Monday, December 10, 2018

Apabila Semua Serba Tak Kena.....

Hi korang...

Kadangkala SA tak faham dengan sesetengah orang...kadangkala rasa nak marah dan nak hentam balik. Tapi bila difikirkan semula..nak marah pun takde faedah....tapi apa jer yang kita semua nak buat..buat bodoh makin menjadi- jadi bab kecam mengecam ni...tapi perasan tak setiap situasi tu sememangnya berlaku antara diri kita dan orang- orang terdekat?SA bukan la bekerja sahaja, SA pun berniaga jugak...ragam orang- orang terdekat ni memang adakala buat SA rasa geram...tapi SA mampu bertabah aje la....

Korang pernah berhadapan dengan situasi di bawah?



👉Artis jual produk kurang berkesan kat kau, kau diam tak komplen.
Kawan kau jual produk kurang berkesan kat kau, kau minta refund siap viralkan di fb.

👉Guardian jual produk cuci muka import tak ada tanda halal dan kkm, kau beli tak bising dan pakai tanpa was-was.
Kawan kau jual produk lambat dapat halal dan kkm, kau kata produk kawan kau tak berkualiti dan tak bagus malah rasa was-was walaupun kau tau kawan kau tu Islam.

👉Bakers homemade buat kek siap bedeko bagai nk rak..sanggup perah idea sampai tak tido..jual rm100 pon ko kate mahal!!!
SR jual kek bulat kosong tak ade deko harge ratus2 rilek je ko beli..padahal ko pon tak tahu yg buat tu org islam ke tidak..kebersihan proces dr kilang terjamin ke tidak?

👉Ayam Kepsi seketul RM4 kau kata murah. Jual satu set kentang, ayam, air RM6.90 kau kata berbaloi.
Kawan kau jual ayam goreng tepung RM3 seketul kau kata mahal.

👉Kedai Torchlight Nasi Kandar jual nasi, ayam goreng, kuah kari caj kau RM7 kau kata murah dan bayar tanpa komplen.
Kawan kau jual nasi, ayam goreng, sayur, kuah caj kau RM6 kau kata dia jual mahal macam nak naik haji cepat.

👉Bertabahlah wahai sahabat bila berniaga di Malaysia. huhuhuhuhu

Kawan2 nk support berkira.. memilih pulak tue..
Tolongla support kawan2 buat business..tak kisah la business apa pun..

Yang paling best....bila bagi FREE...dia dulu nak....😂😂😂


10 comments:

  1. menyampah kan dengan manusia macam ni haha. sha kalau kalau menjual kan, kadang benda takpakai pun sha nak beli jugak sebab nak support

    ReplyDelete
  2. bwk bersabar la SA, mmg kadang2 kwn2 terdekat yg tanpa sedar yg buat kita gitu...
    dana pun biasa kene gitu masa rajin memanik dulu, tp tulah rezeki masing2 kan

    cuma kadang kecewa jgk, org terdekat atau kwn2 yg kadang tak blh nk support kita

    ReplyDelete
  3. Tak suka manusia macam ini.. Memang tak bagus buat kawan.. Patutnya supportlah bisnes kawan-kawan..

    ReplyDelete
  4. Letih kan layan kalau ada kawan macam nie kan SA..

    ReplyDelete
  5. manusia ni mcm@ ragam..kalau org macam ni memang perit la buat kawan..

    ReplyDelete
  6. Betul tu, cuma peniaga je tau macammana kena perasaan camni. Sebab tu orang luar lebih senang beli daripada kawan dan saudara sendiri..sabarla ye kak..

    ReplyDelete
  7. haha begitulah ragam manusia kak... kena pandai discount dan tapis org macam tu

    ReplyDelete
  8. mmg susah kan SA ...
    kitorang pun bisnes katering, mmg menahan ja orang cakap harga mahal lah,
    itu lah ini lah , hiks.

    ReplyDelete
  9. dah jadi kebiasaan manusia sekarang ni, kerja nak buat org down je. kalau bab bisnes ni lagi la. org dedekat jugak yg buat spoil kdg tu.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah