Tuesday, September 24, 2019

CVSKL Dan Klinik Qualitas Jalin Usahasama Bagi Meningkatkan Tahap Kesihatan Jantung Rakyat Malaysia.

Ujian Elektrokardiogram PERCUMA Kepada 3,000 Orang Hingga Disember


Bersempena dengan Hari Jantung Sedunia 2019 pada 29 September ini, Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur (CVSKL) telah melancarkan Kempen Kesihatan Jantung CVSKL yang menawarkan ujian elektrokardiogram (EKG) percuma kepada orang ramai menerusi kerjasama dengan rangkaian klinik swasta Qualitas Healthcare.



Bermula dari 1 Oktober hingga 31 Disember tahun ini, rakyat Malaysia berumur 40 tahun ke atas boleh terus menjalani ujian tersebut di 10 klinik Qualitas terpilih di sekitar  Lembah Klang. EKG memberi fokus kepada mereka yang mempunyai penyakit kardiovaskular terutama mereka yang mempunyai sejarah perubatan keluarga, selain disebabkan olen kolesterol tinggi, darah tinggi serta Indeks Jisim Badan (BMI) tidak normal.

“Di CVSKL, kami mendapati ramai pesakit pada usia muda datang mendapatkan rawatan penyakit jantung. Kami merujuk mereka yang berusia kurang daripada 58 tahun  yang merupakan purata usia pesakit jantung di Malaysia. Hal ini sangat membimbangkan kerana usia purata bagi pesakit jantung pada usia muda di negara-negara lain seperti Thailand (65), Singapura (61), manakala Amerika Syarikat (66),” kata Tan Sri Dr. Yahya Awang, Pengerusi CVSKL. 




Kementerian Kesihatan menyenaraikan penyakit jantung sebagai penyebab utama kematian dalam kalangan rakyat Malaysia  pada 2005 hingga 2017. Sebagai salah satu penyedia perkhidmatan rawatan jantung utama negara, kami merasakan bahawa purata usia mereka yang menghidap penyakit jantung akan jauh lebih muda biarpun pelbagai inisiatif dijalankan bagi mengesan dan merawat penyakit ini. Ia berpunca daripada gaya hidup tidak sihat rakyat di negara ini.

"Ramai yang mengamalkan gaya pemakanan tidak sihat, tidak bersukan berikutan jadual kerja yang padat. Ya, kami mengakui ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang masih mengambil berat tentang kesihatan tubuh badan termasuklah menjalani pemeriksaan rutin, tetapi masih ramai yang tidak melakukannya sehingga mengakibatkan mereka terdedah dengan penyakit yang tidak dapat dikesan dan tidak mampu dirawat,” tambah Dr. Yahya.

Pengerusi Qualitas Healthcare, Dato’ Dr. Noorul Ameen Mohamed Ishack berkata; dengan menawarkan ECG secara percuma, diharapkan orang ramai akan terdorong untuk mendapatkan pemeriksaan awal  dan mengesan sebarang gejala penyakit yang tidak diketahui

Pengerusi Qualitas Healthcare, Dato’ Dr. Noorul Ameen Mohamed Ishack


Klinik-klinik terpilih yang disenaraikan turut dilengkapi dengan fasiliti dan kemudahan yang  baik untuk menjalankan ujian ECG. Kami mensasarkan sekurang-kurangnya 3,000 orang untuk datang ke klinik kami bagi menjalani ujian sepanjang tempoh kempen," kata Dr. Noorul Ameen.

Klinik Qualitas yang menyertai Kempen Kesihatan Jantung CVSKL adalah seperti berikut:

>> Klinik Ng dan Lee
Alamat: 462-464, Jln Pudu 55100 KL
Telefon: 03-9222 0751

>> Catterall, Khoo & Raja Malek
Alamat: Suite 3-A, Level 3A, Menara CIMB, Jln Stesen Sentral 2 50470 KL
Telefon: 03-2276 6622

>> Catterall, Khoo & Raja Malek
Alamat: Suite 3B-3-6, Block 3B, Plaza Sentral 50470 KL
Telefon: 03-2273 0244

>> Klinik Sharani
Alamat: No 20 Jalan Bangsar Utama, 1 Bangsar Utama 59000 KL
Telefon: 03-2287 3103
>> Kumpulan Medic
Alamat: 42A, Jln Sultan 52/4 46200 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7956 9331

>> Klinik Prime Care
Alamat: Lot 7, Wisma MCIS Annexe, Jalan Barat 46200 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7955 0550

>> Kumpulan Medic
Alamat: 78, Jln SS 21/35, Damansara Utama 47400 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7728 4955

>> Klinik Rakan Medik
Alamat: 18-B1, Jln SS 6/3, Kelana Jaya 47301 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7803 5688

>> Klinik Kumpulan Medic
Alamat: Evesuite@Ara Damansara, A-1-01, Jln PJU 1/41A Ara Damansara 47301 Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 03-7886 3218

>> Klinik Ng dan Lee
Alamat: 31, Jln 19A, Section 19, 40300 Shah Alam, Selangor
Telefon: 03-5542 5286

Ini adalah sebahagian daripada program kesedaran jantung secara meluas yang dianjur dan ditawarkan oleh CVSKL sempena Hari Jantung Sedunia 2019, serta di bawah kempen Heart For Malaysia yang berlangsung dari September hingga November 2019


Tentang Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur

CVSKL adalah hospital jantung dan vaskular bersepadu yang memberi pengkhususan kepada penjagaan jantung dan vaskular secara moden dan komprehensif kepada pesakit. Ia didorong oleh senarai pencapaian yang semakin meningkat, pasukan perubatan yang terdiri daripada ahli kardiolog, pakar bedah kardiotorasik, pakar bedah vaskular dan pakar bedah jantung bagi  memastikan standard utama pada tahap profesional. Di CVSKL juga, pesakit akan mengalami penjagaan dan perawatan yang berkualiti daripada jururawat terlatih dan berpengalaman, serta  kakitangaberapa Sukann bersekutu, menggunakan pendekatan berasaskan kerja secara berpasukan. 

Menyediakan 60 katil yang dilengkapi dengan kemudahan terkini, CVSKL turut menyediakan kemudahan rawatan seperti kardiologi, kardiotorasik, diagnostik kardiotik, perkhidmatan terapi dan pencegahan vaskular. Terletak di hab pengangkutan yang sangat strategik di Kuala Lumpur Sentral, hospital ini menawarkan akses kemudahan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, kereta api, bas, teksi atau KLIA Ekspres di tengah-tengah kawasan bandar yang berkembang pesat. Untuk kemudahan tambahan, pesakit dan pelawat boleh menggunakan alternatif pejalan kaki berikutan banyak hotel, pangsapuri dan pusat membeli-belah.

Sila hubungi:
Brenda Wong (Cik)
Ketua Pemasaran – Usahasama
HP: +60164150203

Tentang Qualitas Healthcare

Qualitas Medical Group (Qualitas) ditubuhkan pada tahun 1997 di Malaysia. Berpengalaman lebih 20 tahun pengalaman dalam industri penjagaan kesihatan, Qualitas memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan utama yang berkualiti kepada Masyarakat. Hari ini, Qualitas mengendalikan rangkaian klinik Am  (GP) global, pusat penjagaan ambulatori, serta klinik pergigian, dan pusat diagnostik yang disokong lebih 1,700 doktor perubatan, doktor gigi dan kakitangan sokongan. Ia melibatkan lebih 250 rangkaian klinik perubatan, klinik pergigian (termasuk makmal pergigian) dan pusat pengimejan perubatan. Untuk maklumat lanjut mengenai Qualitas Medical Group, sila layari www.qualitas.com.my

Sila hubungi:
Dr. Junaidi Ismail
Ketua Pasaran Malaysia
Tel: +603-7964 6363


4 comments:

  1. kempen yang bagus dan banyak klinik yang terlibat

    ReplyDelete
  2. adui...saya pun salah seorang daripada mereka yang jarang nak buat medical checkup menyeluruh tu...insof sekejap baca artikel ni

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah