Friday, May 18, 2018

Ramadhan Day 1| Resepi Betik Mengkal Goreng

Assalammualaikum...

Macam mana dengan First day Ramadhan korang..berjalan dengan lancar? Anak-anak yang baru belajar puasa tu memang menduga ibu-ibu kan..sure ada yang setiap saat saatanya bila nak Maghrib, SA dah lalui dulu dah masa dania umur 5 tahun. aYe dania start puasa half day masa umur 5 tahun dan alhamdulillah dia puasa penuh since umur 6 tahun..cuma sejak dah anak dara ni dia x boleh dh cukup puasa kan ..macam mana keadaan korang..okey ke x tu..seronok puasa kan..cuaca pun tak panas bagai memahami keadaan semua yang berpuasa..SA sepanjang hari memang x rasa lapar tapi lebih kepada dahaga..buka puasa pun banyak minum air je dari makan..

Bersempena bulan puasa ni SA nak share resepi rare skit ngan korang..ada ada anyara korang dah biasa ngan resepi ni..tapi maybe ada ada yang tak tau..tau kan betik mengkal? betik yang baru2 nak mencelah masaknya..yang masih hijau kulit dan ada ada sikit2 kuning..nak tau mengkal ke x senang je..korang beli yang ada ciri-ciri nak masak tu dan masih keras...resepi ni resepi mak SA dan dia selalu masak masak masa dia muda-muda dulu. SA dulu tak berapa suka..tapi sejak dh tua ni SA dah mula suka lauk lauk rare..

Resepi Betik Mengkal Goreng

Bahan- Bahannya
  1. 1 biji betik mengkal - dicincang
  2. Bawang putih 3 ulas - ditumbuk
  3. Bawang merah 4-5 ulas - ditumbuk
  4. Serai 3 batang di titik
  5. Ikan bilis segenggam - ditumbuk
  6. Cili padi 20 biji ikut suka pedas - ditumbuk
  7. Garam



Cara memasak


  1. Tumis bahan yang ditumbuk sampai naik bau dan pecah minyak
  2. Masukkan serai
  3. Masukkan betik yang dh dicincang
  4. Masak sehingga air dari betik tadi kering
  5. Digaul selalu agar bahagian bawah tidak hangus
  6. perasakan garam
  7. Siap
Mak SA cakap lauk li elok digandingkan dengan ikan masin goreng. Tak kisah ikan masin apa asalkan ada ada ikan masin. Dan semestinya lauk ni lauk lauat sebab akan akan buat korang makan bertambah. Kalau dh bertambah makan tu maknanya apa? Kelaut dalam la diet korang kan?

Hehehe..selamat mencuba ye....

30 comments:

  1. uishhh ni makan dengan nasi panas terangkat nih. macam somtam pun ada. mudah je nampak nk buat ni. bujang pun boleh kan. btw nak tnya guna mangga boleh tak

    ReplyDelete
  2. Tak Ternah tau plak khai bleh guna mangga ke x..maybe boleh tapi lain la resepinya kan..bukan mangga lebih kepada kerabu ke..hehehe..kena buat eksperimen dulu ni..kalau jadi nanti akak share resepi

    ReplyDelete
  3. 1st time dgr menu ni.. betik goreng . ..kalo betik pernh mkn mcm dlm somtam.. Tq SA share resepi ni. .Kot ada yg nk mencuba kn.. Senang je tgk cara2 nya tu

    ReplyDelete
  4. macam senang je nak buat ni, nak kena cari betik la

    ReplyDelete
  5. kak berbuka makan ni ke semalam? nampak sedap je tu kak dah lah bahan2 pun tak banyak sangat yang diperlukan. bolehlah ainy cuba kat rumah bujang ainy ni inshaaAllah. TQ kak share resepi rare. selamat berpuasa. 😍

    ReplyDelete
  6. sdpnya sis SA. prnh mkn sekali je seumur hidup.

    ReplyDelete
  7. wah!mak nieyl x penah buat..
    ini first time nieyl tgk n tahu resepi dia..tQ kak SA

    ReplyDelete
  8. First time dengar resipi ni kak. Tak tau betik tu boleh di buat masakan. Menarik sangat ni.

    ReplyDelete
  9. Sedap kak oiii...mak saya buat masak tumis. Memang menambah la makan nasi tu..kalau pandai masak memang sedapla

    ReplyDelete
  10. Rsnya pernah mkn dulu tp xigt rs mcm mn.xsemua org th pasal betik boleh dimasak kan.. tp ada yg xsuka sbb pelik..

    ReplyDelete
  11. Menu rare ni.. dulu masa arwah Wan ada memang antara menu yang dihidangkan.. sedap.. ;)

    ReplyDelete
  12. terliur tengok..dh lama tak makan betik goreng gini sebab tak de pokok betik, kalau kat kg husband diaorg selalu masak sayur manis betik dengan mentarang..

    ReplyDelete
  13. Apa nie Kak SA? Kenapa mesti share makanan lazat sebegini? Bahaya tau. Pecah liur Rawlins dibuatnya. Hahaha.

    ReplyDelete
  14. Sedapnya.. Kita suka makan time buat ratah2... Dulu xsuka langsung... Tp sejak arwah mak ajar mkn sblm dia meninggal, sllu makan kalau ada betik... Hehehe.. Paling tdk buat kerabu betik pastu makan dgn nasi panas...fuhh terangkat...

    ReplyDelete
  15. first time tahu pasal menu ni..macam rojak betik pun ada gak ni..telan ailio tgk masa siang hari ni wehh...

    ReplyDelete
  16. Wahh ika tak pernah cuba lagi betik mengkal.Nanti free kita hendak cuba buat.mesti sedap ni kan Sis Suria! Terliur Ika lihat menu ni.

    ReplyDelete
  17. First time saya tau yang betik boleh masak macam nih kak.saya banyak belajar pasal.masakan bila baca dari blog akak.contoh macam betik nih.tau betik boleh makan macam tuh saja dan buat minuman. Tak pernah lagi tengok betik mangkal boleh gorwng macam nih. Selalu tengok mangga, belimbing kan

    ReplyDelete
  18. Ni kalau makan dengan nasi panas-panas memang sempoi ni. Menu rare tapi baca pun dah tahu sedap. Healty food gitew. Thanks for the sharing. Nanti eiza nak cuba buat.

    ReplyDelete
  19. Tak pernah makan tapi pernah tengok. Nampak cam sedap je kan. Nanti nak cuba jugaklah buat bila ada masa lapang. Kalau nak beli yang dah siap, jarang pulak tengok orang jual lauk macam ni

    ReplyDelete
  20. Hahahaha Bro dapat ikan pekasam je dah bertambah-tambah nasinya.. kalau digandingkan dengan betik mengkal nie, tak tahu la apa jadinya nanti hahahah

    ReplyDelete
  21. Sedapnya SA, dulu arwah nenek Abang Man pun pernah masak macam nie. Kalau rebus cicah sambal belacan pun sedap SA..

    ReplyDelete
  22. Ya Ampun kak, memang mengancam ni. Kalau dapat ke onie memang onie dah ratah-ratah je haaaa sampai tak ingat orang belakanv,hahhaha..thank you kak sudi share. Nanti nak buatlah

    ReplyDelete
  23. Lia 1st time dengar menu betik mengkal ni sis SA. Dah macam kerabu betik thailand je. Tetapi yang ini ditumis dengan minyak. Teringin lah nak rasa menu unik ni nanti.

    ReplyDelete
  24. This looks interesting. Never seen or heard of this dish before. Is it good to have with meals like rice or eat on its own?

    ReplyDelete
  25. Looks like a great way to start your dinner, ngam ngam I've got one papaya left, will go get.Done ingredients and try this out, my mum will enjoy this dish.

    ReplyDelete
  26. tk pernah makan lagi ni. tk pernah dgr pun. tp nmpk boleh diterima tekak.

    ReplyDelete
  27. Senang gila cara nak masak dia. Bulan puasa ni kena tengok blog SA selalu, boleh masak resepi lain-lain.

    ReplyDelete
  28. menarik lah resepi ni.. nnti nak try lah..

    ReplyDelete
  29. Tak pernah makan masak camnie.. Selalu buat masak asam rwbus je.. Idea menarik nie.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah