Tuesday, September 3, 2019

Masak- Masak Weekend

Hi korang....

Macam mana weekend korang? Hari ni lemau kan masuk office..sape yang sambung cuti tu best la..sape yang tak kerja atau surirumah tu pun ok gak la kan sebab tak peru fikir nak masuk office dan nak hadap jammed kat KL ni...pagi ni SA lambat sikit masuk office, boss dah masuk SA baru sampai...jammed teruk lepas Sungai Besi..bas yang SA naik pun beberapa kali nak accident...bas express pagi2 memang la laju kan..luar biasa traffic hari ni...

So hari ni SA nak tayang masakan SA Sabtu dan Ahad lepas..cuti kali ni SA tak kemana pun..bagi laluan kat Dania untuk ulangkaji pelajaran dia...lepas ni ada gerak gempur PT3 kan...so tak kacau dia pun untuk sebulan ni...PT3 start nanti 30 September...Apa yang SA masak? Haaa simple jer la...malas nak masak beria sangat...jom la tengok gambar....SA biasanya kalau cuti masak lauk- lauk kampung jer...ni teringin plak makan asam rebus batang keladi...kalau dapat sure best kan...tengok la weekend ni...

Masakan Hari Sabtu


Daging cincang Masak Lemak Cili Api campur Tembusu ( perut muda lembu)


Sup Tulang untuk anak- anak


Sayur Bayam Goreng


Bendi Celur


Sambal Belacan

Masakan Ahad


Sambal Sotong Petai


Sayur Bok Choy Goreng


Semalam Isnin kan...Abah masak kari ayam..lauk lain masih ulang lauk Ahad sebab tak habis, dari membazir SA panaskan aje..Kari ayam semalam sedap plak sebab mak yang tumis karinya...malam tadi Abah tambah lagi ayam sebab petang semalam dah habis dah ayamnya..sampai ke sudah tak amik gambar sebab sebab hp charge..battery abih sebab SA main game..hahaha...bosan kan mereput kat rumah...masak sudah segala sudah..makan tido..makan tido jer la kerjanya...2hari SA langsung tak keluar rumah...even keluar pintu rumah pun malas...entah kenapa ntah...then semalam jer la petang SA pi Briskwalk keliling taman...bagi berpeluh badan...

Korang cuti pergi mana?

13 comments:

  1. tak pernah tak sedap menu SA lah...

    ReplyDelete
  2. akakkkk macam ni simple masakan kee.. kita bayangkan simple tu nasi goreng... kuah sup sayur haha.. baru tau ada tembusu. sedihnya baru tau.

    goodluck Dania untuk PT3! mudah mudahan straight As

    ReplyDelete
  3. tak pernah jemu tengok lauk2 tayangan SA.. utk Dania, semoga dilapangkan dadanya menghadapi peperiksaan nanti

    ReplyDelete
  4. perghh..sedap2nya menu kak. Nak kn mask mcm ni jgk la..:)

    ReplyDelete
  5. cuti ri tu kita pi tengok wayang memanjang...hahahha

    ReplyDelete
  6. telan2 ailio jugak la tengok gambar masakan ni walaupun baru lepas lunch #UsapPerut hehe

    ReplyDelete
  7. lpr la plak tgk 2 menu yg atas tu

    ReplyDelete
  8. Ala...teringinnya nak makan sup tulang

    ReplyDelete
  9. Sedap2 belaka.
    malam ni wak rebus kulit lembu korban
    Esok bolehlah masak lemak cili api.

    ReplyDelete
  10. alamak.. alamak.. nampak entry kak SA ini time laparlah pula.. mengancam sungguh menu-menunya..

    ReplyDelete
  11. Fuhh semua makanan sedap sedap ni kak SA. Lapar pulak tiba tiba tengah malam ni.

    ReplyDelete
  12. Masya allah..semua masak. I JM suka..itu sbb suka skodeng IG SA share gambo mkn..terliur

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah