Thursday, December 13, 2018

Kayu Nasi Kandar Penang Kini Di NuSentral....

Hi korang...

Ni nak bagi tau ni...semalam kan SA pi sarapan kat Kayu Nasi Kandar yang baru dibuka di NuSentral..wahhh....menarik kan...tapi SA baru cuba menu sarapan la...belum lagi cuba Nasi Kandar...dengarnya restoran ni famous dan banyak cawangan kat Malaysia ni...diorang dah start  meniaga dari 30 November lagi...SA macam biasa la ketinggalan dalam banyak perkara..kan ada orang gelarkan SA anti sosial, tak bergaul ngan orang..sebab tu banyak ketinggalan...padahal SA memang bawak bekal pi kerja dan tak mampu la nak makan kat luar hari- hari...gaji kalu RM10K takpe la jugak kan...dah la makanan kat KL ni semua mahal nak mati....so semalam SA sempat la snap beberapa keping gambar...jom tengok kat bawah....


Demi nak ambil gambar logo kat dinding tu...terpaksa hide gambar akak tu ngan sticker..hahaha...


Pukul 8.30 pagi dah banyak hidangan kat kaunter...eh pukul bape depa semua masak?


Antara menu yang ada sekali dengan harga


Harga boleh tahan jugak erk...senarai harga tak termasuk 6% SST ye...harap maklum


Tudiaaa...kari kepala ikan


SA makan Roti Telur


minum teh o

kos sarapan kat sini RM5.90...

Boleh la harga tu..nak murah macam mana lagi kan....SA pergi sarapan dengan kawan opis bertiga...lama mengidam nak makan roti telur...dah 2 bulan pantang..semalam SA merasa jugak...cuma tak boleh makan selalu....tak elok untuk kesihatan....korang kalau berdekatan dengan NuSentral boleh la singgah sini..kedai kat bahagian bawah mengadap ke Brickfields..Landmark berdekatan dengan Teh Tarik Place....

35 comments:

  1. Sedapnya roti telur....yummy.....harga boleh tahan juga kan....

    ReplyDelete
  2. Yummy... Roti telur sedap? Ni kalau Otomen tahu ni. Confirm mengajak makan kat sini. Dia memang minat betul roti telur. LeYa kurang sikit. Hehe..

    ReplyDelete
  3. lama tk mkn roti canai telur..dapnye...oh nasi kandar kayu dh buka dlm mall

    ReplyDelete
  4. Nasi goreng tu murah berbanding oasis ni kak

    ReplyDelete
  5. Bawak bekal lebih sihat lagi kan..

    ReplyDelete
  6. harga boleh tahan gak tu SA, belum campo SST lagi tu.. ermm kat mana pun lebih kurang je harga makanan sekarang ni.. :)

    ReplyDelete
  7. Kayu Nasi Kandar ni memang mahal sejak dulu kan. Ni dah tahun 2018 lagilah mencekik darah nampaknya. Tapi hipster plak konsep cawangannya yang ini ya. Staf dia hipster tak? Hihihi

    ReplyDelete
  8. The price of the food looks affordable. I wanted to try their roti telur too.

    ReplyDelete
  9. Eh eh lain sangat kedai mamak ni. Tak macam kedai mamak yang selalu tu la Sa. Hahaha...ingat ada deko love besar kat kedai mamak ni...rupa rupanya nak hide muka Dania kat situ.

    ReplyDelete
  10. I like to eat too, but this place I no go before. Thanks to you now I know if I am going there, I can try this place to dine.

    ReplyDelete
  11. Ahaa.... Abby suka banget tuh roti canainya sama teh manis hangat. Omg jadi teringin segera ke KL coz ini selalu jdi menu sarapan klo berada di KL

    ReplyDelete
  12. Wow kat Nu Sentral dah ada Nasi Kandar tak perlu lah nak fikir terbang ke Penang hehehehe hari-hari boleh makan macam ni tapi lagi best kalau akak yang belanja kita makan kat sini hehehehe wakakaka..

    ReplyDelete
  13. not bad harga dia standard.. alamak lapar plak ptg2 ni

    ReplyDelete
  14. Haaaa...restoren mamak terkenal diseluruh malaysia...walaupun BC xbape gemar masakan mamak ni...tp sesekali sedap juga makan sekali sekalakan...nampak harga pn berpatutan...

    ReplyDelete
  15. Nampak esklusif restoran ni. Rasanya kalau nasi kandar dia ramai yg bg komen sedap. Ayu kli mkn restoran mamak mmg akan order teh tarik hehe

    ReplyDelete
  16. Lorr..ada kat Nu Sentral ke..semalam ada meeting pagi di Menara Shell tu. Kalau tahu boleh singgah makan sini, lagi kenyang haha

    ReplyDelete
  17. Semalam baru pergi area sana. Ada meeting kt menara Shell sebelah pagi.. kl tahu g makan nasi kandar kat sini je. lg kenyang haha

    ReplyDelete
  18. Ehhh bestnya Kayu Nasi Kandar dah ada kat Nu Sentral, bolehlah sis terjah nanti. Dah lama ngidam nak makan nasi kadaq ni...:D

    ReplyDelete
  19. Senang warga KL sentral nak makan nasi kandar lepas ni

    ReplyDelete
  20. Makanan ni nampak simple dan sedap, yg penting harga yang berpatutan. Mmg sakit duduk kat KL ni dengan kos sara hidup yang tinggi. Kos pengangkutan, sewa rumah, kos makanan, bil telefon, perbelanjaan anak, perbelanjaan rumah, barang masak dan sebagainya, semua memerlukan wang.

    ReplyDelete
  21. Wah! New stall! Tempat menarik! Menu pon memarik. Tapi RM5.90 sarap SA? Boleh tahan. Kalau dkt Melaka baru RM3.50 hijih. Yela faham KL kos tinggi. Kalau cx pon, sanggup bawa bekal hari², lg² nak jaga kesihatan kita kan? Ya faham. Mungkin lps ni blh cuba nasi kandar dia pula . Mana tau kot outstanding kan? 😍

    ReplyDelete
  22. wow, the famous Kayu Nasi Kandar is now in town too. the price quite expensive compare with normal mamak haha. but is ok la since its in town

    ReplyDelete
  23. frankly speaking, i yet try any of Kayu in KL cos i always travel back hometown for this. im still not sure will it be the same flavor but after reading ur post... makes me wanna go try!!!

    ReplyDelete
  24. adudududud dah lama sungguh tak makan nasi kandar , nak2 lepas keluar pasal isu nasi kandar yang ehem ehem tu....tu kadang risau jugak nak pergi kat tempat sebarangan ...tapi yang ni boleh kita cuba sebab SA yang rekemen

    ReplyDelete
  25. Wahh menarik. Qiss selalu juga tukar tren kat area Nu Sentral ni. Selalu kalau lapar cari kkedai fast food je. Lepas ni boleh makan nasi kat kedai Kayu Nasi Kandar ni.

    ReplyDelete
  26. the price certainly not cheap! hahaha given that im in penang, i think we rarely go kayu to eat also, usually just go subaidah or dinas haha

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  27. wah nasi akndar dekat nu sentral..best ni..boleh cuba..kakak tu ngam-ngam dekat lukisan dinding tu..hahaa..adoii..spoil pulak..

    ReplyDelete
  28. Kayyy, ada port makan baru kat nu sentral. emi selalu jugak pi makan2 kat nu sentral lepas balik kerja. Tapi kedai ni belum pernah cuba.

    ReplyDelete
  29. Wah cawangan kayu nasi kandar dah ada kat kl .Baru je gi kl singgah kl central . Tak perasan pulak ada kayu nasi kandar kat nu sentral. Kalau gi kl rindu nak makan nasi kandar boleh r singgah sini.

    ReplyDelete
  30. Wew ! ada lokasi baru untuk lepak dan makan makanan sedap ! So, korang yang teringin nak makan nasi Pattaya mai la singgah KL :)

    ReplyDelete
  31. wah , memang harga tu , boleh tahan la juga ...
    tapi sesekali makan di luar, apa salahnya kan ...

    ReplyDelete
  32. Hee ternampak yg extra curry tuu. Haha amboi. hehe. Kalau org yg jenis suka extra curry hehe tepuk dahi la nak kena bayo utk extra hehe

    ReplyDelete
  33. Bila entah nak ke NU sentral ni.. nak nak pulak dah dok jauh ni.. huhuhu..

    ReplyDelete
  34. Sha pun lama tak makan roti telur.. Okaylah harga tu dengan tempat kan kak..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah