Tuesday, May 15, 2018

Balik Kampung Tambah Ilmu Pengetahuan

Hi korang...

Sesekali balik kampung ni la kerja SA..kali ni SA nampak banyak pokok buah-buahan kat kampung dah mula berputik semuanya. Baik buah manggis, durian, rambutan, rambai dan langsat dah mula berputik.merasa la cucu-cucu Tapa makan buah kalau tak dikerjakan oleh sang tupai atau sang beruk..masalah kat kampung itu je..tupai  dan beruk. SA kalau dah balik kampung mula la seronok merayau..suka merayau dalam kebun tu walau diserang ribuan nyamuk rimba berkaki belang-belang..lama dh tak balik kampung terus kena kena serang nyamuk..dah x kenal dh nyamuk ngan SA agaknya..menggaru la SA sepanjang hari...pandai sangat pergi merayau kan...rasanya dah 3 bulan kot SA tak balik kampung..bulan puasa nanti lagi la..sure jarang dapat balik kampung...nak plak mak 2 hari sekali pergi dialysis kan...

Jom SA bawak korang jalan-jalan tambah pengetahuan..Pak Lang suka tanam pokok yang rare..pernah dia tanam strawberry..siap berbuah lagi tu..lepas tu dia tanam anggur..ni dh x nampak la dua pokok tu..maybe dh mati lepas keluarkan hasil kan..


pokok manggis..nampak macam lebat berbuah..harap-harap tak dikerjakan tupai


Rambutan


Mata Kucing


Kelapa ni rendah je..tp buah banyak betul


Daun kunyit


Pucuk pegaga


Pokok bunga cengkih...first time tengok..nak dijadikan herba dalam masakan kena petik dan jemur bagi kering..

Haa..gambar kat bawah ni plak anak pokok durian Musang King, abah saje semai dari biji durian yang SA beli awal tahun lepas..seronok plak SA tgok dah jadi pokok..mana la tau kan kalau hantar balik kampung dan tanam kat kebun..merasa la anak- anak cucu cicit makan buah durian musang king..SA tahu memang agak mustahil SA sendiri nak merasa kan...ye la proses tumbesaran pokok durian kan lama..berpuluh tahun untuk menjadi matang dan mengeluarkan hasil..


Yang dalam pasu tu semua pokok cili abah...dah beberapa kali berbuah dah tu dan dah tua..nanti nak tukar yang baru..anak pokok cili pun banyak abah semai...



Ada 3 anak pokok semuanya..tunggu masa nak dialihkan kat kampung nanti..mana tau sempat anak-anak cucu Tapa menikmati hasil..knowing durian kan lama pertumbuhannya sampai masa nak berbuah kan..SA pun x tau sempat ke tak sempat nak merasa..untuk anak-anak je la nanti kan..cucu-cucu plak ke..rumah SA kat seremban ni takde tanah..ada pun sekangkang kera je la depan rumah tu buat tanam pokok kari, serai dan pucuk pegaga. Ada la pucuk pegaga sikit kalau rasa nak makan ulam..selainnya pokok cili tanam dalam pasu..dh bersilih ganti dh pokok cili tu dan dah banyak hasil kami makan...

Seronok sesekali balik kampung..banyak ilmu yang boleh dipelajari tentang alam semulajadi dan tumbuh-tumbuhan..kan?manfaat cuti yang diberikan kerajaan..cuma tak sempat nak bercuti..lepas raya nanti la bercuti jauh-jauh sikit..dah janji dengan anak dara SA tu..kali ni kalau bercuti memang kami nak berdua je..so dari sekarang kena susun itinerary. Maybe nak join la bercuti ke Spore yang bajet tu..jimat pun jimat kan...menarik tawaran Raini Travels tu..SA nak skodeng la term dia....

25 comments:

  1. kampung u nampak interesting.. i pun tambah ilmu pengetahuan lepas baca post u.. hehe~

    ReplyDelete
  2. Kalau buah strawberry dengan anggur tu susah nak hidup sebab cuaca kita yang panas ni kan. Tanah pun lain sikit strukturnya. Ada kawan tanam buah anggur menjadi, gemuk2 buah dia, tapi tak manis macam buah anggur yang import, sebab tanah dan cuaca kita. Bella ni tak berapa pandai tengok pokok2 buah. Waima abah Bella memang suka bercucuk tanam and tanah kitorg ni banyak jenis pokok yang ada. Kalau tengok daun je, memang tak kenal laa. Kalau dah berbuah pun kadang2 tak kenal juga. Ye la, mangga je ada 3 jenis. Yang Chokanan la, Mangga Epal la, Raja Mangga (India) la.. Belum kira buah2 lain. Fenin. Hahaha

    ReplyDelete
  3. wow you kampung is interesting. Love local fruits too, yeah outside near playground has a rambutan tree too. Follow your GFC too :D

    ReplyDelete
  4. seronoknya kampung sa macam2 ada. Kita teringin nak ada kampung yang ada dusun mcm ni. Dapt makan fresh2 daun ulam dan sebagainya mmg terbaik

    ReplyDelete
  5. Kelapa yang rendah tu rasanya kelapa pandan. Pokoknya memang rendah. Ada satu pokok kelapa pandan kat rumah tapi tak berbuah lagi. Pokok bunga cengkih tu first time tengok.

    ReplyDelete
  6. First time tengok pokok cengkih haha. Memang kalau balik kampung ni banyak sangat benda nak teroka. Seronok rasa. Paling best dapat menjamu time musim buah..huuuu tak hengat dunia makan !

    ReplyDelete
  7. Bestnya kak balik kampung dapat masuk kebun meriah dengan tanaman macam ni. Macam-macam ada tu. Pokok durian pulak tu. Tunggu musim buah je lah tu ye. Mesti seronok berkumpul ramai2 makan dekat kebun tu kan kak.

    ReplyDelete
  8. amboiiii meriahnyaa kampung ada macam-macam haaa. elok pelihara sekarng hasilnya nnti berbaloi untuk anak cucu cicit semua

    ReplyDelete
  9. Bestnya tengok orang ada kampung. Sis tak ada kampung cam gini, kampung tengah bandar je. Kenkadang jeles gak tengok orang ada kampung macam ni..Sis asyik menumpang kampung orang je kalau nak merasa petik buah atau menunggu buah durian guguq

    ReplyDelete
  10. Seronok dulu masa kita duduk kampung pun kita suka tanam pokok cuma duduk Kl ni jer kita jauh daripada semua aktiviti ini hehehe kalau ada tanah kita nak tanam juga...

    ReplyDelete
  11. Bagus juga belajar kan sebab selalu tahu melalui nama tak tahu macam mana rupa asal pokok buah atau ulam-ulaman tu. Kat kampung lah selalu ada semua ni. Kat bandar mana nak ada. Duduk kampung nak apa2 pergi ambik kt luar umah je.

    ReplyDelete
  12. bestnya bila semua dah masak nanti macam macam boleh makan. dulu kat kampung ada byk jugak..pokok langsat,ciku,manggis semua tapi sekarang dah xde..

    ReplyDelete
  13. Pokok mata kucing tu emi tak perna tengok depan2. Pokok mata kucing tu memang tempatan punya ke? Haha maaflah taktau. X pernah tengok in real life pun. Tahu beli kat kedai dan makan je hehe

    ReplyDelete
  14. Banyaknya tanaman di kampung Kak SA. Bestkan dpt balik kampung dn ada kampung. Macam2 ada. Sy pon first time tgok bunga cengkih. Ingatkan jambu air yg baru nak berbuah

    ReplyDelete
  15. Tetiba teringat kat kampung. Kalau kat kampung macam-macam pokok boleh jumpa dan danam kan. Kalau kat bandar ni dpt merasa yang beli ajela

    ReplyDelete
  16. i paling pandai pun, daun kari, daun limau, serai, pokok cili and papaya.. hahaha.. so fun reading your article.. now my knowledge also added d

    ReplyDelete
  17. Abah akak sama pesen nye dengan Annur..suka sangat tanam cili padi. Kat rumah ni pun berpasu-pasu pokok cili padi sesaje haha. I cannot live without cili api hahaha

    ReplyDelete
  18. Pokok bunga cengkih tu ai tak pernah tengok live lagi.

    ReplyDelete
  19. Balik kampung baru tahu kan nama pokok pokok nI, hahaha. Saya pun sama, sebab kat kl ni asyik nampak bangunan je. Bestnya akak ada pokok mata kucing kat rumah

    ReplyDelete
  20. Seronoknya kampung SA, ada kebun buah macam nie best sangat kan. Paling rare pokok dan bunga cengkik tu SA, first time Kak Sue tengok nie..

    ReplyDelete
  21. mcm mek yg dah duk kat kg pokok mcm ni tk asing bagi mek. tp memang betul la, time membuahkan hasil seronok !

    ReplyDelete
  22. Seronok bila balik kampung ada macam macam jenis pokok buah buahan dan sayuran. Meriah dengan hijau pokok.

    ReplyDelete
  23. Pokok bunga cengkih tu first time Sha tengok..

    ReplyDelete
  24. first time tengok pokok bunga cengkih!

    ReplyDelete
  25. Menjadi betul pokok semua ya berbuah. Seronok tgk. Tertarik tgk pokok bunga cengkih dgn mata kucing sebab tak pernah tgk.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah