Tuesday, December 25, 2018

Mini Kebun Pak Zain Depan Rumah

Hi korang....

Hari ni cuti pergi mana? 

SA balik kampung sekejap..alaaa kampung tak jauh mana pun...1/2 jam je dah sampai kalau jalan clear...SA balik Seri Menanti..lama dah x balik kampung since sakit..ni bawak-bawak la balik kampung tukar udara plak...memerap je kat rumah bukan bagus pun kan...

Hari ni SA nak citer pasal mini kebun tanah sekangkang kera depan rumah SA ni ha..jadi la buat tanam sepokok dua tanaman untuk kegunaan seharian..Abah SA la tu tanam sikit asalkan tanah depan rumah tu x kering..tanaman pun dah silih berganti...last time ada pokok durian belanda..dh tebang tebang sebab x berbuah pun..rajin berbunga je...gantikan dengan pokok jambu seedless...dah nak berbuah dh jambu batu tu...

Jom kita tengok apa yang ada


Pokok cili api yg tengah berbuah lebat


Pucuk pegaga

Ada pokok betik, daun kari, daun pandan tanam dalam pasu je..lepas tu tanah sebelah kiri ada pokok limau kasturi..pun dah berbuah dan banyak kali ambil hasilnya..pokok serai pun ada..tanaman jadi gemuk sebab abah guna baja dari air basuhan ayam atau ikan...tu yang subur pokok-pokoknya


Nasi goreng pedas nak mati


Ulam pegaga

Gambar ni semua SA dh draft 2 minggu lepas... terlupa nak up..pagi 2 minggu lepas adik SA masak nasi goreng pedas..SA pungut la ulam pegaga..basuh bersih dan makan dengan nasi goreng...sedap plak selera makan...hehehe...best kan ada tanaman atau ulam-ulaman ni...terasa nak makan ambil je petik...amalan makan ulam ni bagus...bagus untuk kesihatan dan awet muda....nanti nak cari lagi la pokok-pokok ulam yang bleh tanam dalam pasu...senang nanti..asal nak makan je bleh petik....

13 comments:

  1. Cili api tu wajib ada dalam laman, hee. Syok tu letak dalam masakan

    ReplyDelete
  2. Wah bagus kalau ada kebun boleh tanam sikit untuk kegunaan harian. My parents house also got small garden planting cili padi and some greens. Now I am planing to learn how to plant cili padi, daun kari, daun pandan in a pot.

    ReplyDelete
  3. Seronok bila ada tanaman yg boleh dipetik hasil ditanam sendiri...

    ReplyDelete
  4. berbudi kpd tanah pasti ada hasilnya kan?

    ReplyDelete
  5. Salah satu cara beriadah dan mengeluarkan peluh

    ReplyDelete
  6. best tau pucuk pegaga fresh..tambah2 yg kita tanam sendiri..memang sedap sgt..:)

    ReplyDelete
  7. nak makan apa semua petik aje depan ru,ah kan.. sejuk tgn pak zain

    ReplyDelete
  8. barang freshhhh.. sedap tengok pengaga tu

    ReplyDelete
  9. Memang bagus bila berbudi dengan tanah.. Hasilnya lumayan..

    ReplyDelete
  10. seronoknya boleh tanam2. CT tak minat tapi kalo time nak petik ke nak tuai tu sronokla. jaga malas hahaha..

    ReplyDelete
  11. Bila ada tanaman ulam ulaman sayur sayuran tuh yang best. Pandang nasi goreng dengan pegaga tuh tetiba datang pulak idea buat resipi nasi goreng pegaga pedas .Confirm best

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah