Monday, September 16, 2019

Majlis Perkahwinan Di Ampangan Seremban...

Hi korang...

Semalam..dalam jerebu-jerebu kat Seremban ni..SA ikutkan malas nak pi sebab x tahan ngan jerebu..tapi pergi juga memandangkan ini perkahwinan anak buah kepada adik ipar SA..x sedap x pergi sebab diorang dh datang menjemput bulan lepas...nasib takde soalan cepu emas masa kat wedding ni..dan rasanya x kan ada la sebab takde sape pun kenal SA..sure korang pelik kenapa SA macam seriau nak pergi mana-mana wedding...hahaha..at this age SA masih sendiri x jumpa pengganti lagi makanyaaaa....agak seriau la nak pergi maajlis perkahwinan sebab x suka dengan soalan2 yang mampu buat SA down...sebab tu SA jarang attend majlis kahwin sedara mara..kalau terpaksa pergi pun SA akan pergi cepat2 dan dan balik cepat2..mmg nampak macam kurang sopan sebab tak beegaul kan..tapi demi menepis segala soalan bawang rangers...better jauhkan diri awal2 kan...janji SA memenuhi jemputan...

Jom la tengok gambar...













SA suka konsep mengiring pengantin ni sebab classic sangat music dari alatan traditional tu dan SA x pasti apa nama alatan ni...sedap sangat bunyinya...biasa alatan ni di mainkan di majlis2 kenamaan di istana..siap ada serunai dari tanduk kerbau..SA perasan alatan ni di mainkan masa majlis pertabalan YDPA tempoh hari...kalau pakaian pengantin totally traditional klasik SA rasa dah superb dah...macam majlis-majlis perkahwinan melayu lama di istana.

Terus rasa nak kahwin..tapi cepat sedar diri sebab tau takde sape nak SA..hahahhaha.....tapi kan..kalau nak pakai baju pengantin je boleh x? 

10 comments:

  1. hahahahaha boleh je kalau nak. pergi testing baju kat butik pastu balik

    by the way, if you dont mind boleh tak pergi blog saya, unfollow blog saya lepastu follow balik? sebab saya tukar link blog baru. takut tak masuk dalam reading list. thankyou in advance. if awak tak kisah lah

    ReplyDelete
  2. SA.. nak puji jugak anak dara SA cantikkk sgt mcm mak dia. Sopan ayu jee. ain suka tgok pengantin yg pakai songket. nmpk cantik sgt taktau knpa. tak lapuk dek telan zaman lah.

    ReplyDelete
  3. bestnya..lama tak g kenduri kawen. lauk kat knduri kawen..sedap..hehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah kak, walaunjerebu support wedding sedara. Kesian juga kan, kalau tak dtg

    ReplyDelete
  5. Tahniah pengantin. meriah kenduri kahwin ada berarak macam ni

    ReplyDelete
  6. Lama tak makan nasi minyak..
    Lawa baju SA, memang ikut tema gitu...

    ReplyDelete
  7. macam gamelan tu, tapi diorang pegang kat tangan...biasa orang ketuk2 atas lantai..

    kita pulak, seram nak pergi apa2 kenduri atau rumah sedara mara kalo balik kampung, sebab nanti mesti ada je soalan tentang anak...hurmmm

    ReplyDelete
  8. Sukanya tgk pelamin dia.. bunga soft blue comel la

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah