Thursday, May 24, 2018

Menu Ramadhan Ke 2 Dan Ke 3

Hi korang..

Alahai tengok balik menu ni semua terus rasa tak kuat..hahaha..sendiri yang upload sendiri terliur semula kan..padan muka asyik buat orang terliur ni diri sendiri terliur..bertabah la ye..lambat lagi nak berbuka..Ramadhan kedua jatuh padda hari Jumaat, Khamis SA cuti sebab uruskan mak keluar ward..so Khamis nyer menu dah publish last week..Jumaat SA kerja macam biasa..balik awal sebab SA masuk awal 7.30am..Selamba SA keluar 4.30pm. Sampai Seremban pukul 6.00pm, Memang tak sempat la nak masak..Amik grab balik rumah sampai- sampai je bau kari semerbak sampai kat luar..Acaner la jiran-jiran sebelah menyebelah kan..bau kari kambing abah masak ...huiii..berlari SA ke dapur nak tengok..terus buat video update kat IG..hahaha..sebenarnya lama x masak kari kambing kat rumah...

Sabar ye korang...entry hari ni menduga iman korang yang berpuasa...SA hanya kongsi je ye...mana tau korang dapat idea nak masak apa..


Kari kambing air tangan Abah


Pekasam Ikan Tilapia & Ikan tenggiri jeruk goreng..amik dari dalam kuali SA snap photo


Sayur kailan ikan masin


Ikan kerapu masak lemak cili padi campur bacang


Tuahu sumbat..


Kuih Lopes SA beli kat opis

Menu Ramadhan ke 2 memang Abah yang masak dan SA tak usik apa pun...kecuali menu Ramadhan ke 3 kat bawah ni..seawal pagi dalam pukul 10pagi SA dah masak dah. Mak nak pi cuci darah so kena bawakkan bekal abah ngan mak..masak 2 jenis lauk je dulu..adik bongsu balik..SA plak ada event Jalan Jalan Japan dan bawak Dania..event start 2pm - 4pm, balik dari event terus sambung masak lagi...


MENU SABTU


Peria goreng berlada..ikan bilis garing lebih


Sambal Ayam Kampung


Salted Egg Prawn


Broccoli mushroom


Tongkeng ayam goreng

Itu je kisah menu ramadhan ke 2 dan ketiga..Ramadhan ke 4 kita citer kat entry lain..sebabnya SA tak join berbuka kat rumah..SA berbuka kat 9Kedondong untuk preview Ramadhan. Tapi diorang ni sepakat kenakan SA..time SA sibuk amik gambar kat tempat event, diorang whatsaap gambar makanan diorang nak berbuka..rasa nak nangis...dah 2 hari berbuka ngan diorang..tapi tanggungjawa sebagai blogger kena buat jugak kena la berkorban..nanti SA up entry menu Ramadhan ke 4 tu..

Jumpa lagi next entry

30 comments:

  1. menu 1st and last tu fav nya....3 jam lg nk berbuka hehe...bersabar la perut hehe

    ReplyDelete
  2. Menu semua tip top.. ai suka.. dapnye..

    ReplyDelete
  3. stresssnya masuk blog sa ni hahhahaha tambah2 tenghari bulan puasa tapiii tetap nak masuk gak

    ReplyDelete
  4. Hadoi SA, semuanya sedap nie.. Lapar balik nie.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. memang terduga di duga dugaan menduga betull laaa

    ReplyDelete
  6. Kenapa kak??? Kenapa tayang dalted egg prawn tu ?? Menduga sungguh. :p

    ReplyDelete
  7. wah rajin SA masak ni..bagus2..rasanya tiap2 tahun SA update menu masakan berbuka kan..terbaek.

    ReplyDelete
  8. sedapnya semua menu.telan ailio ni.
    JanjiKita

    ReplyDelete
  9. Kak!!!! Kari kambing favv oiii...skali mkn ngan capati mmg terangkat la...hahahaha...share la resepi kak..teringin la nak buat..adoiii mana nakcari kambing ni hahhahaa...akak lauk raya shara la skit ade jgk idea raya nak msk ape hehe

    ReplyDelete
  10. Banyaknya makanan sedap-sedap kat sini. Salted Egg Prawn is my favourite and I always have with my children.

    ReplyDelete
  11. Bila la agaknya Kak SA nak ajak berbuka makan hasil air tangan nie? Lazat bukan main semua menu nie.

    ReplyDelete
  12. amboii kemain! meriah lauk dorang haaa. semua lauk kampumg lak tu. ar tangan sendiri lagi best kan sebenanrya dpd makan. puas’

    ReplyDelete
  13. Peegh kari kambing tu. Memang itula dish wajib kat rumah mak kinah sekarang haha. Hari-hari kambing sebab ayah request. Sabor je la. Semua menu akak ni memang menduga iman betul. Nasib kinah komen masa dah berbuka haha.

    ReplyDelete
  14. SA dan masakan tidak dapat dipisahkan... Kalau ada masa mesti nak masak sendiri kan! Kadang rindu nak rasa masakan sendiri... Lauk SA share semua nampak sedap!

    ReplyDelete
  15. First timw dgr pekasam ilan talapia.. selalunya ikan sepat puyu je hihihi.. seronok dpt masak mcm lauk tp liez mmg bulan puasa xmkn byk pun.. ratah lauk je tu pun sejenis je

    ReplyDelete
  16. Best yer macam-macam lauk berbuka SA. Huda buka dengan suami dan anak kecik , masak 1 menu jer. Makan ramai-ramai memang best lauk pauk macam-macam atas meja

    ReplyDelete
  17. amboi meriahnya lauk pauk dia. memang puas hati kalau dapat masak sendiri. keseronokan berbuka makin terasa..btw lauk pauk semua nampak sedap

    ReplyDelete
  18. Meriahnya menu2 Kak SA berbuka ya. Kalau sy buka di rumah, satu jenis masakan je. Beruntung betul kalau berbuka dgn Kak SA nie. Mcm2 ada

    ReplyDelete
  19. Kalau masak sedap macam ni tak payah dah pergi bazar Ramadan. Masak sendiri lagi puas makan. Kat bazar beli mahal ada Yang tak sedap .

    ReplyDelete
  20. Banyaknya menu iftar akak.memang meriah.at least bagi idea nak masak untuk berbuka nanti kan. Saya memang suka masak dan bereksperimen nih tau.nak nak bagi orang makan air tangan kita kan

    ReplyDelete
  21. Wow, menu Ramadhan dishes really tempting especially ikan masak cili. And the vegetable look healthy and my favourite dish too. Feel like to try the food and will share with my friends

    ReplyDelete
  22. Sukalah tengok meni kak SA masak. Semua lain daripada yang lain. Saya ni sampai tak tahu nak masak apa sebab nanti bosan. Haha

    ReplyDelete
  23. the food look delicious. Good job on cooking them. The fishes look so yummy and healthy to eat.

    ReplyDelete
  24. Wahhh sedap-sedap menu yang terhidang. Silap timing pulak tengok..hahaha. Kalaulah ada hidangan kat rumah macam ni, memang sis tak kuar dah cari makanan kat luar, dan sure berat badan sis akn bertambah tambah gitu..hehehe

    ReplyDelete
  25. Kak SA ni every week mesti up gambar makan. suka kita tengok, sebab sekurang-kurangnya senang plan nak masak apa. tapu tulah, pepagi blogwalking kesini memang mencabar perut di bulan puasa. kering tekak kita. huhuhu.

    ReplyDelete
  26. Lama tak makan tonkeng ayam tu.. Sedap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tongkeng ayam is my feveret jugak Sha.
      best.
      beli yg raw. goreng sendiri kat umah.
      kalau beli kat pasar mlm, 3 ketul dah singgit. mahal.

      Delete
  27. sedapnya menu! Anak beranak pandai masak

    ReplyDelete
  28. abah SA pandai masak. i like.
    abah aida plak, pandai merasa. dia tak suka, dia marah ha ha ha ah :)
    kebetulan ptg tadi mr.asben belek fb dia.
    ada resepi lopes. terus dia syor aida utk buat.
    hu hu hu hu seram nyer lah, SA. sejak jadik suri rumah ni, mr.asben main bagi aje resepi tau.
    hadoi lah :)

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah