Friday, May 25, 2018

Amalan Bertukar Juadah Di Bulan Puasa Semakin Di Lupakan

Hi korang....

Setuju tak dengan tajuk yang SA cuba nak kupas ni? Zaman bertukar- tukar lauk masa tahun 1980an dulu semakin dilupakan..tapi tak semua la kan..kepada yang masih amalkan tu memang best..Macam SA di bandar memang tak pernah nampak lagi la amalan- amalan bertukar juadah ni. Kat ruamh SA kat Seremban pun takde lagi..dah 8 tahun dah duduk taman tu..memang jiran pun susah nak kenal serta bertegur sapa. Teruk betul kejiranan. Maybe sebab takde orang tua kot..kebanyakkan mereka semua family muda- muda yang bekerja. Macam dah takde keseronokkan plak bila tiba bulan puasa. Kita bukan la nak mengharapkan balasan atau sebaliknya. Tapi amalan bersedekah tu patut menjadi amalan atau kebiasaan. Bukan di bulan puasa aje tapi bulan- bulan lain atau hari- hari lain jugak..Insyaallah murah rezeki..Konsep sedekah tu kan luas...


Zaman sekarang teknologi semakin maju..takkan nak hantar gambar jer update kat media sosial. ye tak?Memang mata je la kenyang tengok juadah orang..hehehe...

Pengalaman SA tentang bertukar juadah ni sangat menyedihkan. Ni SA cerita based on pengalaman la kan tapi bukan di bulan puasa. Ada rezeki lebih skit sedekah kat jiran sebelah rumah. Okey lah dia ambil..tapi bertahun dah pinggan, besen, mangkuk tak dipulangkan...hehehe...sampai macam tu sekali. Kami takde la nak balasan..tapi pulangkan aje la kan benda tu semua. Malu nak pulangkan kat tangan, letak je kat atas beranda depan rumah. SA faham la..ye la..tak semua orang mampu ye tak..tapi adab tu kena la pelihara...betul tak?

Apapun amalan bertukar juadah ni patut dikekalkan untuk mengeratkan lagi silaturrahim sesama insan..Tak tertakluk kepada kaum melayu sahaja, kalau nak sedekah juadah pada kaum lain pun boleh rasanya..yang penting niat kan..kadangkala faham jugak masalah semua orang, maybe tinggal di kejiranan yang kurang orang melayu, kiri kanan bangsa lain. Tapi setakat nak bagi jiran merasa juadah kita boleh je hantar. Ye tak...SA dulu pernah la tinggal di kejiranan bukan melayu. Klau mak SA buat juadah minum petang..memang bagi sepiring untuk jiran rasa. Esoknya dibalas dengan buah- buahan bukan makanan. Sebab mereka pun faham kita orang islam sangat menjaga bab makanan. Lama dah terputus hubungan dengan mereka..entah kat mana la mereka sekarang..Kepada korang yang masih mengamalkan bertukar juadah, tahniah...teruskan amalan tersebut agar tak pupus ditelan zaman..kalau berbalas juadah kat whatsaap macam mana nak kenyang kan?

Jumpa lagi next entry....

28 comments:

  1. setuju ngn SA, zmn skrg dh makin kurang semua tuh...
    thn lps dana ada jgk la bg hidangan berbuka pd jiran2 sebelah umah, tp ada jgk yg mcm tak suka pula... jd tahun ni dana msk mkn sndiri2 jelah.... jiran2 pun takde sgt...
    walau kadang mmg rindu ngn amalan tukar2 juadah ni mcm masa kecik2 kt kampung tuh, cumanya kt kampung sampai skrg ada je amalan gini

    ReplyDelete
  2. Di kampung dulu mungkin ye tapi sekarang masing2 dengan dunia masing2. Nak share makan, bukan semua mampu dan nak jumpa pun susah memasing sibuk dengan hal masing2 (walau bukan semua)

    ReplyDelete
  3. bukan di lupakan, kdg tu. Ada orang risau makan pemeberian orang luar. Zaman sekarang macam-macam juga. Macam kami, jiran tetangga kat apartment tu, ada juga hulur2

    ReplyDelete
  4. itulah kan..saya pun takde tukar-tukar juadah ni.
    JanjiKita

    ReplyDelete
  5. mungkin diorang segan nak bg rasa masakan diorang takut x sedap.

    ReplyDelete
  6. Aah akak, setuju sangat2. Kat bandar ni takyah cakap la, memang takde dah bertukar juadah ni. Maybe sbb mostly beli kat bazaar kot. Tp kat kampung emi pun takde sangat dah amalan bertukar juadah ni. Jarang la...dlm sebulan puasa tu ada la sekali dua je.

    ReplyDelete
  7. Kalau kat kampung Rawlins (Sibu, Sarawak), kami masih lagi aktif bertukar juadah. Kat sini, Rawlins tak pernah lagi try buat sebab Rawlins pun tak masak hahaha

    ReplyDelete
  8. aduiyai kalau kat umah iolls ni memang tak ler, jirannyer cino dan orang arab hah

    ReplyDelete
  9. wah menarik jugak dengar amalan bertukar juadah di bulan puasa ni kan..betul, rasanya tak pernah lagi buat dengan masyarakat setempat, kalau setakat sesama family tu pernah jugaklah hehe..Maybe sebab peredaran zaman sekarang ni yang semuanya pon nak cepat, dengan itu ini lagi kan so susah nak catch up dengan these kind of thing..Hopefully some other time perhaps kita boleh try hidupkan balik amalan macam ni kan 😊

    ReplyDelete
  10. Kat area rumah ada buat especially jiran sebelah. Rajin dia bagi 1 mangkuk kaca besar yg selalu org buat koktail tu dia letak lencikang. Siap bahan lencikang dan 1 plastik ais. Memang rezeki. Lalu dibalas pula juadah kita.

    ReplyDelete
  11. rindu jugak! sekarang macam susah je nk ada tukar tukar juadah ni

    ReplyDelete
  12. Betul akak saya masih ingat lagi masa kecil kat kawasan felda ni memang meraka saling hari-hari sebulan puasa tu mesti tukar juadah dengan jiran. Kalau kita masak satu kuih tengok petang jer dah ada 2 3 jenis orang hantar pastu kita balas seronok sangat. Kat kota jer orang dah makin lupa budaya baik ini..

    ReplyDelete
  13. Teringat akak zaman akak kecik dulu..mak dan jiran bwrtukar2 juadah..mmg best sangat sbb dpt rasa juadah org lain..tp sekarang xde dh amalan gitu kan

    ReplyDelete
  14. Betu tu sa. Tapi macam tempat ayu kitaorang tukar juadah kat surau. Yg mana setiap famili bw juadah dr rumah dan berbuka kat surau. Meriah jugak hehehe

    ReplyDelete
  15. Dah lama tak merasa amalan bertukar juadah nih kak. Rindu sangat amalan nih. Sekarang nih semua sibuk dengan hal.masing masing. Rindunya zaman dulu

    ReplyDelete
  16. Ohh.. ada ya tukat menukar juadah. Kayaknya seru tuh. Ini bisa meningkatkan silaturahmi antar teman, keluarga dan tetangga. Hal semacam ini mesti di budayakan kembali.

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah amalan bertukar2 juadah semasa bulan ramadhan di tempat saya masih berlaku. Since sy dari komuniti jawa, kitorg panggil aktiviti nie “munjung”. Mmg best dpt tlg ibu bungkus2 makanan utk diedarkan

    ReplyDelete
  18. Hmm kalau rumah, uzu memang tak amalkan bertukar juadah dengan jiran sebag rumah takda jiran. kat KL ni pulak memang tak kenal kiri kanan hahhaa ada pun pena berkala kat sebelah pintu. Selalu masak tapi tak berpeluang nak bagi lauk kat dia haaha

    ReplyDelete
  19. I don't know much about the ins and outs of puasa. But I know that in this holy month especially, we have to try to better ourselves and become better individuals.

    ReplyDelete
  20. hihi. yang tu memang mek skong. ada yang jenis buat harta kat rumah dia. so mek ambik pendekatan dengan letak dalam plastik terus. macam bungkus kat kedai. gituu

    ReplyDelete
  21. I remember this when I was young and many neighbor always gave us a load of kuih and in return my mom will buy for them too... now seems lesser cos as we can see those neighbor now are all youngster... no more adapting to this culture like the olden days.

    ReplyDelete
  22. Ya kak, nak nak kalau kami yang bujang yang jenis tak masak ni kan. memang tak kan pernahla buat. Hope one day berpeluang

    ReplyDelete
  23. Kalau dekat KL ni susah dah nak jumpa kan, tapi kalau dekat Pahang ada lagi. Seronok bertukar juadah dengan jiran semua.

    ReplyDelete
  24. rindu sangat moment ni.. dulu time petang ja mesti mak suruh p hantar dekat jiran.

    ReplyDelete
  25. Momen paling dirindui.. Sekarang nie walau hidup berjiran tapi tak ada dah bertukar juadah.. huhuhu..

    ReplyDelete
  26. setuju sangat, dulu kecik2 banyak sangat menu bertukar dengan jiran.

    ReplyDelete
  27. alhamdulillah.
    kejiranan aida ni masih buat tukar juadah utk berbuka SA.
    tak la tiap hari.
    3-4 hari sekali.
    memasing bekerja, jarang dpt masak tiap hari.
    dia memberi, kita membalas. best!
    biasa nyer kami bertukar dessert.

    ReplyDelete
  28. Masih lagi tukar juadah dgn jiran sampai sekarang. :) Tak banyak. Sikit pun jadi la hee. Sharing is caring.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah