Wednesday, September 11, 2019

Drama Insan Terpilih Adaptasi Kisah Benar 'Husien Si Orang Gila'

Hi korang...

SA sememangnya hati tisu skit..SA tak tengok pun citer Insan Terpilih ni Sabtu lepas..tak ingat plak buat apa masa tu..tapi SA tengok semula video yang dah di share di facebook, siap SA saved plak lagi..sana- sini ramai bercerita tentang citer ni..dan SA dah tengok sampai habis. Tak pernah SA teresak- esak menangis sensorang dalam bilik rumah sewa..terus tak dapat tidur..hahahaha...entah pukul berapa SA lelap pun tak tau la...

Jom baca kisah di sebalik citer yang diadaptasi dari kisah benar Husien Gila ni...tahniah Shazwan Zulkifly dan semua krew produksi yang berjaya menjentik hati seluruh rakyat Malaysia yang menyaksikan telemovie ni...



Drama TV3 Insan Terpilih based on kisah benar "Si Husein Gila"👇👇


Perkongsian ini diceritakan oleh salah seorang Jemaah sebuah surau di Klang, Selangor Darul Ehsan. Telatah Husien Si Orang Gila ini selalu buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.

Patutlah dah lama tak nampak Hussein, rupanya dia dah pergi meniggalkan dunia yg fana ini. Dia di gelar Husein gila sebab dari zahirnya kita lihat dia tak seperti orang biasa atau normal.

Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip benda-benda kotor di karpet surau dan dimasukkan ke dalam poketnya. Pernah jemaah surau bagi dia penyapu tapi dia tak nak. Katanya, rugilah kalau aku pakai penyapu kalau satu aku kutip guna tangan 10 ganda ALLAH SWT bagi aku. Jadi jemaah tak bleh nak kata apa-apa.

Kadang-kadang dia cuci bilik air surau, dia berus lantai dinding-dinding semua. Kalau satu bilik air dia berus smpai satu hari pun tak siap. Sebab apa? orang bagi berus dia tak nak. Dia nak gunakan berus gigi nya.

Bila di tanya, katanya rugilah kalau pakai berus lantai, sekejap dah siap, tak sampai sejam dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu ALLAH SWT bagi aku hadiah nanti, jadi dapat banyak.

Astaghfirullah Al Azim. Orang bagi duit tak nak. Dia kata ‘aku ada tangan, ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang buang, membazir berdosa. Aku tak perlukan duit. Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau’. Subhanallah!

Pelik perangai Husein ni. Kadang-kadang dia kutip-kutip nasi satukan semua lepas tu letak kat lantai. Bila ditanya dia jawab ‘semut pun makhluk ALLAH SWT, kalau kucing boleh bagi makan macam ni kenapa semut tak boleh?’.

Last-last jemaah imam biarkan sahaja apa dia buat. Orang solat dia tak solat. Pernah jemaah tanya, ‘Hussein marilah solat sama?’ Dia tempik nya jemaah tu. ‘Kan ALLAH SWT kata orang gila tak wajib solat, tak wajib lah, kau solat la! SubhanALLAH.

Siapa Husein ni sebenarnya? yang tahu kisah asal, dia ni pelajar pondok. Dulu mak tirinya suka dera, pukul dia. Bapak dia pun sama, sampailah dia tekanan, merayau-rayau tak tentu arah.

Sumber google.com

Paling terkejut skali Husein bebel2. ‘Mana muazzin ni tak azan ke dah nak Maghrib ni, aku jelah Azan kan’. Jemaah tahan dia tapi imam surau suruh biarkan sahaja.

Subhanallah saat dia Azan, menitik air mata imam jemaah mendengarnya. Lebih sempurna daripada kita yang ada. Kata imam surau tu, bila ditanya Husein ‘Pandai kau Azan ye?’ jawabnya, ‘memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, aku solat je tak wajib. Aku solat tapi cara aku la. ALLAH SWT tak wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh’. Lepas tu dia gelak.

Saat jenazah Husien sampai.. ketika dimandikan. Tiga orang tukang mandi jenazah bertukar-tukar kerana tak sanggup. Menggigil, menangis, sebak melihat jenazah Husein. Mukanya berseri-seri, dulu hitam berdaki, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja. Wanginya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yang pakai.

ALLAHU AKBAR. Kalian nak tahu, dari zahirnya kita nampak dia gila.. tapi hakikatnya dia bijak, kita lihat dia berdaki, kotor, busuk. Zahirnya bila dimandikan kelihatan sifat asal sebenar arwah.

Seminggu Surau sunyi sepi. Sebulan silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Jenazah imam pun tak sampai macamtu orang doakan. Bayangkan 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahteraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan Husein gila.

Kita ni terhijab zahir sehingga tak nampak dalamannya.

Semoga menjadi iktibar buat kita semua yang masih hidup dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini.

ALLAH SWT pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan kita. Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir batin.

Muhasabah diri sendri dan utk saudara seislamku untuk sedar daripada khayalan yang samar dan kembali kepada janji kita yang nyata kpd ALLAH SWT YANG HAQ.

Kredit : Sebuah Surau ALLAH SWT di kampungan Klang Selangor.

14 comments:

  1. adoi menitik jugak air mata ne, baru baca nanti nak cari dekat youtube

    ReplyDelete
  2. ammi tengok cerita ni sekerat jalan je. ngantuk bebeno hari sabtu tu

    ReplyDelete
  3. sebelum ni mmg pernah baca kisah si hussein gila.. tak sangka pulak ada producer yang buat cerita ni versi dalam tv.. i pun tak tengok cerita ni sabtu lepas. Sebab tak tau langsung pasal citer ni keluar kat tv (jarang tengok tv3).. yes betul tu.. ramai yang share kat fb.. even me also ada share kat fb i utk tontonan i later.

    ReplyDelete
  4. ramai ckp cita ni best, kena layan gak ni.

    ReplyDelete
  5. Tak tengok lagiii... baca reviews SA pun boleh touching sobs..sobs...sobs...
    Kat tonton.my mesti ada nak carilah later

    ReplyDelete
  6. Mmg best sgt, mcm2 rasa ada bila tgk cita ni tp yg last tu paling tak tahan sedih kak SA...teresak2 kita dibuatnya..

    ReplyDelete
  7. tak tgk pun drama ni lg tp bc synopsis akak je dah touching sobsob.

    ReplyDelete
  8. Sedih tengok cerita ni kak. tahan air mata.

    ReplyDelete
  9. Tak sempat tgk, tp ramai update med sosial ttg citer ni

    ReplyDelete
  10. tak dapat nak tengok kat TV3 hari tu..Dapat tgk kat youtube...Malam² layan cerita ni memang sedih sangat² SA.Insan istimewa ni hadir sebagai pengganti Allah swt untuk sedarkan kita.Sedangkan dia macam tu masih ingat Allah, apatah lagi kita yang sihat akal ni..Kita repeat lagi tengok cerita ni tau

    ReplyDelete
  11. Lom tgk ni. Nak carik kat utube.
    Menarik. Pelakon nyer pon yg aida minat.

    ReplyDelete
  12. ada tgok kat insta hari tu.. sedih..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah