Tuesday, September 10, 2019

Penuhi Cuti Weekend Dengan Aktiviti Menyihatkan...

Hi korang...

Weekend lepas SA macam biasa la mereput kat rumah. Takde la plan nak kemana- mana pun sebab Dania kan nak PT3 hujung bulan ni..so apa- apa plan kena buat lepas PT3 nanti la..silap haribulan birthday dia pun tak celebrate nanti dan buat belated jer...bagi la dia peluang focus kan...SA pun kalau boleh tak nak la dia stress- stress. Ahad lepas jugak SA ajak adik SA pi taman kat area Allson Klan Resort Seremban. Masa ni Dania ikut sekali..nak hirup udara yang tak berapa nak segar sebab jerebu ni kan.. SA memang weekend petang- petang akan buat brisk walk dan jogging manja- manja skit...Alhamdulillah dapat jugak settle 3km, mula- mula brisk walk area taman permainan kat Allson Klana Resort tu, dapat la 3 round taman yang luas giler then orang makin ramai plak..siap ada yang berkelah sambut birthday kat situ..memang tak mengganggu pun tapi makin lama makin banyak keta selamba parking kat laluan jogging..macam tak fikir plak diorang ni kan...SA biarkan adik SA kat taman tu dan SA serta dania teruskan jogging kat taman lagi satu...selamba je kami gerak jogging- jogging manja ke area tu...jauh gak la..rupanya taman lagi satu lagi best track jogging dia..

Macam tak percaya je SA dua beranak dapat brisk walk dan jogging 3km, setiap pit stop dia ada signboard bagi tau berapa jumlah kalori siap contoh makanan yang kita dah makan akan burn banyak mana bila sampai kat pit stop tu..Dania setia kat belakang SA walau jauh SA tinggalkan. Dia kan tak leh nak jogging beria sebab kaki dia retak sebelum ni kan..at least 6 bulan dia tak leh bersukan yang lasak..best kat area ni sebab tak ramai orang...maybe ada x sanggup ngan keluasan taman ni kot...seriously memang luas dan peluh SA berjurai- jurai masa ni...

















Seriously memang mengah weh...basah baju...hahahha....nak sihat ni tak boleh sesekali buat tau...ikutkan kena buat hari- hari..tapi memandangkan SA bekerja adakala sampai ke malam..SA hanya mampu buat simple senaman dalam bilik sewa jer la..pasang video yang dah save siap- siap kat ig..dan follow...sampai kawan serumah hairan memalam SA pasang video tu...dah lega peluh SA mandi then terus tido...itu lah rutin SA untuk terus sihat. SA nak hilangkan beberapa kilo dan tak nak dah hadap anxiety disorder akibat gastrik dan gerd. Seksa rasanya walau bukan kronik macam Maya Karin atau Diana Danielle tu. 

Lepas SA settle brisk walk dan jogging, SA ikut plak adik ipar SA nak pi makan mee sup utara yang agak femes kat Seremban...laaaa...SA memang tak makan la...temankan diorang dan SA tolong pegangkan Tiara je...SA just order tea o panas..pas tu macam biasa la selfie ngan si debot Tiara...




Gambar last tu macam kena plak ngan caption kat Ig..hahahah...Tiara macam musykil je sebab lepas jogging mama pi lepak kedai makan...hahahaha...tak makan pun la...mama mengikut jer..temankan diorang. Adik ipar SA kan orang Utara, so selera dia more to Utara punya menu la kan...SA makan mee sup yang dibungkus dari gerai yang sama, ok la just sedikit masin...al maklum la SA ni makan pun kena ikut time...lagipun nak cepat sebab kakak Dania ada tusyen..dah settle makan tu terus kitorang balik...penat memang penat la...SA balik tu x terus mandi, bagi sejuk badan dulu baru mandi...orang tua- tua cakap tak elok kan time badan panas terus mandi...

10 comments:

  1. dulu kalau balik Seremban rajin gak bawak anak2 kat Laman Basikal tu..tp nyamuk dia mengerikan. Asal balik je mesti anak2 tergaru sakan... skrg memang tak gi dahlah. risau kene denggi ke hapa

    ReplyDelete
  2. bestnya ada tempat riadah macam ni..:)

    ReplyDelete
  3. mula-mula memang mengah kak sa tapi bila dah selalu tak terasa mengah dah kan kan.

    ReplyDelete
  4. Rajin betul Kak SA pergi taman untuk bersenam. Saya susah sikit nak konsisten kalau bab senaman ni😂.

    ReplyDelete
  5. bgs tu..kuar peluh..lama tk beriadah

    ReplyDelete
  6. kat sini hari hari ramai orang. terbaik kak. teruskan kerajinan.

    ReplyDelete
  7. Bagus aktiviti gini, saya skrg pakai mi ban 4. Track steps.. Nak make sure more than 7500 steps daily

    ReplyDelete
  8. Rindu nyer nak riadah gini.
    Lepas ni start semula lah.
    Syuhada dah xde kelas tambahan dah.
    Best gini. Santai minda.

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah