun boleh tahan terbeliak biji mata tengok..walaupun dah bagi ubat kebas muka tapi tetap ngeri tengok muka kena inject

    ReplyDelete
  25. Nama dia seram.. tapi bila baca detail nampak okay je.. Ada rezeki, boleh lah cuba..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah