Tuesday, December 4, 2018

Tokio Marine Memenangi Anugerah Kepimpinan ICON Jenama BrandLaureate 2018


Tokio Marine membuktikan kehebatannya untuk menjadi peneraju dalam industri dengan memenangi Anugerah Kepimpinan Industri ICON Jenama BrandLaureate 2018 di bawah kategori 'Penyelesaian Insuran'.

Majlis anugerah yang berlangsung di Hotel Masjetic pada 26 November 2018, turut dikenali sebagai acara berprestij yang memberi pengiktirafan kepada jenama yang telah memenuhi standard kecemerlangan dengan menerajui inovasi trend, produk dan perkhidmatan.

CEO of Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd. Mr Toi See Jong (second from right) received The BrandLaureate Industry Champion Brand ICON Awards 2018 - Insurance Solutions award. 

Dengan tema tahun ini, ‘Capitalise Your Leadership to Crystallize your Brand’(Memperkukuh Kepimpinan untuk Mencipta Jenama Anda), anugerah ini mengiktiraf kemampuan Tokio Marine untuk terus mengikuti teknologi yang sentiasa berubah dengan memodenkan perkhidmatan mereka.

Peneraju dalam Pendigitalan Insurans

Tokio Marine telah mengambil langkah berani dalam pendigitalan beberapa perkhidmatan mereka. Tokio Marine Life adalah syarikat insurans hayat pertama yang menawarkan kemudahan pemeriksaan wang yang tidak dituntut dan antara yang pertama memberikan penyerahan tuntutan dalam talian melalui laman web mereka. Perjalanan transformasi digital Tokio Marine Life bukan sahaja mewujudkan pengalaman pelanggan yang lebih baik tetapi juga meningkatkan produktiviti
anggota agen. T-Marine Pro, aplikasi perniagaan telah diwujudkan bagi memastikan penyerahan jualan yang lebih cepat dan mudah oleh ahli agensi.

Tokio Marine Life wins The BrandLaureate Industry Champion Brand ICON Awards 2018- Insurance Solutions. (From left to right) Deputy CEO Mr Yoshiaki Okabe and CEO Mr Toi See Jong received the award at the gala dinner night

Membuktikan kedudukannya sebagai peneraju industri, Tokio Marine Life merupakan syarikat insurans hayat untuk menaja jamin insurans hayat internet pertama di Malaysia. Dengan memanfaatkan kuasa teknologi, Tokio Marine terus membangunkan pelan insurans hayat yang mampu dimiliki melalui inovasi digital akhir-ke-akhir.

Tokio Marine Life juga memperkenalkan insurans hayat yang mampu dimiliki bagi kumpulan B40 di bawah inisiatif "Perlindungan Tenang" oleh Bank Negara Malaysia. TokioMarine-StarterPack boleh dibeli dengan mudah melalui laman web dengan hanya RM6 sebulan *, tanpa memerlukan penaja jaminan perubatan. Ini adalah usaha berterusan bagi syarikat untuk meningkatkan perlindungan insurans bagi seluruh rakyat Malaysia.

Pada tahun depan, Tokio Marine Life juga akan melancarkan aplikasi mudah alih yang dikenali sebagai “OneTokio” yang membenarkan pemegang polisi untuk mengakses maklumat lebih terperinci terhadap polisi dan kemudahan kemasukan ke hospital. Pelanggan juga boleh menikmati faedah melalui program kesetiaan yang dikaitkan dengan rakan kongsi perniagaannya.

Tokio Marine Life is proud to be The BrandLaureate Industry Champion Brand ICON Awards 2018 - Insurance Solutions award recipient. (From 2nd left to right)  Head of Corporate Solution Ms Silva Foo,  DCEO Mr Yoshiaki Okabe, CEO Mr Toi See Jong and Head of Corporate Communications, Mr Wilson Tang.   

Inisiatif-inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen Tokio Marine dalam memberi kesan positif terhadap seluruh masyarakat dan menyumbang kepada pertumbuhan industri insurans hayat yang berterusan.

Mengenai Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd

Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd (“Tokio Marine Life”) mempunyai kehadiran selama 70 tahun di Malaysia dan mempunyai kekuatan kewangan dengan jumlah aset sebanyak RM8.48 bilion **. Hari ini, Tokio Marine Life adalah ahli Tokio Marine Group di Jepun dengan lebih daripada 36,900 pekerja, 46,000 ejen dan beroperasi di 483 bandar di 38 negara di seluruh dunia. Syarikat utama Tokio Marine Group, Tokio Marine & Nichido Fire mempunyai kekuatan kewangan yang bernilai lebih daripada USD208 bilion dan mempunyai penarafan kredit A+ oleh Standard & Poor's Aa3 oleh Moody's dan A++ (Stable) oleh A.M. Best.

*Tertakluk kepada terma dan syarat
** Sehingga 31 Disember 2017
⁺ Setakat 18 April 2018

7 comments:

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah