Thursday, December 27, 2018

Kurangkan Penampilan Garis- Garis Halus & Kedutan Dengan Murad Dew A Little

Hi korang....

Wanita dan kecantikkan, tak kisahlah mekap atau skincare sememangnya berkait rapat..tak sesuai cubaan pertama cuba lagi produk lain sampai betul-betul sesuai dan puas hati. Adakala berjaya, adakala kurang berjaya dan ada juga mengalami masalah akibat produk tidak sesuai...namun usaha wanita untuk kelihatan cantik tidak tidak pernah pudar..

Baru-baru ini SA diperkenalkan dengan produk  dari MURAD iaitu Dew A Little Travel Pack yang best sangat. Kenapa SA kata best? Sebab ianya sangat sesuai digunakan semasa kita travel tak kira di mana jua. Bukan setakat digunakan untuk muka sebaliknya boleh disapu pada persekitaran leher juga. Tekstur yang sangat ringan dan packaging yang comel sememangnya sesuai di bawa dan disimpan di dalam tas tangan.




Apa kehebatan Dew A Little Travel Pack?

  1. Meningkatkan Keupayaan Kulit untuk menarik dan mengekalkan keseimbangan air serta kelembaban pada kulit
  2. Penghidratan 24 jam dan tahan lama
  3. Kurangkan penampilan garis- garis halus dan kedutan pada wajah
  4. Sesuai untuk light travel.
  5. Melembapkan kulit

Bahan - bahan utama

Teknologi asid hyaluronik maju
Meningkatkan keupayaan kulit untuk menarik dan mengekalkan air jauh di dalam permukaannya untuk penghidratan yang sengit, tahan lama.

Ekstrak kelapa
Menyediakan pengekalan kelembapan yang lebih baik untuk menghalang dehidrasi dan memberi kulit tekstur licin muda.

Mentega Shea, alpukat, bunga matahari dan minyak buah zaitun
Membantu memulihkan kelembutan dan menyokong halangan kulit yang sihat.


Jenis kulit manakah yang bagus untuknya?
  1. Kering
  2. Gabungan
  3. Normal
  4. Sensitif
Dirumus tanpa:
  1. Parabens
  2. Sulfat
  3. Phthalates
  4. Gluten





Cara Penggunaan

Digunakan waktu pagi dan malam.Urut secara merata ke muka, leher dan dada. Ikuti dengan pelindung matahari Murad pada siang hari.

Bahan - bahan lain yang terkandung dalam Dew A Little Travel Pack

Water/Aqua/Eau, C12-15 Alkyl Benzoate, Glycerin, Dicaprylyl Carbonate, Cetearyl Alcohol, Butylene Glycol, Ethoxydiglycol, Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Phenoxyethanol, Cetearyl Glucoside, Xylitylglucoside, Phenyl Trimethicone, Helianthus Annuus (Sunflower) Seed Oil, Cocos Nucifera (Coconut) Fruit Extract, Polyacrylate Crosspolymer-6, Acrylamide/Sodium Acryloyldimethyltaurate Copolymer, Anhydroxylitol, Isohexadecane, Chlorphenesin, Allantoin, Urea, Xanthan Gum, Glucosamine HCl, Xylitol, BHT, Bisabolol, Dipotassium Glycyrrhizate, Disodium EDTA, Ethylhexylglycerin, Laminaria Digitata Extract, Olea Europaea (Olive) Fruit Oil, Persea Gratissima (Avocado) Oil, Saccharomyces Cerevisiae Extract, Tocopheryl Acetate, Polysorbate 80, Sodium Hyaluronate, Retinyl Palmitate, Avena Sativa (Oat) Kernel Extract, Yeast Amino Acids, Betaine, Inositol, Taurine, Trehalose, Magnesium Chloride, Palmitoyl Dipeptide-5 Diaminobutyroyl Hydroxythreonine, Palmitoyl Tripeptide-5, Tetradecyl Aminobutyroylvalylaminobutyric Urea Trifluoroacetate




Kalau korang nak tau..92% melaporkan garis halus dan kedut kelihatan kurang kelihatan selepas 1 minggu. Hebat kan? SA dah mula guna dan sangat suka..buat masa ni dah nampak sedikit perubahan pada kulit muka. SA nak terus gunakan...Sebab apa SA suka? Kerana ia adalah Penyelesaian untuk korang yang mengalami kulit kusam, kulit kering,garis halus dan kedutan. Memandangkan SA pun dah berusia 40 tahun maka sesuai la SA amalkan Murad Dew A Little ni..Kena jaga dari sekarang kan? Supaya kulit sentiasa sihat.

Berminat?


37 comments:

  1. Alhamdulillah,sekarang banyak produk kecantikkan diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi...tumbuhan,buah-buahan dan bunga-bungaan..

    ReplyDelete
  2. Saya pun suka MURAD kak, sebab sesuai dan serasi dengan kulit saya. CUma hat ni belum try lagi

    ReplyDelete
  3. Kita pun ada garis penuaan hehehe tapi boleh ker kulit laki guna kesan tak wakakakaa. Nanti nampak awek muda lah kita lepas ni hehehehe....

    ReplyDelete
  4. Wahh makin banyak pilihan produk di pasaran sekarang kan? Tapi yang penting kena lihat kesesuaian kulit juga dan yang paling mustahak, sihat dan berkualiti. Suka konsep packaging yang memudahkan ia dibawa untuk travel. Bolehlah cadangkan pada teman-teman travel jugak ni!

    ReplyDelete
  5. Kita dah dengar lama pasal MURAD dan my aunt pengguna tegar nie. Sesuai sangat dengan dia sebab dia kulit dia always nampak hydrated. Perhaps Rawlins pun kena pakai lepas nie nampaknya.

    ReplyDelete
  6. wow.. statistik mcm menarik.. 92% report positively in 1 week! that's a really good one!

    ReplyDelete
  7. bagus lah cream ni, tertarik pula nak beli. kebetulan face cream dah nak habis ni

    ReplyDelete
  8. Sounds like a very good product and easy to bring it everywhere. Muka saya pun dah start nampak kedutan halus. I better try this product soon.

    ReplyDelete
  9. Nampak bagus.. Kita penah try sunblock dia..mmg superbb!

    ReplyDelete
  10. Bebas dari bahan kimia tu yang penting kak. Boleh lah guna tanpa was was kan.

    ReplyDelete
  11. Murad is a nice brand also trusted because it's from USA. I have yet to try this new product. it looks promising tho. time for me to check it out at the outlets

    ReplyDelete
  12. produk dari murad tak pernah mengecewakan

    ReplyDelete
  13. airah pernah dengar brand ni.memang bagus sangat tak sabar nak try sendiri. best la SA lepasni kulit cantik

    ReplyDelete
  14. Pernah dgr juga brand Murad ni..
    Bagus utk kulit yg kering brand Murad yg ni,
    Dan wow boleh hilangkan garis2 wajah ..
    Superb ni..

    ReplyDelete
  15. Pernah p facial ngan murad skin... bab2 beauty ni sis memang suka. hehe... dah masuk zaman kecemasan ni lagi lah kalut aih

    ReplyDelete
  16. banyak product skrng yang bagus2. janji rajin nak tepek kan kak..
    barula kulit bersih cantik insyallah =)

    ReplyDelete
  17. Nampak gambar macam besar je SA tapi rupanya untuk travel. Pernah dengar juga brand ni. Kita guna brand yang sesuai dengan kulit kita je. Kalau ngam, teruskan penggunaan.

    ReplyDelete
  18. Brand Murad ni dah lama, kan. Mmg jenama yh dipercayai

    ReplyDelete
  19. Produk Murad ni mmg dh popular kan. Bagus juga produk ni untuk hilang2 cela-cela. Kulit makin tua makin tebal.Boleh suggestkan kt mak ni. Mesti dia suke.hehehe

    ReplyDelete
  20. Pelembab tak dapat dipisahkan dengan skin sebab tanpa pelembab confirm cepat berkedut nanti. Patutla kulit sis makin cantik dan awet muda. Ni rahsianya.. butter shea tu ena suka sebab kulit memang lebih moist penah baca kandungannya. Tak rugi sis guna.

    ReplyDelete
  21. Kita ada juga dekat rumah. comel sangat kan..boleh bawa pergi mana-mana. Produk murah memang best. Nad pakai yang ni best je muka.

    ReplyDelete
  22. Wah, saya pun ada problem fine lines kat muka ni. Produk Murad nampak best la sebab semua kandungan bahan tu yang elok dan terbaik untuk wajah, siap dengan minyak zaitun. Lagipun traveling size senang nak angkut ke mana2 pergi..

    ReplyDelete
  23. patut la SA nampak muda sentiasa. Pakai produk ni rupanya. Mesti ada dlm handbag sentiasa kan

    ReplyDelete
  24. Wah!! Murad dah ada travel pack.. Baguslah.. AM suka produk kecantikan yg berasaskan bahan semula jadi.. Lebih diyakini bila nak gunakannya.. AM nak beli n cuba la.. Senang nak gi travel nanti.. Terima kasih atas perkongsian informasi ini yea

    ReplyDelete
  25. Memang dah lama dengar product Murad ni. Tapi tak pernah try. Ramai kata best. Rasa macam nak cuba lah sebab umur makin meningkat ni kan. Tak nak kedutkedut-kedut naik.. Hehe.. Thanks for the info SA.

    ReplyDelete
  26. Sis pun baru cuba produk ni. Ramai yang kata produk MURAD ni bagus sebab tu sis berani nak cuba..lagi pun muka sis ni dah banyak sgt line2 dah ni

    ReplyDelete
  27. Nak kena try juga ni, biar lambat kesannya janji tanpa bahan larangan kan...

    ReplyDelete
  28. Kita ada jugak terima produk ni. suka sebab dia ringan je bila apply. nanti kita review :)

    ReplyDelete
  29. bila usia kian meningkat ni SA, kita perlukan produk yang sesuai dengan usia kan.. MURAD satu jenama yang bagus

    ReplyDelete
  30. Produk ni dah lama dekat pasarankan cuma mayb selama ni markering dia kurang. Bolehlah usya MURAD untuk kulit muka lepas pantang nanti.

    ReplyDelete
  31. Nampak menarik penerangan SA tentang krim murad! teringin nak guna jugak!

    ReplyDelete
  32. Bestnya pakai skincare brand Murad kak. Produk ni memang trusted and reliable. Patutlah akak Nampak muda je, sampai orang ingat kakak Dania kan heheh.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah