Wednesday, December 12, 2018

Resepi Masak Lemak Cili Api Ketam By Suria Amanda

Sebenarnya dah buntu tak tau nak update apa..terus teringat nak share resepi ketam masak lemak cili api ni...konsep nya sama jer macam masak lemak cili api biasa yang SA masak..cuma untuk ketam ni SA masakkan santan dulu baru masukkan ketam sebab ketam cepat masak kan...ketam jarang jadi lauk kalau kat rumah ni..maksud SA memang jadi untuk ratah jer la..bukan jadi lauk dimakan dengan nasi..si bertuah anak dara SA tu lagi plak..kalau masak ketam dia malas nak kopek sendiri..satu hal mama leka kopekkan ketam dan dia menyuap isi...demi anak nak bermanja memang kena layan la..nasib sorang anak..kalau 10?

Masak ketam ni tak renyah...senang je...paling cepat masak...jenis SA suka masak ketam sekor2 tak buang cengkerang dia..syaratnya basuh bersih la ketam tu dan buang hujung penyepit tu..selalunya bab penyepit ni jadi rebutan sebab isi penuh kat situ...kan?



Resepi  Masak Lemak Cili Api Ketam

Bahan- bahan

  1. Cili Api ( tahap kepedasan ikut suka)
  2. kunyit hidup sebesar ibu jari
  3. Serai 5 batang / daun kunyit sehelai (option kalau dah letka serai x perlu daun kunyit)
  4. Santan 1 biji Kelapa
  5. Asam Keping ( 1 keping)
  6. bahan no 1-2 di tumbuk lumat

Cara- cara masak
  1. masukkan bahan no 1-4 dalam kuali
  2. biarkan seketika
  3. kacau selalu agar tidak bertahi minyak
  4. Biarkan mendidih 
  5. masukkan ketam, gaul- gaul selalu sampai ketam bertukar warna
  6. perasakan garam
  7. sedia di hidang

Ketam ni akan cepat masak dan akan keluarkan rasa manis dalam masakan...pastikan dapat ketam yang betul- betul fresh..kalau nak ketam isi penuh, beli masa bulan penuh...itu petua abah SA la..bila masa or tarikh bulan penuh tu SA kurang faham..orang tua- tua faham la...

Selamat mencuba...

29 comments:

  1. MN memang tak reti nak kopek ketam,kalau kopek mesti isi ketam tu tak keluar, kena ada teknik ke macam mana...adik makan ok je hahaha

    ReplyDelete
  2. Lama juga tak makan ketam masak lemak cili padi ni. Adudududu... Terliur sudah mengingatkan..hehe..

    ReplyDelete
  3. Lama x mkn mknn yg masak lemak sbb kena control mkn 😂😂😂

    ReplyDelete
  4. hehe negori dan masak lomaknya berpisah tiada kan SA :)

    ReplyDelete
  5. Suka makan ketam jugak Sa. Kalau ketam ni selalu masak ketam bercili atau goreng ketam je. Tak pernah masak lemak cili api lagi. Kalau masak lemak ni Dania suka sangat. Ketam je dia tak makan sangat.

    ReplyDelete
  6. Yup masuk santan dululah sebab ketam senang masak. Haritu Bella masak sampai tak potong hujung penyepit. Hahahah. Bnyk isi tak ketamnya sekarang? Kata org beli masa tarijh tertentu nak isi bnyk kan.

    ReplyDelete
  7. wa you can cook! I love the resipe. Hopefully one day I can cook like you too hehe. Crabs is a big challenge for me to cook haha

    ReplyDelete
  8. Aduhai.. terliur nya baca resepi SA malam2 ni..Esok kena g pasar cari ketam dan bahan-bahan buat masak lemak cili api ketam. Sedap yer ketam!

    ReplyDelete
  9. Ayiooo benci tau akak masak ketam cili api memang ini sangat membuat kita jelous yer sedapnya bila lah nak masak untuk kita ni hehehe teringin sangat mesti terbaik nak pergi juga rumah akak..

    ReplyDelete
  10. Ketam ni makanan kegemaran keluarga nad. Fariza suka giler makan ketam ni. Kalau masak setiap sorang kena satu.. Haahha. Ketam nad suka goreng, husbnd tak suka buat lemak. Tapi sekali sekala buat lemak sedap juga kan.. Nak dtg je rumah akk.. Hehee.. Boleh masakkan sedap2

    ReplyDelete
  11. tu dia aihhhh , bukak2 blog SA dapat menu ketam masak lomak pulak, suka ketam bunga, lagi2 kalau beli time bulan penuh, isi ketam pun penuh tapi harga pun nanti jadi mahal ...tapi takperlah sesekali apa salahnya...lanjer diri sendiri

    ReplyDelete
  12. Aduhh..sealants,kak dah lama tak mkn ketam,kat umah anak2 suka goreng jer.

    ReplyDelete
  13. Sedap ni masak lemak cili api ketam. Huishh mau bertambah nasi makan dengan lauk ni. Tak pun ratah je ketam tu kan heeeee.. sedapnyaaaa

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  14. Kegemaran cx ni tau! Memang cun habis! Sebab cx paling suka ketam dan lauk paling digemari is masak lemak. Hahah memamg in habis! Kalau cx sorang hadap, boleh berpinggan makan ni. Habis diet. Hehehe. Cx suka kopek isi ketam bagi orang makan. Rasa puas. Nikmat dia lain. Rasa macam adventure. Hahaa apa² pon cx suka gila lauk ni. Favorite habis!

    ReplyDelete
  15. Lama betul tak masak lemak cili api ketam ni, tengok gambar ni teringin pulak nak masak makanan kegemaran sis ni, tapi yg tak syioknya..si Aeysha tak berapa suka kalau sis masak lemak ketam ni..kalau masak nampak gayanya sis je le sensorang makan

    ReplyDelete
  16. yum yum! i always suka makan ketam, but probably not the blue crab given it is too thin, i will replace it with the mud crab (maybe tak halal right?) but masak lemak cili api certainly nice!

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  17. haha... baru tahu kena beli ketam masa bulan penuh utk isi ketam penuh ya. Masak lemak cili api ni mmg sedap dan mesti mkn nasi byk ni :) yum... yum...

    ReplyDelete
  18. sedapnya ketam. Saya suh suami beli ketam tak dibeli belinya. Haha
    Teringin nak masak lemak.
    Tapi kita tak reti la kak masak ketam kalau tak buang cengkerang dia tu.
    Haha

    Tengok org masak elok je. Kita mesti kena bukak cengkerang dia.

    ReplyDelete
  19. Kita pon tgh msk ketam masak lemak cili api.. Lauk fav .. Kalau sup ketam makan msa kene denggi je.. Hihi.. Tp sekali skala dpt mkn ketam sedap juga...kalau masak ketm jgn hrpla msk sikit..mmg xkan cukup..hahaha

    ReplyDelete
  20. babe... oh babe... u make me craving of crab now and reading thru your recipe.. guess what. i just had my crab order online to cook tonight... hahaha

    ReplyDelete
  21. nyum2.. yang kegemaran hubby TB dan TB gak ni.. dapat makan dengan sambal pedas or ulam ulaman dan telur masin ke sedap ni.. huhu.. ketam kegemaran kami sekeluarga.. kih3.. aipp.. harraz je tak try lagi.. hahah

    ReplyDelete
  22. Sama cara kita masak. Hehe. Nak masak ni senang je. Cuma kena buang rasa malas. Dulu saya malas gile nak masuk dapur. Padahal bukan lama pun masak. Nak sediakan bahan aje lama. Hehe

    ReplyDelete
  23. Sedapnya SA. Terliur pulak rasanya hehe. Dekat rumah ni jarang sgt makan ketam hee

    ReplyDelete
  24. saya tak makan sgt ketam, tapi anak saya si Iman, memang suka makan ketam.
    ekceli dia obses dgn ketam...
    kalau boleh dia nak bawa ketam tidur sekali, adoi!

    ReplyDelete
  25. Part makan ketam ni.. anak-anak suka makan tapi tukang kopeknya takde orang lain dah.. ibunyalah.. huhuhu..

    ReplyDelete
  26. sedapnya gulai lemak ketam nie.. Part nak mengopek ketam tu je kurang rajin.. kikiki..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah