Monday, December 3, 2018

Resepi Masak Lemak Cili Api Ikan Kembung Campur Sawi Pahit

Hi korang...

Semalam Mak SA buat masak lemak cili api ikan kembung campur sawi pahit..eh ada ke sawi pahit...adaaaa...mak cakap dia jumpa kat pasaraya Zemart area rumah kami..betul ke pahit sawi tu? takde la pahit sangat..tapi ok la buat campuran dalam masak lemak cili api...jom tengok resepi...kalau ada yang nak cuba..cara masak pun senang je..



Resepi Masak Lemak Cili Api Ikan Kembung Campur Sawi Pahit

Bahan-bahan

  1. 4 ekor Ikan Kembung
  2. Cili api 20 biji & kunyit hidup ditumbuk halus
  3. 3 ikat Sawi Pahit 
  4. 1/2 kg Santan
Cara-cara
  1. Masukkan ikan kembung dlm periuk..
  2. Masukkan cili api dan kunyit hidup yang telah ditumbuk tadi, biarkan seketika sampai air ikan kering sedikit..
  3. Masukkan santan..kacau selalu agar tidak bertahi minyak..tambah air jika perlu
  4. Biarkan kuah agak pekat
  5. Masukkan sawi pahit
  6. Perasakan garam
  7. Siap
Masak lemak cili api orang NS memang sempoi je...senang je nak buat...selamat mencuba ye kepada yang nak mencuba..

11 comments:

  1. org nogori mmg pandai betul masak lemak. sedapnya kak aii

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. Tak pernah lagi cuba buat gulai lemak dengan sawi nie..

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak,,menu mudah tapi sedap !

    ReplyDelete
  4. Dah lama tak makan menu macam ni.. ;)

    ReplyDelete
  5. sedapnya kak, sawi pahit ni klu tak biasa mmg terasa pahit sgt tp klu betul cara masaknya or dh biasa... takdela pahit mana... tpi yg dana tahu, org cina mmg suka msk sawi nih

    ReplyDelete
  6. Uit sodap lak ai tapi apo kan dayo den hanya mampu tengok yo.

    ReplyDelete
  7. tk mkn sawi tp gulai lemak ikan makan hehe

    ReplyDelete
  8. suka gak masak2 lemak camni..tak penah try plak menu cam ni, hah..boleh cuba..kalau kat pasaraya tu, ada tulis ke sawi pahit..ke nama lain?nama saintifik ke..mana la tau...

    ReplyDelete
  9. Lauk masak lomak cili api semua sodap kak

    ReplyDelete
  10. Sedapnyaaa gulai lemak ikan kembung, selalu campur dengan belimbing buluh. Heheh. Next time boleh lah buat macam ni pulak.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah