Monday, September 16, 2019

Pizza Roti Simple Air Tangan Kakak Dania....

Hi korang....

Menarik x Pizza Roti kakak Dania ni....haaa..jangan x percaya ye..ni semua dia yg buat.. Amacam...ok tak?


Apa yang SA dua beranak buat tatkala mereput tak kemana-mana di cuti Hari Malaysia? hahaha..bila ada anak dara yang sedang membesar dan sedang belajar memasak menu-menu ringkas memang mencabar...kalau setakat masak nasi goreng tu dia dh expert dah..siap dapat pujian dari atuk dan makcik2 dia...memang sedap nasi goreng dia masak petang semalam..hari ni dia request plak nak buat piza roti yang dia tengok video di instagram..memang la simple je anak oiii...tapi belanjanya besar...tapi takpe la..reward la dia nak exam ni kan...pergi jer la beli bahan- bahan buat pizza roti walau agak mahal kosnya...tengah dia bersemangat nak buat tu kan...SA tolong gak la skit2 dan semua bahan topping tu dia tumis sendiri..SA bantu part panaskan oven dan pantau je la....

Jom tengok bahan-bahan...


Roti Gardenia..better pakai roti ni sebab tebal...dan bahan-bahan lain seperti di bawah


Sos Pasta Adabi & Mixed Herbs


Smoked Chicken Frankfurters 


Minced meat xde kat Zemart so beli daging burger dan hiris2 je


Bawang besar 1 biji potong dadu, Bawang putih 4 ulas potong dadu juga


Mozarella Cheese


SA add on cendawan butang fresh


Sos Cili


Cara Memasak Topping
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan daging burger dan kacau rata
  3. Masukkan sosej
  4. 4 Sudu besar sos pasta
  5. 3 Sudu besar sos cili
  6. Gaul mesra dan masukkan cendawan
  7. Secubit garam- tak perlu banyak sebab sos pasta dah cukup rasa
  8. Biarkan seketika
  9. Padamkan api

Topping dh siap


Susun roti atas dulang pembakar...atau boleh guna loyang segiempat..


Letakkan topping dan ratakan


Taburkan Mozarella cheese dan mixed herbs


Bakar selama 7-8 minit pada suhu 160°


Dah dalam oven


Dah siap masak!!!!!


Dah boleh makan..


Kakak Dania sikit punya happy...cubaan pertama dia menjadi dengan jayanya. Kalau korang nak tau dia memang suka makanan yang simple yang melibatkan cheese ni..tu sebab dalam sebulan kat rumah mesti ada stok makanan yang berasaskan cheese..budak cepat membesar dan cepat nak belajar macam ni la..makan jer..tapi..malam memang kakak Dania tak makan..time makan dia last pukul 6.30 pm..lepas tu tak makan dh...SA memang ajar dia dari dia umur 13 tahun...kawal pemakanan..kalau x nanti debab so tak cantik....

So far cubaan menjadi...takde la sesia mama beli bahan mahal..haha...Mozarella Cheese tu je dah berapa harga kan...korang kalau nak cuba..boleh la cuba..nak derhaka bahan pun boleh..SA tanya Dania tadi x nak ke letak capsicum ke..bahan lain ke..dia kata x yah la ma..Dania x makan capsicum..x suka..okey...ini lah percubaan Pizza Roti pertama Dania..cara cara masak ada di setiap gambar ye...

Selamat mencuba ye...

20 comments:

  1. Wah wah kakak Dania dah lulus dah tu. Lepas ni boleh cuba masak lain pulak hehe.

    ReplyDelete
  2. Hahahah igtkan ain je rasa mcm tu. Perasan tak kalau masak western nmpk ringkas je nak masak tp bahan nak masak dia tu. Hahaha gelak dulu bru amik letak dlm troli :') tetambah cheese la. Nak yg murah tu ada cuma tak ummphh la pulak. Good job dania. jgn jdi mcm akak, dah besau baru sibuk nak bljaq masak hehe

    ReplyDelete
  3. Alahaiii, terus rasa nak balik rumah pi buat sekarang makan panas2

    ReplyDelete
  4. Pandai kak dania masak.
    Acik umur 13 tahun pandai masak air je.
    Hihihi.
    Keep it up, nak!

    ReplyDelete
  5. good try dania.
    sementara dorang bersemangat nak masuk dapo kita galakkan je lah yek..

    ReplyDelete
  6. slalu tgk menu ni tp tk pernh try...sure happy dania masak2 menu fav die ada cheese tu

    ReplyDelete
  7. Pandai akak damia ni... Nnt acik pun nk buat kt anak2 acik. Gardenia berlambak2 tu

    ReplyDelete
  8. Betul kak, bahan buat pizza memang mahal

    ReplyDelete
  9. blog post dan gambar SA selalu mengecurkan kita.. huhu

    ReplyDelete
  10. like mother like daughter, mamanya teror masak mestilah kakak dania pun pandai masak jgk... yg penting minat dh ada

    ReplyDelete
  11. pandai kakak masak.. puas hati makan kan :-)

    ReplyDelete
  12. Sedap tu. Bagus kakak Dania pandai masak

    ReplyDelete
  13. Bagus ni sentiasa minat untuk cuba memasak. Simple simple pun jadilah. Dapat bonding time jugak ye dak..

    ReplyDelete
  14. Waaaa bahannya mudah aje yer, nak buatnya pun senang, boleh cuba nanti..makaseh Dania..

    ReplyDelete
  15. yang paling mahal tu mozarella cheese tu la...hahhaha...kadang2 rajin jugak buat pizza instant guna capati punya base tu...tapi setahun dua kali aje 🤣🤣

    ReplyDelete
  16. wahhh...bagus...belajar masak dari awal...buatnya nanti kena duduk rumah sewa seawal 19 tahun...sambung belajar ke..apa ke...senang...

    ReplyDelete
  17. Bagus kak.. ajar dia nanti dia Boleh berdikari. Anyway mmg nampak sedap Lah pizza homemade ni

    ReplyDelete
  18. haha..a'ah boleh tahan rega bahan2 resipi kakak dania ni..tapi sesekali, why not kan..org tgh excited nak masak..kita layan je...

    ReplyDelete
  19. Wah sedapnya.. pandai kakak dania masak..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah