Friday, September 13, 2019

Keluhan Makcik Gelandangan...

Hi korang...

Dalam kita melayari kehidupan yang serba sempurna, tanpa kita sangka masih ada golongan kurang bernasib baik yang hidup susah demi kelangsungan hidup..Ini apa yang SA dengar dari telinga SA sendiri kebetulan SA duduk di kerusi Balai Pelepasan KL Sentral. Memang SA sedar ada sorang makcik dan pakcik duduk tepi SA cuma SA tak sangka mereka gelandangan..nampak keluhan lelah penat mereka berdua menyorong troli barangan beroda tu. Mengeluh dengan hasil dan pendapatan untuk hari itu. Hanya RM5 sahaja rezeki makcik tu menjual tisu. Yang pakcik tu hanya meminta sedekah..

Screenshot dibawah ni apa yang SA dengar keluhan mereka..bagaimana mereka dihalau oleh polis- polis bantuan sebab berada di kawasan larangan..bila fikir balik...apa yang diperkatakan tu ada benarnya...ramai golongan gelandangan terbiar tanpa bantuan. Menurut mereka bantuan dari segi pekerjaan, kewangan. Orang luar di alu- alukan ( warga asing) tapi mereka sendiri terkapai- kapi demi sesuap nasi. Sebenarnya banyak lagi yang mereka ceritakan dan jelas terpancar kelelahan di wajah mereka. Apakan daya kan..mereka perlu juga berusaha untuk periuk nasi mereka. Satu ayat dia yang buat SA sampai sekarang terfikir "Apabila satu nikmat dah hilang, terus kita rasa tak tentu arah sedangkan kita sendiri tau segelintir dari mereka dan kita tidak mensyukuri nikmat". Terus makcik tu dan kawan dia mengeluh, bangun dan perlahan- lahan meninggalkan tempat tu...Sampai sekarang SA terfikir dan masih mencari jawapan untuk ayat yang last tu....






Sedih kan...

Menjadi melukut ditepi gantang. Ketepikan perasaan dan maruah diri demi kelangsungan hidup. Demi sesuap nasi..bayangkan seharian menjaja tisu hanya mampu meraih RM5. Sedangkan kita? duduk dalam bangunan berhawa dingin. Diberi pelbagai kemudahan..tapi ada juga antara kita tidak mensyukuri nikmat. Marah kat pengurusan  siap amik MC, amik EL, amik cuti tahun..sedangkan mereka yang tidak bernasib baik seperti kita, berpanas, berpeluh keringat..ke hulu ke hilir dengan payahnya tapi apa yang mereka dapat..dengan ekonomi negara kita yang makin teruk ni..semua serba serbi mahal..dengan RM5 apa yang dia mampu beli. 

Tak dapat SA bayangkan...susah dan seriknya mereka.. itu yang berlaku depan mata SA...tempat lain?
Kita tak tahu lagi nasib mereka. Sebab tu SA tak pernah menyesal kalau memberi sumbangan sedikit kepada mereka yang memerlukan sebab pada SA dalam rezeki kita ini memang ada sebahagian rezeki untuk mereka yang tidak bernasib baik. Sebab tu SA tak suka orang pertikai apa yang SA buat. Ye SA pun bukan orang senang dan SA dah pernah merasa susah. Sebab tu SA tau keperitan apabila sedikit susah. Tak perlu kita pertikai apa yang kita hulurkan..apakah untuk dia sendiri atau untuk sindiket yang membawa dia.. apa disebaliknya itu antara dia dan allah. Kalau dia jujur alhamdulillah sekurang- kurangnya apa yang kita hulur tu adalah rezeki untuk dia. Kalau disebaliknya itu urusan dia dengan allah. Sebab tu SA tak suka menunjuk apa yang SA bantu pada mereka yang tidak bernasib baik ni...sebab tak nak benda- benda macam ni dijadikan pertikaian. Al-maklum la..zaman sekarang semua hanya tau mengecam.

Semoga allah permudahkan rezeki dan perjalanan hidup makcik tersebut dengan kawannya. Begitu juga golongan kurang bernasib baik di dunia ini. SA doakan juga allah permudahkan buat kita semua...Amin......

11 comments:

  1. betul tu.. kalau kita rasa kita susah, ada yang lebih susah dari kita.. mana yang boleh kita bantu, kita bantu.. Semoga Allah permudahkan buat kita semua.. Aamiin..

    ReplyDelete
  2. menyentuh perasaan sgt. nice sharing SA. dalam tak sedaq bagi Ain perasaan sentiasa bersyukur dgn nikmat Tuhan

    ReplyDelete
  3. kalau yang minta sedekah tu...jarang nak bagi..tp yang jual tisu mmg beli..sebab saya asyik lupa bawa tisu.

    ReplyDelete
  4. kita ni baru susah sikit dah menggelupur...mudah-mudahan adalah rezeki lebih Allah bagi pada makcik dan pakcik tu

    ReplyDelete
  5. semoga urusan mereka dipermudahkan. hulurkan bantuan mana termampu.

    ReplyDelete
  6. Betul tu, Kak SA. Walaupun kita ni bukan orang kaya, tapi sekurang-kurangnya sumbangan kita yang sikit pun dah dapat bantu orang lain. Bila kita rajin berkongsi rezeki dengan orang lain, rezeki kita pun datang tak henti-henti.

    ReplyDelete
  7. kesian mereka ni tapi kekdg tu dok terfikir kot2 ada sindiket yang menghantar diaorg ni..entah la
    mcm ada sorg makcik tu yg selalu ada di stesen LRT KLCC meniaga tisu sambil kesat air mata..kalau terserempak akak akan bg sedekah walau kekdg tu dok tertanya adakah duit tu dia dpt utk diri atau ada sindiket..terfikir balik kat mana anak2 dia..

    ReplyDelete
  8. semoga hidup makcik tu dipermudahkan..

    ReplyDelete
  9. Bersyukurlah kita seadaanya kan SA, ada yang lebih susah dari kita sebenarnya...

    ReplyDelete
  10. sedih saya baca entri ni...menitis air mata kenangkan nasib makcik tu...moga Allah permudahkan urusan mereka...muhasabah diri sendiri, dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain...jangan takut jatuh miskin dengan bersedekah...

    ReplyDelete
  11. Semoga mereka mendapat bantuan sewajarnya.. kesian bila terpaksa melukut di negara sendiri

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah